omniture

Vymo Lancar Manager Experience (MeX) Pacu Intervensi Dahuluan dan Tingkatkan Hasil Jualan sebanyak Lebih 200%

Vymo
2020-06-04 00:08 144

Manager Experience (MeX) Vymo bantu pengurus campur tangan pada-ketika-itu untuk bimbing pasukan jualan secara proaktif dan disediakan sebagai penaiktarafan pada aplikasi Pembantu Jualan Peribadi Vymo

BANGALORE, India dan SINGAPURA, 3 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Vymo, pelopor bagi penyelesaian Pengautomatan Jualan dan Kecerdasan untuk pasukan jualan teragih telah melancarkan Vymo Manager Experience (MeX), satu penaiktarafan pada aplikasi Pembantu Jualan Peribadi, yang memberi tumpuan untuk membolehkan pengurus memacu intervensi yang proaktif.

Vymo MeX Experience
Vymo MeX Experience

Kini sedang diuji bersama beberapa syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar di Dunia, MeX membolehkan pasukan jualan untuk menjual 2x lebih banyak polisi dan mengumpul 320% lebih banyak premium. Penyelesaian ini turut mengurangkan masa pusing ganti untuk pelanggan sebanyak 70-75%.

Menggabungkan ciri-ciri terkini daripada Vymo untuk perolehan aktiviti jualan dan mendorong kecerdasan, Vymo Manager Experience (MeX) membolehkan:

  • Pandangan disatukan bagi KPI pasukan jualan berserta aktiviti dan matlamat,
  • Perancangan akaun pelanggan dan penglibatan yang komprehensif, dan
  • Intervensi bimbingan pada-ketika-itu melalui amaran pengecualian

Mengulas mengenai pelancaran ini, Harish Vaidyanathan, Naib Presiden Kanan - Produk, Vymo, berkata, "Jualan dan sistem CRM umumnya digunakan sebagai instrumen pemeriksaan oleh pengurus dan penyelia. Akibatnya, jurujual sentiasa skeptikal untuk menggunakan teknologi baharu. Vymo sentiasa meletakkan pengguna akhir jualan sebagai tumpuan pengalaman dan atas sebab inilah kami mempunyai penggunaan pengguna harian yang luar biasa iaitu lebih 85%. Pengalaman pengurus membantu pengurus untuk melangkaui sekadar memantau aktiviti untuk benar-benar membantu pasukan mereka mencapai hasil secara proaktif. Berdasarkan kepada percubaan membuahkan hasil yang kami lakukan, kami teruja untuk melihat teknologi ini diterima pakai dalam seluruh industri."

Vymo mengehoskan sesi pandangan pakar pada hari Jumaat, 11:00 PAGI IST / 01:30 PETANG SGT untuk menghuraikan bagaimana Vymo MEX membantu pengurus memperkasa pasukan mereka bagi meningkatkan metrik prestasi. Perbincangan secara langsung ini akan dipimpin oleh Harish Vaidyanathan, Naib Presiden Kanan - Produk, Vymo. Klik di sini untuk mendaftar - https://getvymo.com/mex

Latar Belakang Vymo
Vymo (getvymo.com) ialah Pembantu Jualan Peribadi yang pintar. Vymo mempunyai lebih 100,000 pengguna dalam lebih 60 perusahaan besar seperti Axa, Allianz, HDFC Bank, VPBank, AIA dan Generali. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Hebat (Cool Vendor) dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Pautan Berkaitan
Laman Sesawang - https://www.getvymo.com
Daftar untuk pandangan MeX - https://www.getvymo.com/mex
Tetapkan jadual demonstrasi - https://www.getvymo.com/demo
Muat Turun Logo - Pautan

Hubungan Media
Gunjan Saha
gunjan@getvymo.com

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services Financial Technology