omniture

Megaport Lancar Platform NaaS di Perancis, Sediakan Perniagaan dengan Akses Pantas, Boleh Diskala ke Awan

Megaport
2020-06-03 06:54 41

Platform NaaS Megaport tawarkan syarikat-syarikat Perancis dengan sambungan pantas, boleh diskala dan selamat kepada pelbagai penyedia awan dan penyelesaian pinggir awan di seluruh dunia 

PARIS, 3 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Megaport, penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan penggunaan penyelesaian NaaS di Perancis. Penyelesaian ini akan mendayakan perkhidmatan saling sambung global yang lebih pantas, lebih fleksibel dan selamat. Menambah kepada kehadirannya di 13 negara Eropah yang lain, Megaport akan menyediakan perniagaan Perancis dengan keupayaan untuk mempercepatkan dan memudahkan sambungan kepada penyedia awan awam utama seperti Microsoft Azure, AWS, Google, IBM, SAP dan Oracle.

Syarikat-syarikat yang inginkan ketangkasan dan keselamatan untuk memproses dan berkongsi data merentas berbilang platform awan memerlukan penyelesaian sambungan yang pantas, selamat dan boleh diskala. Megaport, yang boleh diakses daripada lebih 600 pusat data didayakan di seluruh dunia dan disambungkan ke lebih 170 onramp awan, benar-benar menyediakan penyelesaian ini. Pelanggan boleh mewujudkan sambungan atas-permintaan ke perkhidmatan awan awam tanpa perlu mengurus infrastruktur rangkaian yang rumit.

Faedah-faedah termasuk:

  • Pilihan: Megaport menyediakan akses persendirian terus kepada 170 onramp awan yang utama dalam industri dan lebih daripada 600 pusat data didayakan, termasuk onramp awan di Paris.
  • Keselamatan dan Prestasi: Sambungan terus memintas internet awam untuk privasi dan keandalan.
  • Pasaran Mantap: Penyelesaian termasuk ekosistem global dengan lebih daripada 350 penyedia perkhidmatan, termasuk penskala hiper yang paling utama.
  • Kemudahan Penggunaan: Pengaktifan terus langsung seni bina awan hibrid, berbilang awan dan awan-ke-awan melalui penyediaan titik-dan-klik menerusi Penghala Awan Megaport pintar.
  • Prestasi: Menyetempatkan aplikasi dan menghentikan trafik yang lebih hampir dengan pinggir di mana prestasi penting.
  • Kebolehskalaan: Sambungan elastik menyokong keperluan perniagaan dan sejajar dengan model penggunaan awan.

Vincent English, Ketua Pegawai Eksekutif Megaport, berkata: "Tatkala perniagaan di Perancis sedang menjalani transformasi digital dan menyerlahkan kuasa data, banyak perniagaan yang menerima pakai seni bina hibrid dan berbilang awan. Platform Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan Megaport ini berkedudukan sempurna untuk menyokong penggunaan yang tangkas dan peluasan pantas ketersambungan kepada berbilang penyedia perkhidmatan dan pusat data atas permintaan. Dengan berintegrasi bersama onramp awan setempat, Megaport akan membolehkan perniagaan Perancis mengatasi kebimbangan kedaulatan data sekali gus turut mendayakan jejak global melalui Rangkaian Tentuan Perisian kami." 

Perkhidmatan Megaport pada mulanya disediakan daripada Equinix Paris 2, Interxion Paris 5 dan Colt Paris 2. Pusat data tambahan dirancang untuk diintegrasikan sepanjang tahun 2020 untuk menyediakan Telehouse 2 dan 3 serta Interxion Marseille 2. Pelancaran ini akan mengukuhkan kehadiran syarikat di Eropah ke 24 bandar, mewakili 14 negara.

Petikan Kata-kata 

Ross Ortega, Pengurus Program Rakan Kongsi, Azure Networking di Microsoft Corp.: "Megaport membawa nilai kepada Microsoft Azure dan seluruh ekosistem rakan kongsi. Kehadirannya di Perancis akan mempercepatkan dan memudahkan perjalanan awan untuk perniagaan Perancis, lantas dapat meningkatkan dan melancarkan penggunaan awan."

Sami Slim, Timbalan Pengarah Jualan, Telehouse France: "Kehadiran Megaport di Perancis akan menyediakan pelanggan kami dengan pilihan yang lebih luas dari segi bagaimana mereka boleh berhubung ke awan dan ke dunia. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka di Perancis dan berharap dapat membantu pelanggan kami berhubung ke awan dengan cara yang pantas dan mudah."

Sumber-sumber Sokongan 

Latar Belakang Megaport 

Megaport ialah penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan global yang terkemuka. Menggunakan Rangkaian Tentuan Perisian (SDN), platform global Syarikat ini membolehkan pelanggan untuk menghubungkan rangkaian mereka dengan pesat kepada perkhidmatan lain dalam Rangkaian Megaport. Perkhidmatan boleh dikawal terus oleh pelanggan melalui peranti mudah alih, komputer mereka atau API terbuka. Megaport menghubungkan lebih 1,700 pelanggan di lebih 600 pusat data didayakan di seluruh dunia. Megaport ialah Rakan Kongsi Teknologi Alibaba Cloud, Rakan Kongsi Teknologi AWS, Rakan Kongsi Kecekapan Perangkaian AWS, Rakan Kongsi Saling Sambung Google Cloud, penyedia IBM Direct Link Cloud Exchange, Rakan Kongsi Microsoft Azure Express Route, Rakan Kongsi Nutanix Direct Connect, Rakan Kongsi Oracle Cloud, Rakan Kongsi Salesforce Express Connect dan Rakan Kongsi Ekosistem Terbuka SAP PartnerEdge.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2582958-1logo?lang=0

 

Source: Megaport
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services