SHAH ALAM, Malaysia, 16 Jun, 2020 /PRNewswire/ -- Fasa 1 terbaru Starling yang terletak di perbandaran moden Bandar Rimbayu oleh IJM Land telah menerima sambutan hangat dan habis terjual dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.
Ia adalah fasa pertama daripada empat fasa projek pembangunan kediaman di atas tapak seluas 56.68 ekar yang merangkumi 680 unit kediaman, kemudahan lengkap dan ruang komuniti dengan Nilai Pembangunan Kasar RM500 juta. Semasa pelancaran Fasa 1, lebih 500 pembeli rumah telah mendaftarkan diri untuk projek berkenaan yang membabitkan 125 unit rumah bertanah fleksi Jenis A dengan saiz tanah 20' x 60' dan keluasan binaan sebanyak 1,621 kaki persegi.
Bermula daripada RM 656,800, kediaman di Fasa 1 Starling didatangkan dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air yang sesuai bagi keluarga muda. Ia juga menampilkan stail yang elegan dengan tona warna yang bergaya dalam pelan susun atur terbukanya bagi ruang tamu, ruang makan dan dapurnya.
Dengan ruang yang banyak, penduduk boleh mengadakan aktiviti santai mereka dengan tenang dalam ruang tersendiri. Rekaan seni bina Starling juga menyediakan aliran pengudaraan yang kondusif dan limpahan cahaya semulajadi yang menimbulkan rasa bebas dan tidak terkurung. Dengan adanya norma baharu yang menggalakkan keluarga duduk di rumah, kemudahan sedia ada jalur lebar berkelajuan tinggi penting kepada penduduk untuk terus berhubung dengan dunia luar. Bagi tujuan keselamatan, projek pembangunan berkenaan terletak di dalam komuniti berpengawal dengan dua pintu masuk khas. Ruang terbuka seluas 16 ekar dan laluan joging 2km juga menggalakkan gaya hidup yang sihat.
Bandar Rimbayu turut mengambil inisiatif untuk mendigitalkan proses rundingan. Ia termasuklah membawa pelanggan menikmati 'pengembaraan' maya 3D yang menerangkan mengenai projek berkenaan dan unit yang ada di samping menyediakan pelan induk digital sebagai rujukan.
Susulan kejayaan Fasa 1, buat julung kalinya, Bandar Rimbayu telah mengendalikan sesi undian bagi pemilihan unit secara langsung di laman Facebook rasminya pada 7 Jun 2020. Daripada lebih 500 pendaftar, 190 individu terpilih bagi pengundian secara langsung bagi mengelakkan berlakunya sebarang ketidaktelusan.
Termasuk dalam senarai hartanah dalam skim Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020, pembeli rumah Starling boleh menikmati potongan 10 peratus ke atas harga belian serta pengecualian duti setem bagi Memorandum Pindah Milik dan pinjaman. Sebagai tambahan, pembeli juga layak menikmati yuran guaman percuma bagi kedua-dua Perjanjian Jual Beli dan pinjaman.
Fasa 2 Starling yang merangkumi 148 unit rumah Jenis B (20' x 60') kini dibuka untuk pendaftaran.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200616/2832069-1?lang=0