omniture

Kluster AI Atlas 900 Huawei Menang Satu-satunya Anugerah Persembahan Terbaik untuk AI di Interop Tokyo 2020

Huawei
2020-06-05 20:43 506

TOKYO, 5 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Panel juri di Interop Tokyo 2020 telah menyampaikan kluster AI Atlas 900 Huawei dengan Anugerah Persembahan Terbaik (Best of Show Award) sebagai pengiktirafan kepada pengkomputeran AI yang berkuasa dan pelesapan haba yang unggul. Atlas 900 Huawei ialah satu-satunya produk AI bagi tahun 2020 yang menerima Anugerah Persembahan Terbaik. Prestasi luar biasa Atlas 900 merupakan pemangkin kepada penyelidikan AI global dan mendorong aplikasi AI dalam industri-industri. 

Atlas 900 Huawei terima satu-satunya Anugerah Persembahan Terbaik untuk AI di Interop Tokyo 2020
Atlas 900 Huawei terima satu-satunya Anugerah Persembahan Terbaik untuk AI di Interop Tokyo 2020

Anugerah Persembahan Terbaik merupakan penghormatan tertinggi bagi persidangan Interop. Hanya produk-produk yang memenuhi piawaian kualiti tinggi yang dituntut oleh pasaran IT Jepun yang akan dipertimbangkan.

Tony Xu, Presiden Huawei Ascend Computing, berkata, "Penyelesaian pengkomputeran Huawei Atlas AI menyediakan pengkomputeran yang hebat dan kecekapan tenaga utama untuk semua senario AI dalam peranti, pinggir dan awan. Kluster AI Atlas 900 menyediakan pusat data dengan pengkomputeran hebat, kelinearan tinggi dan kecekapan tenaga terbaik untuk mempercepatkan penyelidikan intensif-data seperti penerokaan astronomi, ramalan cuaca, penerokaan minyak dan penjujukan gen. Penemuan penyelidikan diterjemahkan kepada faedah-faedah praktikal untuk orang ramai di seluruh dunia."

Atlas 900 ialah kluster latihan AI yang terpantas di dunia. Ia memberi kuasa pengkomputeran keseluruhan sebanyak 256 hingga 1024 petaFLOPS pada separuh ketepatan (FP16), bersamaan dengan kuasa pengkomputeran 500,000 komputer peribadi. Atlas 900 memecahkan rekod dunia bagi ujian penanda aras ResNet-50 untuk latihan model dengan menyelesaikan latihan dalam 59.8 saat. Atlas 900 ialah satu-satunya produk yang mampu menyelesaikan latihan dalam masa kurang daripada seminit. Atlas 900 mempunyai aplikasi yang luas dalam penyelidikan saintifik dan inovasi perniagaan untuk latihan model AI yang lebih pantas dengan imej serta video.

Atlas 900 mengintegrasikan tiga antara muka untuk saling sambung berkelajuan tinggi: Huawei Cache Coherence System (HCCS), PCIe 4.0 dan 100G Ethernet. Kluster AI Atlas 900 AI memanfaatkan suis pusat data Huawei CloudEngine untuk berfungsi pada jejaring penuh 100 TB/s, rangkaian khusus tidak menyekat untuk penyegerakan parameter. Rangkaian ini mengurangkan kependaman penyegerakan parameter sebanyak 10 hingga 70 peratus bagi menyelaraskan latihan model AI.

Pelesapan haba merupakan satu isu yang kritikal untuk kluster latihan AI dengan kuasa pengkomputeran yang begitu tinggi. Atas sebab inilah kluster AI Atlas 900 menerima pakai sistem perintis untuk pelesapan haba. Ia menerajui inovasi industri dengan penyelesaian pendinginan cecair penuh dan reka bentuk adiabatik tertutup skala-rak. Reka bentuk ini memberi pelesapan haba yang besar walaupun untuk rak tunggal dengan penggunaan kuasa sehingga 50 kW. Ia dapat mencapai keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) kurang daripada 1.1 untuk pusat data, hampir mencapai PUE ideal 1.0. Atlas 900 dapat memperbaiki rak 8-kW disejukkan oleh udara dengan mengurangkan ruang bilik peralatan sehingga 79%. Sistem pendinginan cecair inovatifnya menyediakan penggunaan berintensifkan tenaga, berketumpatan tinggi dan PUE rendah untuk mengurangkan TCO pelanggan dengan drastik.

Huawei memupuk kerjasama untuk membina industri pengkomputeran Ascend dengan perkakasan terbuka, perisian sumber terbuka dan pendayaan rakan kongsi. Huawei menyediakan infrastruktur pengkomputeran AI tindanan penuh dan penyelesaian aplikasi bagi memperkasa industri-industri dengan AI dan mencipta kecerdasan pervasif.

--Tamat--

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  
http://www.twitter.com/Huawei  
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200604/2821467-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Awards Trade show news