omniture

Sinopec Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan Terbesar Dunia

Sinopec
2020-06-16 06:20 485

ZHOUSHAN, China, 16 Jun 2020  /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec"), syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di China, berjaya memasang reaktor penghidrogenan residu lapisan buburan yang pertama dan terbesar di dunia dengan 3,000 berat tan dalam 15 jam pada 10 Jun di Zhoushan, China, mencatatkan rekod baharu China bagi berat angkat penting yang tertinggi oleh satu alat.

Sinopec Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan Terbesar Dunia
Sinopec Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan Terbesar Dunia

 Direka bentuk oleh Sinopec Engineering, reaktor penghidrogenan unit tunggal yang terbesar di dunia seberat 3,025 tan, yang bersamaan dengan 17 ekor paus biru, haiwan terbesar di muka bumi dan mempunyai ketinggian 72 meter (236.2 kaki) yang bersamaan dengan bangunan 26-tingkat. Diameter luar reaktor ini berukuran 6.156 meter (20.2 kaki) dan mempunyai ketebalan dinding 320mm. Ia merupakan alat utama dalam fasa II projek integrasi penapisan-kimia 40 juta tan/tahun Zhejiang Petroleum & Chemical.

Pemasangan memecah rekod ini menerima pakai sistem pengangkat gantri hidraulik boleh luncur 5,200 tan untuk tugasan mengangkat utama dan kren rangkak XGC28000 2,000-tan menyelaraskan pengangkatan dari hujung satu lagi.

Sistem pengangkat gantri hidraulik 5,200 tan mempunyai kelebihan mengangkat beban berat, mengalihkan secara menyeluruh dan memerlukan sedikit langkah pemasangan & penceraian menara tengah, penyelesaian ini mengurangkan impak dengan berkesan terhadap tapak pembinaan dan memendekkan tempoh pembinaan keseluruhan.

Sistem pengangkat gantri hidraulik 5,200 tan akan dipindahkan secara menyeluruh sebagai persediaan untuk pengangkatan dan pemasangan reaktor penghidrogenan kedua, ia akan menyiapkan enam lagi tugasan mengangkat yang sama pada bulan-bulan akan datang.

Latar Belakang Sinopec 

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia dan produk kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, selain komoditi dan juga teknologi lain; dan penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan "Mendorong Kehidupan yang Indah" sebagai misi korporatnya, meletakkan "kakitangan, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan" sebagai nilai teras korporatnya, meneruskan strategi berorientasikan nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau & rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya bagi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200612/2828575-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

 

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Chemical Construction/Building Oil/Energy Utilities