omniture

XZ13600 XCMG Buat Penampilan Sulung Yang Berjaya dalam Projek Saluran Paip Gas Asli 'Laluan-Timur' China-Rusia

XCMG
2020-06-02 15:06 275

CAOFEIDIAN, China, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- XZ13600, gerudi arah mendatar yang terbesar di dunia daripada XCMG, membuat penampilan sulungnya bagi membantu dalam pembinaan bukan penggalian saluran paip gas asli laluan-timur China-Rusia, satu projek besar daripada Inisiatif "Jalur dan Jalan" yang memulakan operasi pada Disember 2019.

XZ13600 XCMG Buat Penampilan Sulung Yang Berjaya dalam Projek Saluran Paip Gas Asli 'Laluan-Timur' China-Rusia
XZ13600 XCMG Buat Penampilan Sulung Yang Berjaya dalam Projek Saluran Paip Gas Asli 'Laluan-Timur' China-Rusia

Saluran paip gas asli laluan-timur China-Rusia menetapkan tonggak baharu bagi kerjasama tenaga antara kedua-dua negara ini. Projek ini merupakan yang pertama menggunakan saluran paip berkaliber 1,422mm besar dan akan menjadi saluran paip gas asli jarak jauh yang terbesar di dunia apabila siap. Ia akan membekalkan gas asli ke kawasan timur laut China, Bohai Rim dan Delta Sungai Yangtze selain merupakan saluran paip yang pertama dalam sejarah Cina yang mencapai penyetempatan penuh bagi peralatan utama dan sistem kawalan teras.

"XZ13600 penting semasa proses pembinaan saluran paip ini, sebagai gerudi mendatar berat tan yang terbesar di dunia, dengan daya tolakan-tarikan yang amat tinggi iaitu 13600kN daripada berbilang enjin, ia memastikan kecekapan tinggi output kuasa dalam pelbagai peringkat projek tersebut," kata Kong Qinghua, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan XCMG Foundation Construction Machinery.

XZ13600 membantu dalam projek penyeberangan 750-meter Sungai Shuanglong di Caofeidian, Wilayah Hebei, yang terletak di pesisiran pantai dengan air bawah tanah tinggi kandungan mineral dan stratum yang tidak sekata. Zon pertanian dan ladang garam masing-masing perlu dilindungi bagi mengelakkannya merosakkan alam sekitar, manakala pelulas berdiameter besar, penyeberangan jarak jauh dan rupa muka bumi pantai yang rumit kesemuanya memberi tuntutan yang ketat terhadap peralatan ini. XZ13600 dapat menyiapkan penyeberangan ini dalam tempoh dua minggu dan beralih kepada projek pembinaan saluran paip gas asli 1,650-meter. 

"Peralatan pintar berskala besar XCMG termasuk XZ3600, XZ5000 dan XZ6600 kesemuanya mengambil bahagian dalam pembinaan saluran paip gas asli laluan-timur China-Rusia, saluran paip minyak mentah Rizhao-Puyang-Luoyang dan rangkaian saluran paip gas asli Qingdao-Nanjing. Sementara itu, gerudi arah mendatar berat tan sederhana dan besar kami menyediakan lebih banyak penyelesaian bagi memastikan peruntukan strategik sumber-sumber minyak dan gas asli," kata Kong.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 77 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200601/2818217-1?lang=0

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Gas Transportation Utilities New products/services