omniture

XCMG Perkenal Penggelek Jalan Berautonomi

Kumpulan Penggelek Jalan Berautonomi Siapkan Pembinaan Jalan Raya Asfalt Pertama Dunia - Panda Expressway antara Wilayah Sichuan dan Yunnan.
XCMG
2020-06-12 03:38 427

PANZHIHUA, China, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE: 000425), pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, memperkenalkan Penggelek Jalan berautonominya hari ini susulan kejayaan ujian yang diadakan pada penghujung Mei lalu. XCMG bersama-sama membangunkan penggelek jalan berautonomi dengan Sichuan Railway Investment Group dan Tsinghua University. Penggelek Jalan berautonomi membuat kemunculan sulungnya sepanjang Panda Expressway, yang kini sedang dalam fasa pembinaan antara Panzhihua, Wilayah Sichuan dan Dali, Wilayah Yunnan.

Kumpulan Penggelek Jalan Berautonomi XCMG Siapkan Pembinaan Jalan Raya Asfalt Pertama Dunia - Panda Expressway antara Wilayah Sichuan dan Yunnan.
Kumpulan Penggelek Jalan Berautonomi XCMG Siapkan Pembinaan Jalan Raya Asfalt Pertama Dunia - Panda Expressway antara Wilayah Sichuan dan Yunnan.

"Lebih 81% Panda Expressway terdiri daripada jambatan dan terowong, lalu menjadikannya sebagai salah satu projek infrastruktur pengangkutan pintar yang utama di China," kata Cui Jisheng, Pengurus Besar Jentera Jalan Raya XCMG. "Meningkatkan kualiti dan keselamatan jalan raya melalui pembinaan yang cekap dan pengurangan kos merupakaan keutamaan tertinggi dalam kolaborasi kami bagi membangunkan penggelek jalan berautonomi. Kejayaan kami di sini menunjukkan janji yang besar untuk pengindustrian teknologi dan akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur pengangkutan pintar."

Sebelum memulakan proses dan sebelum ujian tersebut bermula, pusat data pemantauan jarak jauh mula mengenal pasti laluan dan proses yang optimum. Arahan kemudiannya dihantar ke sistem kawalan pada jentera, bagi membolehkan penggelek jalan tersebut beroperasi secara autonomi di bawah keadaan yang rumit, dengan ketepatan 2-3cm.

Penggelek jalan pandu sendiri ini dilengkapi dengan pelbagai langkah keselamatan dan sistem pemantauan masa sebenar yang dapat membunyikan amaran, melakukan pemberhentian kecemasan, masuk dan keluar dari tapak secara automatik serta mengelakkan halangan.

Pada tahun 2018, XCMG menandatangani satu perjanjian strategik dengan Sichuan Railway Investment Group dan Tsinghua University untuk memperkukuhkan kerjasama mereka dalam bidang pembinaan jalan raya berautonomi. Sejak itu, ketiga-tiga pihak berkenaan telah memohon sembilan paten domestik, iaitu tiga untuk ciptaan dan enam untuk model dan teknologi utiliti.

Menerusi pencapaian ini, perkongsian berkenaan akan diteruskan, memberi tumpuan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelaksanaan strategi pembangunan pengangkutan pintar dan pembangunan stesen utama komunikasi 5G mudah alih.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 77 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200610/2826070-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation New products/services