omniture

Hisense bakal bawakan UEFA.tv kepada berjuta-juta peminat menjelang penghujung tahun 2020

Hisense
2020-06-12 06:25 323

QINGDAO, China, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, UEFA mengumumkan bahawa Hisense, penaja rasmi sukan bola sepak pasukan kebangsaan UEFA, membawakan aplikasi OTT UEFA.tv kepada khalayak peminat bola sepak baharu di seluruh dunia menerusi pelancaran pada televisyen Hisense dan Toshiba.

Hisense bakal bawakan UEFA.tv kepada berjuta-juta peminat menjelang penghujung tahun 2020
Hisense bakal bawakan UEFA.tv kepada berjuta-juta peminat menjelang penghujung tahun 2020

Mulai hari ini, aplikasi UEFA.tv akan disediakan di televisyen Hisense dan Toshiba di Eropah melalui sistem operasi TV Pintar VIDAA mereka, yang kemudiannya akan digunakan di luar Eropah dalam beberapa bulan akan datang. Menjelang penghujung tahun ini, Hisense berhasrat untuk menyediakan aplikasi UEFA.tv pada berjuta-juta televisyen.

Guy Laurent Epstein, Pengarah Pemasaran UEFA

"Dengan bekerjasama bersama Hisense, penaja rasmi sukan bola sepak pasukan kebangsaan UEFA, bagi menyediakan aplikasi UEFA.tv pada TV Pintar Hisense dan Toshiba menjadikan suatu kombinasi yang membuahkan hasil. UEFA berbesar hati untuk terus membawa kandungan video yang luar biasa daripada pertandingan kami kepada semua peminat dan berharap dapat menghiburkan penonton baharu ini pada platform TV pintar pertama yang menampilkan UEFA.tv."

Guy Edri, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan untuk platform VIDAA Hisense.

"Saya berasa gembira kerana Hisense menjadi pengeluar TV pertama yang menawarkan UEFA.tv pada televisyennya. Misi kami adalah untuk membawa hiburan sukan terbaik, di peringkat global dan tempatan, kepada peminat-peminat pada sentuhan butang. Beribu-ribu jam perlawanan serta dokumentari bola sepak yang hebat kini akan disediakan secara percuma kepada pemilik TV pintar Hisense dan Toshiba di seluruh dunia."

UEFA.tv. Sentiasa sukan bola sepak. Sentiasa aktif.

Penonton Hisense yang mengakses aplikasi UEFA.tv boleh menikmati pelbagai jenis kandungan video atas-permintaan termasuk tayangan semula perlawanan, sorotan utama, program rancangan majalah, rencana pemain dan banyak lagi daripada seluruh pertandingan UEFA.

Mereka juga boleh mengakses kandungan yang terbaik daripada arkib video terdahulu UEFA dalam bentuk pertembungan klasik, pemain legenda dan penceritaan sukan bola sepak yang menarik.

Sepanjang Jun dan Julai UEFA.tv akan meraikan beberapa detik UEFA EURO yang paling hebat dengan tayangan semula perlawanan klasik, rencana "On This Day", gol EURP bersejarah, senarai main dipilih susun dan banyak lagi.

Apabila melibatkan kandungan secara langsung, peminat akan dapat menonton penstriman perlawanan daripada pertandingan remaja, wanita dan futsal UEFA, serta liputan langsung keputusan seri perlawanan UEFA yang utama. *

Akses

Pelanggan Hisense boleh mendaftar untuk UEFA.tv secara percuma melalui proses pendaftaran yang mudah dalam aplikasi, manakala pemegang akaun digital UEFA sedia ada hanya perlu mendaftar masuk dengan kelayakan biasa mereka.

*Ketersediaan perlawanan secara langsung tertakluk kepada sekatan-geo di wilayah-wilayah tertentu; jadual acara dan perlawanan UEFA secara langsung tertakluk kepada pengesahan.

Latar Belakang Hisense

Hisense ditubuhkan pada tahun 1969 di Qingdao, China dan selama lima dekad telah komited untuk membangunkan produk elektronik pengguna yang inovatif. Hari ini, Hisense merupakan jenama TV yang terkemuka di seluruh dunia dan peneraju pasaran di China, Afrika Selatan dan Australia serta merupakan salah satu pengeluar yang terbesar barangan putih dan barangan belacu, menawarkan penyelesaian kediaman yang lengkap di bawah satu bumbung. Syarikat ini telah membina 54 syarikat dan pejabat luar negara serta menggunakan 14 kemudahan pengeluaran antarabangsa bertaraf tinggi di China, Eropah, Amerika Tengah dan Afrika Selatan. Hisense juga mempunyai 18 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia dengan tujuan tunggal untuk membawakan produk kelas pertama dan berpatutan yang dapat meningkatkan tahap kehidupan pengguna.

Latar Belakang VIDAA

VIDAA ialah sistem operasi TV pintar terbuka berasaskan Linux, yang kini digunakan pada TV Hisense. Ditubuhkan pada tahun 2014, hanya dalam tempoh enam tahun, ia menjadi pesaing global yang mantap dalam bidang platform TV pintar. Pada tahun 2020, VIDAA memperkenalkan antara muka pengguna yang serba baharu dan dipertingkat yang dikenali sebagai 4.0, yang meletakkan pengguna serta cara mereka menggunakan kandungan sebagai teras rekaan. VIDAA akan diprapasang pada TV Hisense baharu selain TV Pintar Toshiba yang dikeluarkan oleh Hisense.

Latar Belakang UEFA

UEFA - Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah - ialah badan pentadbir bagi bola sepak Eropah. Ia merupakan sebuah persatuan untuk persatuan-persatuan, demokrasi perwakilan dan organisasi naungan untuk 55 persatuan bola sepak kebangsaan di seluruh Eropah.

Objektif-objektifnya adalah, antara lain, untuk mengurus semua persoalan berkaitan bola sepak Eropah, untuk menggalakkan sukan bola sepak dengan semangat perpaduan, setiakawan, keamanan, persefahaman dan kejujuran, tanpa sebarang diskriminasi dari aspek politik, bangsa, agama, jantina atau sebarang alasan lain, bagi menjaga nilai-nilai bola sepak Eropah, menggalakkan dan melindungi standard etika dan tadbir urus yang baik dalam sukan bola sepak Eropah, mengekalkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam sukan bola sepak Eropah serta menyokong dan menjaga persatuan-persatuan ahlinya demi kesejahteraan keseluruhan permainan Eropah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200610/2825936-1?lang=0

 

 

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Sports Telecommunications Licensing/marketing agreements