omniture

3on3 FreeStyle: Rebound Akan Datang ke Steam

JOYCITY
2020-06-11 10:00 585

GYEONGGI-DO, Korea Selatan, 11 Jun 2020 /PRNewswire/ -- JOYCITY mengumumkan bahawa 3on3 FreeStyle: Rebound akan dilancarkan di seluruh dunia melalui Steam pada Julai 2020.

3on3 FreeStyle: Rebound Akan Datang ke Steam
3on3 FreeStyle: Rebound Akan Datang ke Steam

3on3 FreeStyle: Rebound ialah versi yang dibentuk semula daripada versi konsol asal 3on3 FreeStyle dengan menjadikan audiens komputer peribadi sebagai keutamaan. Ia meneruskan asas Unreal Engine daripada permainan asal berserta reka bentuk main-percuma (free-to-play) yang sama.

Rebound membawakan antara muka pengguna dan pengalaman pengguna yang disesuaikan untuk komputer peribadi. Sokongan papan kekunci & pengawal penuh akan disokong semasa pelancaran. Pelayan pemadanan khusus wilayah telah dipersiapkan untuk wilayah-wilayah utama seperti Amerika Utara, Asia Tenggara dan Eropah bagi memberi pengalaman PVP dalam talian yang lancar untuk pemain. Permainan ini akan menyokong sehingga 9 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Thai dan Bahasa Indonesia.

Young Ho Park, Ketua Pegawai Eksekutif JOYCITY berkongsi, "Kami bersyukur atas peluang untuk memaparkan 3on3 FreeStyle: Rebound kepada pemain komputer peribadi dan Steam. Kami bekerja keras untuk merangkumkan kegembiraan daripada permainan konsol asal dan membawanya kepada 3on3 FreeStyle: Rebound untuk komputer peribadi. Dengan permainan asal mendapat lebih satu juta muat turun di seluruh dunia, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan aliran hiburan dan kegembiraan berterusan yang menjadikan francais 3on3 terkenal."

Steam Store Page dan treler acah rasmi baharu untuk 3on3 FreeStyle: Rebound akan diperkenalkan pada 11 Jun ini. Maklumat lanjut dan acara akan disediakan sebelum pelancaran.

3on3 FreeStyle: Rebound di Steam: PAUTAN
Facebook Rasmi: PAUTAN
Treler Acah: PAUTAN

Latar Belakang JOYCITY 

JOYCITY Corporation ialah pembangun dan penerbit permainan ulung yang mengkhusus dalam permainan merentas semua platform untuk pasaran global. Beberapa judul permainan mudah alih yang diterima baik daripada JOYCITY termasuk Pirates of the Caribbean: Tides of War yang dibangunkan dengan kerjasama Disney, Gunship Battle: Total Warfare, Game of Dice dan The War of Genesis. Dilancarkan di kawasan-kawasan terpilih baru-baru ini ialah CrossFire: Warzone yang menampilkan pegawai-pegawai ikonik daripada francais CrossFire yang popular. Portfolio permainan yang pelbagai daripada JOYCITY turut melibatkan permainan sukan jalanan FreeStyle pada komputer peribadi, dengan kemasukan konsol terkini untuk francais ini ialah 3on3 FreeStyle untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://corp.joycity.com/html/en/games.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200604/2821664-1?lang=0

Source: JOYCITY
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services