omniture

CBEEX, WeBank dan Green Inclusive bersama-sama perkenal Rantaian Blok ke dalam Platform Inklusif Mobiliti Hijau

WeBank
2020-06-08 09:19 2615

BEIJING, 8 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Jun, China Beijing Environment Exchange (CBEEX), WeBank dan Green Inclusive bersama-sama mengumumkan bahawa mereka akan menjalin kerjasama teknikal bagi tujuan pembangunan Platform Inklusif Mobiliti Hijau menggunakan rantaian blok. Ketiga-tiga pihak ini menandatangani satu Perjanjian Kerangka Kerjasama Strategik Rantaian Blok Mobiliti Hijau semasa satu persidangan pelancaran secara dalam talian.

Di persidangan ini, Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank, mengeluarkan kertas putih pertama berhubung kerangka tadbir urus sosial berdasarkan teknologi rantaian blok, MERITS (Etika Boleh Ukur: Kerangka Penarafan, Pemberian Insentif, Penjejakan & Penyeliaan), yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai peserta bagi mencapai misi penggalakan perbuatan baik didayakan teknologi.

Platform Inklusif Mobiliti Hijau menawarkan perkhidmatan kepada pengguna akhir melalui Akaun Rasmi WeChat dan Program Mini WeChat serta menerima pakai platform rantaian konsortium sumber terbuka FISCO BCOS, menurut Perjanjian Kerangka Kerjasama Strategik Rantaian Blok Mobiliti Hijau. Infrastruktur rantaian blok diterajui WeBank FISCO BCOS ialah platform rantaian blok gred-kewangan bersumber terbuka pada tahun 2017.

Platform Inklusif Mobiliti Hijau menggalakkan pengurangan emisi gas rumah hijau dengan mengehadkan penggunaan kenderaan bermotor. Pada masa depan, platform ini akan melibatkan lebih banyak pengangkutan seperti bas, kereta api bawah tanah dan sebagainya untuk senario mobiliti hijau.

WeBank keluarkan Kertas Putih "MERITS" bagi mendorong orang awam untuk menggalakkan perbuatan baik

"Platform ini dinaik taraf dan dioptimumkan di bawah kerangka MERITS bagi menjamin proses penerbitan, pengedaran, penajaan, pertukaran, penjelasan dan penyelesaian, penyeliaan dan pengauditan yang terbuka dan telus dengan rekod yang boleh dikesan dan ditentusahkan pada masa sebenar. Diperkasa oleh teknologi terkini seperti AI, Rantaian Blok, IOT, ia dapat mencapai kesepakatan antara pihak-pihak dengan berkesan di samping memenuhi keperluan pematuhan dan meningkatkan kredibiliti," kata Henry.

Platform Inklusif Mobiliti Hijau ialah projek pendaratan pertama berasaskan kerangka MERITS. Melalui pewujudan peranan dan proses operasi peserta, ketiga-tiga mekanisme teras MERITS dapat dilihat: Pertama, Mekanisme Penarafan, tingkah laku perjalanan pengguna yang mesra alam dan rendah karbon pada Platform Inklusif Mobiliti Hijau direkodkan oleh peranti Internet dan IOV (Internet Kenderaan) dan diukur dengan tepat oleh emisi karbon. Kedua, Mekanisme Keserasian Insentif membolehkan setiap peserta Platform Inklusif Mobiliti Hijau untuk mengambil tindakan berdasarkan permintaan mereka sendiri bagi merealisasikan hasil yang saling menguntungkan dan menyokong nilai-nilai rendah karbon. Akhir sekali, bagi mengimbangi inovasi dengan risiko, Mekanisme Tadbir Urus Pematuhan membolehkan Platform Inklusif Mobiliti Hijau memenuhi keperluan kawal selia dan pengauditan dengan memanfaatkan ketetapan, kebolehkesanan proses penuh dan kesepakatan pelbagai pihak untuk menerima pakai teknologi rantaian blok.

"CBEEX memanfaatkan kelebihan inovatifnya dan bersama-sama melancarkan Platform Inklusif Mobiliti Hijau dengan WeBank dan Green Inclusive. Melalui insentif berasaskan pasaran, kami menggalakkan kaedah buat orang awam untuk melakukan perjalanan yang mesra alam. Platform ini turut menggabungkan kerangka tadbir urus sosial MERITS yang dicadangkan oleh WeBank, bagi mendorong perbuatan baik semua orang melalui kaedah teknologi," kata Wang Huijun, Naib Presiden Eksekutif CBEEX.

"Platform Inklusif Mobiliti Hijau digabungkan dengan konsep MERITS, menggunakan teknologi rantaian blok untuk menarik minat penyertaan lebih ramai orang. Ekonomi lestari gelung tertutup ekologi inklusif hijau yang mantap memastikan titik karbon akan digunakan untuk memberi ganjaran kepada pengguna atas pengurangan emisi karbon mereka," kata Jiang Nanqing, pengerusi di Green Inclusive.

MERITS sediakan penyelesaian untuk tadbir urus cekap dalam pengurusan dan pembendungan wabak

Untuk masa depan, Henry menyatakan MERITS juga boleh diaplikasikan untuk Perlindungan Alam Sekitar, Kecergasan dan Kesihatan Diri, Pengayaan Budaya, Kedermawanan dan Khidmat Masyarakat serta Kesihatan Awam. Khususnya dalam perjuangan global untuk memerangi pandemik COVID-19, dengan mengaplikasikan kerangka MERITS, pentadbiran kesihatan awam boleh berganding bahu dengan pihak-pihak bukan kerajaan dengan tujuan untuk menggalakkan organisasi serta individu untuk mengambil bahagian dan menyumbang dengan aktif terhadap usaha pencegahan coronavirus.

Sebagai contoh, Mekanisme Keserasian Insentif boleh diwujudkan bagi menggalakkan individu untuk mengisytiharkan maklumat sejarah perjalanan atau maklumat berkaitan yang lain, mengukur suhu dan mengasingkan diri, yang akan membantu membendung penularan jangkitan dengan berkesan.

"Dengan bantuan MERITS, WeBank berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami di seluruh dunia untuk menggalakkan perbuatan baik yang murni dengan sains dan teknologi. Dalam hal ini, Mekanisme Keserasian Insentif MERITS boleh mendapat manfaat daripada kerjasama terbuka dan berperanan untuk membimbing orang awam bagi mengamalkan perbuatan baik melalui insentif jelas yang positif," kata Henry.

 

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures Trade show news Blockchain