omniture

Seraphim Tandatangani Perjanjian Pembekalan Modul 50MW dengan Raystech di Australia

Seraphim
2020-06-10 22:18 472

CHANGZHOU, China, June 10, 2020 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. ("Seraphim"), salah satu pengeluar produk solar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian pembekalan modul solar berkecekapan tinggi 50 Megawatt ("MW") dengan Raystech Group ("Raystech"), pemborong dan pengimport terkemuka bagi pasaran solar dan elektrik di Australia dan New Zealand.

Menurut perjanjian ini, Seraphim akan menghantar modul PERC monohabluran separa sel siri S3 yang baru diperkenalkan ke dalam pasaran Australia dengan kuasa output sehingga 370W dan kecekapan melebihi 19.80%. Modul separa sel siri S3 Seraphim mengintegrasikan sel silikon 166mm dengan teknologi sel berbilang busbar dan separa potong.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Raystech; ini merupakan langkah maju ke hadapan buat kami untuk mengukuhkan rangkaian pengedaran tempatan kami," ulas En. Polaris Li, presiden Seraphim. "Australia ialah salah satu pasaran PV yang paling matang di dunia dan Seraphim menembusi pasaran ini pada tahun 2012. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berupaya untuk mengekalkan kehadiran kami dalam senarai jenama-jenama modul solar 10-teratas dengan kumpulan pelanggan kami yang mantap. Menerusi modul S3 370W yang baru dilancarkan ini, hanya 18 unit modul diperlukan untuk membina sebuah sistem isi rumah. Ini sebahagian besarnya akan mengurangkan kos BoS serta tenaga buruh. Kolaborasi kami dengan Raystech akan membantu kami untuk menunaikan janji kami bagi membawa penyelesaian tenaga bersih yang paling cekap, inovatif dan menjimatkan kos kepada pelanggan Australia."

En. Wei Han, Ketua Pegawai Eksekutif Raystech menambah, "Seraphim telah membangunkan profil produk yang kompetitif dengan pelbagai jenis modul PV yang sangat sesuai untuk semua jenis pemasangan. Berganding bahu dengan syarikat yang dinamik dan hebat seperti Seraphim ini merupakan langkah yang amat positif untuk Raystech. Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kepimpinan kami dalam pasaran PV Australia."

Latar Belakang Seraphim

Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk PV solar. Sehingga kini, lebih daripada 8GW produk Seraphim telah dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Latar Belakang Raystech 

Raystech memberi tumpuan untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada pasaran solar dan elektrik di samping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, serta nasihat dengan harga yang berpatutan. Pada masa kini, Raystech telah berkembang kedudukannya menjadi sebuah syarikat yang benar-benar bertaraf antarabangsa yang mempunyai gudang-gudang di Thailand, Australia dan New Zealand.

Sila kunjungi www.seraphim-energy.com 

Pautan Berkaitan: https://www.seraphim-energy.com/seraphim-to-supply-183mw-modules-to-the-philippines/

 

Source: Seraphim
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts