omniture

Pemenang-pemenang Rancangan Aneka Ragam Kegemaran Ramai iQIYI "Youth With You Season 2" Buat Penampilan Sulung sebagai Kumpulan Gadis

iQIYI, Inc.
2020-06-02 15:06 291

BEIJING, 2 Jun, 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, mengumumkan bahawa kumpulan idola semua gadis yang terdiri daripada sembilan pemenang rancangan aneka ragam asal yang menjadi kegemaran ramai Youth With You Season 2 ("Rancangan") membuat penampilan sulung pada malam 30 Mei lalu. Kumpulan idola yang terdiri daripada 9 anggota ini, THE9, melibatkan XIN Liu, Esther Yu, Kiki Xu, Yan Yu, Shaking, Babymonster An, Xiaotang Zhao, Snow Kong dan K Lu, yang dipilih daripada lebih 100 pelatih melalui undian penonton semasa Rancangan tersebut dan THE9 akan menjadi duta Mengniu Zhenguoli. Pada malam 30 Mei, pengguna global dapat menonton Rancangan tersebut dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai menerusi versi antarabangsa iQIYI App, bagi menyaksikan penampilan sulung THE9.

Pemenang-pemenang Rancangan Aneka Ragam Kegemaran Ramai iQIYI "Youth With You Season 2" Buat Penampilan Sulung sebagai Kumpulan Gadis
Pemenang-pemenang Rancangan Aneka Ragam Kegemaran Ramai iQIYI "Youth With You Season 2" Buat Penampilan Sulung sebagai Kumpulan Gadis

Youth With You Season 2, sebuah rancangan aneka ragam yang memberi tumpuan pada pelatih idola pop wanita, mempersembahkan pengguna dan peminat iQIYI dengan perjalanan yang amat menarik dan menghiburkan berhubung kegigihan dan kerja keras pelatih apabila mereka bersaing untuk menonjol dalam Rancangan tersebut. Youth With You Season 2 menonjolkan bahawa wanita muda Cina menerima kebebasan dan nilai yang pelbagai dengan yakin dan berani untuk mempunyai impian yang besar.

"Youth With You Season 2" capai senarai sohor kini di Twitter sebanyak 393 kali

Sebagai rancangan aneka ragam asal berasaskan IP iQIYI yang terkemuka, Youth With You Season 2 telah mencetuskan perbincangan yang meluas antara penonton tempatan dan antarabangsa sejak pelancarannya. Rancangan ini telah memecah rekod penglibatan penonton terdahulu dalam kategori rancangan aneka ragam iQIYI, mencecah indeks populariti kandungan sebanyak 9,000 kali. Dari segi interaksi pengguna, ciri interaksi sari kata peluru Rancangan ini telah melebihi 100 juta dari segi jumlah penggunaan, rekod tertinggi untuk iQIYI dalam kategori rancangan aneka ragam.

Youth With You Season 2 juga tersedia untuk penstriman pada platform antarabangsa iQIYI. iQIYI telah menyetempatkan Rancangan tersebut untuk penonton antarabangsa dengan menterjemahkannya ke dalam pelbagai bahasa asing dan mengambil kira konteks budaya dan tabiat bahasa pasaran sasarannya. Penonton luar negara juga dapat terlibat dengan Rancangan tersebut dan bersorak untuk peserta kegemaran mereka dengan mengundi mereka untuk senarai kedudukan populariti peserta melalui versi antarabangsa iQIYI App. Menurut senarai kedudukan populariti ini, peserta yang paling popular dalam pasaran antarabangsa ialah XIN Liu.

Setakat ini, video rasmi yang dilancarkan oleh Youth With You Season 2 telah menggamit perhatian lebih 300 juta tontonan pada YouTube dengan 73 klip video mencecah lebih daripada satu juta tontonan setiap satunya. Di samping itu, lebih 393 tagar berkaitan dengan Rancangan tersebut menjadi sohor kini di Twitter dalam 15 negara merentas Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara. Sementara itu, pada platform sosial yang popular di China, hantaran dengan tagar berkaitan dengan Rancangan tersebut mencapai bilangan pembaca seramai 51.66 bilion.

Tambahan pula, 12 penonton luar negara yang bertuah dari Malaysia, Thailand, A.S., Filipina, antara lain yang memohon untuk program 'panggilan untuk penonton rakaman awan Youth With You Season 2' melalui platform-platform seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram mengambil bahagian sebagai penonton dalam sesi rakaman awan bagi persembahan peserta berkenaan.

Menggunakan teknologi dan ekosistem untuk mencipta pengalaman budaya idola imersif sehenti 

Youth With You Season 2 menggunakan pelbagai kaedah penerbitan dipacu teknologi yang inovatif bagi meningkatkan penglibatan penonton. Ini termasuk ciri-ciri seperti AI Radar "Qiguan", mod tontonan berbilang perspektif, bilik berbual selebriti, imersi AI Suike, serta teknologi AR dan VR. Sebagai contoh, Qiguan membolehkan pengguna mendapat akses pantas kepada biografi dan maklumat peserta mengenai lagu yang dimainkan dalam Rancangan tersebut sebagai muzik latar belakang. Ciri tersebut terbukti amat berjaya dan digunakan hampir satu juta kali dalam minggu pertama pelancarannya.

Mod tontonan berbilang perspektif, yang digunakan buat julung kalinya dalam rancangan aneka ragam, menyediakan pengguna dengan pengalaman menonton yang lebih diperibadikan dengan memaparkan syot dekat persembahan pelatih kegemaran mereka dalam bahagian berasingan pada skrin. Ciri bilik berbual selebriti memberikan pengalaman menonton dan mengulas secara serentak. Pelatih-pelatih yang popular menggunakan bilik berbual tersebut untuk berinteraksi dengan pengguna pada masa sebenar, lalu mencipta hubungan yang lebih erat bersama penonton.

Di samping itu, iQIYI telah membina ekosistem IP yang komprehensif sekitar Youth With You Season 2 dalam aspek-aspek seperti video pendek, komik, e-dagang dan barangan. Dengan berkolaborasi bersama ekosistem IQIYI seperti iQIYI Comics, Ba Da (aplikasi kartun iQIYI), Zeal Beauty (aplikasi pengetahuan kosmetik iQIYI), iQIYI Paopao (komuniti hiburan iQIYI untuk peminat mengikuti dan berinteraksi bersama selebriti) serta Fansfun (aplikasi barangan keluaran sampingan iQIYI yang direka khas untuk peminat), iQIYI menyediakan pengguna dan kumpulan peminatnya dengan pengalaman interaktif yang pelbagai dan baharu, bagi memaksimumkan keseronokan dan jangkauan Rancangan berkenaan.

Menggunakan pendekatan pemasaran inovatif dan inisiatif bersilang untuk memaksimumkan nilai komersial IP

Bagi mencipta pengalaman hiburan yang paling interaktif sebaik mungkin, Rancangan ini bekerjasama dengan lebih 30 pengiklan jenama dan pengiklan berlesen IP termasuk Mengniu Zhenguoli Huaguoqingru, DARLIE, SOFY dan Kiehl's serta bersama-sama membangunkan lebih 700 produk SKU dengan pengiklan berlesen IP daripada pelbagai kategori termasuk pakaian, makanan dan juga kosmetik. Ini dapat membantu mempromosikan Rancangan ini dalam kalangan penonton yang lebih muda di samping dapat memenuhi kehendak mereka untuk sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini.

iQIYI juga telah meneroka bentuk baharu pemasaran sosial bersilang dengan memanfaatkan kekuatan ekosistem perniagaannya. Sebagai contoh, Zeal Beauty mengundang pelatih untuk berkongsi panduan kecantikan mereka pada platform ini sebagai "pakar solek", bagi membolehkan peminat untuk belajar mengenai kehidupan di-belakang-tabir pelatih. Sementara itu, Fansfun App melancarkan Youth Capsule Toy, Youth Postcard dan barangan keluaran sampingan yang lain. Rancangan ini turut mendedahkan avatar rasminya, YUNI untuk digunakan dalam mainan serta aksesori yang dipakai oleh pelatih. Inisiatif-inisiatif ini membantu membina hubungan yang mendalam antara Rancangan ini, pelatih dan penonton serta mencipta nilai merentas semua industri dalam ekosistem iQIYI. Tambahan pula, pelatih-pelatih XIN Liu dan Esther Yu berkolaborasi dengan Li Jiaqi, pempengaruh kecantikan dan penyiar langsung yang terkenal di China yang mempunyai lebih 16.76 juta pengikut di media sosial, untuk menjual produk pada saluran strim langsung yang popular. Kolaborasi ini menarik lebih 30 juta penonton. Menerusi rangkaian kandungan hiburan yang pelbagai, Youth With You Season 2 memaksimumkan nilai komersial IP dengan berkolaborasi bersama perniagaan yang berkaitan dalam rantaian nilai.

Selain daripada Youth With You Season 2, iQIYI melancarkan rancangan kegemaran ramai berkualiti tinggi yang lain seperti Idol ProducerThe Rap of China dan FOURTRY sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lalu menjadikannya sebagai penetap trend yang utama dalam budaya muda. Siri Youth With You telah memulakan perkembangan budaya idola di China hanya dalam tempoh tiga tahun dan mewujudkan penanda aras baharu untuk rancangan aneka ragam idola. Siri ini memenuhi keperluan pengguna untuk hiburan yang pelbagai sekali gus menginspirasikan penonton global dengan pesanan yang positif seperti percaya pada diri sendiri dan mengejar impian seseorang serta mendorong selanjutnya pembangunan pasaran idola China yang mantap.

Latar Belakang iQIYI, Inc.
iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penerbitan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat membezakan dirinya dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, penyiaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian, e-dagang dan sebagainya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200601/2817820-1?lang=0

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Telecommunications Television New products/services