omniture

Absen Rangkul Red Dot Award 2020 untuk Siri LED Pementasan Sewa Jaguh Baharu

Absen.com
2020-06-09 03:28 386

SHENZHEN, China, 9 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar LED global yang terkemuka Absen (SZSE:300389) dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah memenangi anugerah Red Dot Product Design yang menjadi idaman untuk penyelesaian LED pementasan sewa mereka yang terkini, siri Venus (VN).

Red Dot winner 2020 - Absen Venus Series
Red Dot winner 2020 - Absen Venus Series

Red Dot Design Award ialah salah satu tanda khas kualiti antarabangsa yang paling dicari-cari untuk reka bentuk yang baik. Diwujudkan pada tahun 1955, anugerah Product Design tersebut disampaikan untuk produk terbaik yang dicipta setiap tahun, sebagaimana yang diputuskan oleh juri yang terdiri daripada 40 pakar antarabangsa untuk inovasi produk.

Pemenang-pemenang anugerah tersebut dinilai berdasarkan pelbagai elemen termasuk inovasi, fungsi, kualiti dan keserasian ekologi. Mengulas mengenai Siri VN yang berjaya itu, juri Red Dot Award memuji "ciri kefleksibelan dan ketahanan sangat tinggi yang menjadikan siri Venus boleh diaplikasikan secara sejagat dalam pelbagai senario penggunaan."

"Kami berasa gembira kerana diberikan anugerah Red Dot untuk Reka Bentuk Produk," kata Amy Tang, Naib Presiden produk di Absen. "Siri VN direka bentuk dengan mengutamakan pengguna dalam setiap prosesnya. Produk tersebut bukan sahaja memberi prestasi yang mengagumkan dari segi visual, ia juga sangat berbeza daripada apa yang kini terdapat dalam pasaran dan akan menyaksikan pelanggan dapat mengurangkan berat dan menjimatkan kos, tanpa mengkompromi prestasi produk."

Siri Venus ialah paparan LED inovatif yang direka khas untuk konsert dan festival lantaran kebolehannya untuk mencipta skrin bersaiz besar dengan pantas. Produk berkenaan menampilkan reka bentuk 'modul-pada-bingkai' yang bersepadu dengan sangat unik, yang tidak memerlukan sub-bingkai dan 27% lebih ringan berbanding penyelesaian pesaing, seraya membolehkan pasukan kreatif untuk mengurangkan berat, menjimatkan kos serta membina dinding LED yang lebih besar berbanding sebelum ini – dengan ketinggian sehingga 20 meter.

Siri ini direka bentuk dengan mementingkan tahap keselamatan dan kemudahan petugas. Dengan paip gentian karbonnya berserta saluran kesat bagi menjamin keselamatan pemanjat serta cangkuk keselamatan tambahan agar pemasang rig dapat memastikan keselamatan mereka dalam setiap langkah proses pembinaan, serta keupayaan untuk bertahan daripada angin kencang sehingga tahap 8, siri VN ialah salah satu penyelesaian LED pementasan sewa paling selamat yang terdapat dalam pasaran.  

Siri VN boleh didapati dalam dua saiz standard: 1,500mm(W) x 1,000mm(H) dan 500mm x 1,000mm, bagi memberi pilihan yang disesuaikan sepenuhnya. Ia boleh didapati dalam versi pic piksel 3.9mm, 4.8mm dan 8.3mm, mempunyai kecerahan sehingga 5000nit dan LED permukaan hitam. Siri VN juga memberi pilihan lengkung cekung dan cembung untuk reka bentuk dinding video yang sangat kreatif; dengan variasi mendatar laras bebas -10 hingga +10 darjah, bagi memberi kedudukan tetap pada -10°, -5°, 0°, +5° dan +10°.

Latar Belakang Absen:

Absen ialah pengeluar paparan LED global terkemuka yang menawarkan produk dan penyelesaian LED dalaman, luaran, tetap dan sewaan profesional. Sebagai pengeksport LED Cina terbesar selama sebelas tahun berturut-turut, Absen berada di lebih 120 negara dan wilayah serta memainkan peranan penting untuk lebih 30,000 projek yang berjaya di seluruh dunia setakat ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200608/2822551-1?lang=0

 

 

Source: Absen.com
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Utilities Awards