omniture

HAI ROBOTICS lancar Sistem Robotik Pengendalian Bekas Berautonomi Pungutan-karton & Dwi-dalam Pertama di Dunia

HAI ROBOTICS
2020-06-15 21:00 649

SHENZHEN, China, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai perintis bagi sistem robotik pengendalian bekas berautonomi (ACR), HAI ROBOTICS mengautomasikan pergudangan dengan sistem HAIPICK.

Pada 15 Jun 2020, HAI ROBOTICS mengumumkan pelancaran dua robot HAIPICK baharu: ACR HAIPICK A42N pungutan-karton dan ACR HAIPICK A42D dwi-dalam yang pertama di dunia.

ACR HAIPICK A42D Dwi-dalam Sedang Beroperasi
ACR HAIPICK A42D Dwi-dalam Sedang Beroperasi

Kenaikan kos sewa gudang telah menjadi isu yang besar untuk banyak syarikat. Pengurus gudang sentiasa mencari penyelesaian yang paling cekap kos dan cekap simpanan. HAIPICK A42D ialah ACR dwi-dalam pertama di dunia yang mengoptimumkan penggunaan ruang dan meningkatkan ketumpatan simpanan dalam gudang. Ia dapat mengurangkan bilangan lorong sebanyak 50% sekali gus meningkatkan ketumpatan simpanan sebanyak 130%. Cabang teleskopiknya boleh disesuaikan untuk dua barisan penyusunan dwi-dalam. Algoritma pintarnya boleh disesuaikan bagi memenuhi model perniagaan yang pelbagai.

Keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh daripada HAI ROBOTICS membolehkan syarikat untuk membangunkan HAIPICK A42D dalam 1.5 tahun, melepasi beberapa ujian dengan jayanya. Pada Mac 2020, sistem berasaskan HAIPICK A42D pertama yang memulakan operasi dalam syarikat 3PL mendapat maklum balas yang positif.

ACR HAIPICK A42N pungutan-karton
ACR HAIPICK A42N pungutan-karton

HAIPICK A42N ialah ACR pungutan-karton yang pertama di dunia. Ia menggunakan karton sebagai unit pengendalian daripada hanya kotak tote. Teknologi pengecaman visual 3D mengenal pasti barangan tanpa memerlukan kod, menghasilkan kiraan inventori yang lebih pantas melalui pengimbasan rak. Ia menyokong pungutan karton/kotak tote berbilang saiz dan boleh diaplikasikan untuk pelbagai keperluan perniagaan. Platform perisian ini disesuaikan bagi menyokong pungutan-bekas dan pungutan-kepingan. Karton dan kotak tote boleh digunakan semula untuk mengurangkan kos.

Latar Belakang sistem HAIPICK:

  • Pengoptimuman-kendiri. Algoritma pengoptimuman pintar disesuaikan agar sesuai dengan industri pelanggan. Ia mengoptimumkan sendiri dengan sewajarnya dari masa ke masa.
  • Kecekapan tinggi. Ketumpatan simpanan yang dipertingkat sebanyak 80%-130%. Kecekapan operasi yang ditingkatkan sebanyak 3-4 kali.
  • Kefleksibelan. Menyokong integrasi pelbagai peralatan atau penyelesaian tersuai.
  • ROI jangka pendek. Tempoh bayaran balik yang utama dalam industri untuk pengutomatan gudang.
  • Pelaksanaan pantas. Gudang dapat diautomasikan dalam seminggu dan beroperasi dalam sebulan.
  • Penyelesaian tersuai. Pelbagai perkhidmatan untuk mengintegrasikan pengautomatan HAIPICK dengan teknologi serta platform perisian yang lain.
  • Susun atur paten global. HAI ROBOTICS melindungi faedah-faedah pencipta dan pelanggan di seluruh dunia.

Latar Belakang HAI ROBOTICS 

HAI ROBOTICS ialah perintis bagi sistem robotik pengendalian bekas berautonomi (ACR), menawarkan pengautomatan gudang dengan sistem HAIPICK. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, syarikat ini telah membantu pelanggan termasuk SF DHL, BEST Supply Chain dan Phillips, untuk mengoptimumkan operasi pergudangan dengan robotik canggih dan algoritma AI bagi menyediakan penyelesaian yang cekap, pintar, fleksibel dan boleh disesuaikan serta perkhidmatan sehenti. Maklumat lanjut www.hairobotics.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2827446-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2827446-1-b?lang=0

 

Source: HAI ROBOTICS
Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals New products/services