omniture

Tahun Ketiga Berturut-turut Tongwei Group Sumbangkan Sistem Penjanaan Kuasa Fotovolta Luar-grid ke Kawasan Tidak Didiami di Qinghai dan Tibet

Tongwei Group
2020-06-11 21:38 496

CHENGDU, China, 11 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Jun 2020, Tongwei Group, peneraju bagi industri fotovolta global, menyumbangkan sistem penjanaan kuasa fotovolta luar-grid 30KW ke kawasan-kawasan yang tidak didiami di Qinghai dan Tibet buat kali ketiga, memberikan kuasa elektrik bersih ke Stesen Perlindungan Ekologi Akuatik Sumber Changjiang dan stesen-stesen gabungannya serta terus menyumbang kepada perlindungan terhadap persekitaran ekologi sumber sungai Changjiang.

Sistem Penjanaan Kuasa Fotovolta Luar-Grid yang disumbangkan oleh Tongwei Group
Sistem Penjanaan Kuasa Fotovolta Luar-Grid yang disumbangkan oleh Tongwei Group

Dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020, Tongwei Group telah melakukan sumbangan amal bagi membina sistem penjanaan kuasa fotovolta di kawasan-kawasan yang tidak didiami di Qinghai dan Tibet. Menerusi dedikasi sebenar terhadap tanggungjawab sosial, Tongwei Group telah menakluki keadaan buruk di kawasan altitud tinggi yang sejuk dan menjalankan usaha di kawasan-kawasan yang tidak didiami di Qinghai dan Tibet sebanyak tiga kali, lalu menjadi contoh yang sangat baik kepada usaha penjanaan kuasa fotovolta serta menyumbang kepada pembinaan infrastruktur dan perlindungan terhadap alam sekitar di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Pada masa akan datang, Tongwei Group akan terus berusaha ke arah matlamat untuk menjadi sebuah perusahaan tenaga bersih yang bertaraf dunia dan terus menggalakkan dan menerajui revolusi tenaga bersih global, mewujudkan dunia yang harmoni dari segi ekologi yang mana terdapatnya bukit bukau yang menghijau dan perairan kehijauan, langit biru dan awan putih, untuk generasi-generasi masa depan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200609/2824853-1?lang=0

 

Source: Tongwei Group
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility