omniture

Huawei Perkasa Transformasi Digital Pelanggan Kewangan Global dengan Strategi Berpusat Mudah Alih dan Keupayaan Awan, AI dan 5G

-- Huawei Adakan Sidang Kemuncak FSI Global 2020 dalam talian
Huawei
2020-06-15 21:51 2771

SHENZHEN, China, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak FSI Global 2020 (bahagian luar negara dalam talian) dengan tema "Berkembang Maju Secara Digital dalam Masa Depan Mudah Alih." Institusi kewangan dan perusahaan diundang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka dalam menangani "kebiasaan baharu" dalam era pasca pandemik, melibatkan pelaksanaan mengutamakan peranti mudah alih (mobile first) yang dipercepatkan dan menggunakan Teknologi Kewangan (FinTech) bagi menjamin kelangsungan perniagaan dan membentuk semula model perkhidmatan kewangan. Huawei percaya bahawa keupayaan mudah alih merupakan kunci untuk bank masa depan. Menyokong perniagaan berpusatkan mudah alih ini akan memerlukan seni bina IT baharu dan keupayaan penting melibatkan awan, AI dan 5G. Sebagai pengusaha teknologi yang utama, Huawei menyediakan pelanggan kewangan globalnya dengan penyelesaian ICT kewangan yang kompetitif dan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi yang utama di dunia untuk inovasi bersama.

Sidang kemuncak ini menarik minat institusi kewangan yang terkemuka di dunia termasuk Shanghai Pudong Development (SPD) Bank, China Construction Bank, Singapore DBS Bank, Sberbank, BBVA, Isbank; penyedia penyelesaian kewangan yang terkemuka di dunia Temenos, serta institusi penganalisis IDC dan peserta industri global yang lain.

Institusi Kewangan yang Patuhi Strategi Utamakan Mudah Alih dan Berkembang ke arah Digital Akan capai Kejayaan Lebih Besar 

Pandemik COVID-19 telah memajukan operasi digital dalam industri kewangan lebih yakin dan tekad dalam pelaksanaan berkenaan. Tambahan pula, industri berkenaan telah menunjukkan kelebihan dan nilainya dalam mengaplikasikan teknologi baharu dalam operasi digital.

Peng Zhongyang, Pengarah Lembaga, Presiden Enterprise Business Group, Huawei, berkata: "Berdasarkan pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan, 5G dan teknologi ICT yang lain, Teknologi Kewangan yang inovatif akan menerima peluang baharu dan menerajui penaiktarafan perkhidmatan kewangan. Kami telah menggabungkan pengalaman teknikal, keupayaan dan pemahaman industri kami selama 30 tahun dengan keperluan pelanggan, bagi menyediakan produk dan penyelesaian ICT kewangan kompetitif yang mencakupi pelbagai domain serta berkolaborasi dengan pelbagai rakan kongsi untuk inovasi bersama. Kami percaya bahawa institusi kewangan yang bersedia untuk berkembang ke arah digital mungkin akan menyaksikan kejayaan yang lebih besar."

Mematuhi prinsip "mengutamakan peranti mudah alih" bagi mencapai pengalaman pintar merupakan asas untuk strategi perniagaan bertumpu pelanggan institusi kewangan, menurut Jason Cao, Presiden Unit Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Global, Enterprise BG, Huawei. "Kami percaya bahawa keupayaan mudah alih akan menjadi terasa masa depan industri perbankan. Ia bukan sahaja boleh diaplikasikan pada antara muka yang dapat berhubung dengan pelanggan, tetapi juga pada operasi dalaman dan kolaborasi dengan rakan kongsi. Menyokong perniagaan bertumpu mudah alih ini akan memerlukan seni bina IT baharu dan keupayaan penting melibatkan 5G, AI dan awan. Sebagai peneraju bagi teknologi ini, Huawei mempunyai kelebihan unik yang menyokong transformasi awan institusi kewangan membina keupayaan penyambungan baharu dan membantu institusi kewangan meningkatkan keupayaan ketangkasan serta inovasi mereka," jelas beliau.

Pengalaman Transformasi Bank di China Perkasa Industri Perkhidmatan Kewangan Global 

Sepanjang 10 tahun yang lalu, Huawei telah mengumpul pengalaman yang luas secara global. Terutamanya dalam pasaran China, Huawei telah memperoleh pengalaman dalam menerajui transformasi bank dan berkembang maju dalam era Aplikasi mudah alih. Sektor perbankan khususnya telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan kelangsungan perniagaan pada peringkat-peringkat pandemik yang berbeza. Dalam era pasca pandemik, bank-bank perlu mempertimbangkan secara proaktif model perniagaan mereka dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan bagi menjamin perniagaan yang tangkas dalam melangkah ke hadapan.

Shanghai Pudong Development (SPD) Bank telah mengaplikasikan teknologi seperti 5G, IoT, kecerdasan buatan serta pengkomputeran awan sejak tahun 2018. Pada awal tahun ini, bank kami mewujudkan pelan tindakan tiga tahun, bertujuan untuk mengukuhkan perbankan terbuka, menggalakkan pendigitalan tindanan penuh dan mencipta pemacu pembangunan baharu dengan memberi tumpuan pada pengalaman pelanggan dan teknologi digital. Dari perspektif strategik, kami akan menggalakkan operasi data, penaiktarafan teknologi dan kolaborasi silang industri. Umpamanya, SPD Bank telah membangunkan pekerja maya berkuasa AI, Xiaopu. Melalui latihan profesional, Xiaopu berupaya untuk menawarkan penilaian risiko, perundingan kewangan, nasihat pelaburan dan perkhidmatan siaran berita secara dalam talian. Dalam persekitaran 5G, Xiaopu dapat bekerja dengan sempurna pada pelbagai peranti seperti telefon mudah alih, jam tangan pintar dan kereta, menjadikan perkhidmatan berkualiti tinggi, diperibadikan dan pintar lebih mudah dan inklusif.

Pan Weidong, Presiden SPD Bank, menyatakan dalam ucapan dasar beliau: "Dengan mematuhi 'tumpuan-pelanggan', SPD Bank menggunakan 5G dan teknologi lain untuk terus menginovasi pengalaman pelanggan, model perniagaan dan ekosistem terbuka serta mengembangkan keluasan, kedalaman dan kelebaran perkhidatan kewangan. Kami akan mengukuhkan kerjasama dan inovasi silang industri. Kami ingin mencetuskan kemungkinan yang tidak terhingga dengan hubungan, menginspirasikan momentum yang tidak terhingga dengan kecerdasan, menawarkan perkhidmatan kepada ekosistem industri dengan Teknologi Kewangan dan bersama-sama menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi yang berkualiti tinggi dalam mendepani masa depan yang lebih baik."

China Construction Bank (CCB) melancarkan strategi "TOP+" untuk transformasi digital kewangan seawal tahun 2011. Ia menggunakan teknologi dan data sebagai pacuan dua roda untuk menerima teknologi baharu seperti AI, rantaian blok, pengkomputeran awan dan 5G dengan aktif serta membenamkan perkhidmatan kewangan ke dalam empat sektor penting iaitu pakaian, makanan, perumahan dan pengangkutan. Semasa pandemik ini, aplikasi teknologi baharu membolehkan CCB untuk menyediakan pelanggan dengan "perkhidmatan tanpa kontak" sewajarnya. Saluran pinjaman dalam talian, umpamanya, ditetapkan tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan. Pada awal Februari, bank melancarkan perkhidmatan komprehensif "zon antiwabak" melalui perbankan mudah alih dan WeChat Bank, menyediakan data masa sebenar mengenai keadaan wabak, aplikasi untuk pembayaran balik pinjaman peribadi lewat, derma amal dan perkhidmatan lain. 

Niu Wenchao, Jurutera Kanan China Construction Bank, berkata di sidang kemuncak ini: "Semasa berlakunya wabak, ketika transaksi melalui kaunter menurun dengan ketara, transaksi dalam talian CCB meningkat sedikit. Hasil daripada strategi dwi-awan CCB, awan persendirian menyediakan operasi yang stabil dan awan awam membantu inovasi serta pembangunan. Lebih penting lagi, kami bergantung pada infrastruktur pusat data pintar dan rangkaian yang amat automatik dan pintar yang bersama-sama dibina oleh Huawei dan CCB. Transformasi digital telah meletakkan asas untuk kami bertindak balas dengan pantas terhadap kecemasan dan mengekalkan kesinambungan khidmat pelanggan."

Infrastruktur Data Huawei Rangsang Transformasi Digital dalam Sektor Kewangan Tangani Cabaran Mudah Alih 

Sambungan masa sebenar yang kukuh dan berkuasa adalah penting apabila sektor perbankan memasuki dunia digital dan 5G, IoT serta rangkaian fleksibel merupakan teknologi penting.

Infrastruktur data yang dipercepatkan mendayakan perbankan masa depan. Joy Huang, Ketua Pegawai Strategi, Awan & AI BG, Huawei, berpendapat bahawa sesetengah bank mempunyai pertumbuhan mantap yang mampan hasil daripada teknologi digital. Syarikat-syarikat yang berkembang ini mempunyai satu perkara yang sama, iaitu keupayaan perkhidmatan dalam talian mereka yang bagus berasaskan awan, agar mereka dapat menjadi amat tangkas dalam inovasi. Huawei belajar daripada pelanggan bahawa cara yang paling berkesan adalah untuk mengamalkan berbilang awan, dengan awan berasingan untuk pengguna berbeza, dan dalam masa yang sama memberi perhatian penuh pada pengalaman langkah terakhir pelanggan untuk perkhidmatan mudah alih dan cawangan pintar.

Peningkatan pengalaman pengguna Aplikasi kewangan merupakan bahagian penting dalam transformasi digital. Siri Borsum, Naib Presiden Vertikal Kewangan, Perkongsian Global & Pembangunan-Eko, Consumer BG, Huawei, mengulas: "Sejumlah besar pengguna peranti Huawei, keupayaan HMS yang kukuh, sumber pasaran yang beraneka, sumber runcit luar talian dan sumber manusia global akan membantu rakan kongsi kami menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna Aplikasi mudah alih."

Sambungan rangkaian ialah salah satu komponen teras dalam infrastruktur data kewangan. Daniel Tang, Ketua Pegawai Teknologi Barisan Produk Komunikasi Data, Huawei, berkata: "Penyelesaian rangkaian pusat data CloudFabric 2.0 Huawei yang dinaik taraf secara komprehensif, melalui sambungan pintar kehilangan paket sifar, ultra luas, 400GE pintar dan berketumpatan tinggi dan menyokong keupayaan berbeza seperti operasi dan penyelenggaraan pintar rangkaian pemanduan berautonomi, menerajui rangkaian pusat data menuju era pintar, membantu institusi kewangan membina perkhidmatan kewangan berskala penuh dan meningkatkan pengalaman pengguna mudah alih.

Huawei membantu institusi kewangan mentransformasikan kewangan inklusif, inovasi perniagaan dipacu data, perbankan terbuka dan menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan kewangan yang inklusif, stabil, selamat dan mudah secara digital. Setakat ini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1,600 institusi kewangan di seluruh dunia, termasuk 45 daripada 100 bank utama di dunia. Di samping itu, ia telah memeterai kerjasama strategik yang komprehensif dengan 20 bank berskala besar, syarikat insurans dan syarikat sekuriti di seluruh dunia serta telah menjadi rakan kongsi strategik yang dipercayai untuk transformasi digital pelanggan.

Sidang Kemuncak FSI Global Huawei ialah sebuah acara ICT global yang dianjurkan oleh Huawei dan memberi tumpuan pada industri perkhidmatan kewangan. Acara ini mula diadakan pada tahun 2013 dan semua hadirin merupakan golongan elit industri daripada institusi kewangan. Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak FSI Global Huawei 2020, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/finance2020/en/ 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment