omniture

Tinjauan Herbalife Nutrition Bongkar Mitos Nutrisi Utama yang Biasa Dipercayai oleh Pengguna Asia Pasifik

Maklumat Salah di Internet Menyumbang Kepada 60% Daripada Pengguna Kurang Pengetahuan Nutrisi
Herbalife Nutrition Asia Pacific
2020-06-16 15:49 750

HONG KONG, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global yang ulung, Herbalife Nutrition, hari ini mengeluarkan cerapan tambahan daripada Tinjauan Mitos Nutrisi Asia Pasifik 2020 nya, membongkar bahawa 60 peratus daripada pengguna keliru dengan fakta nutrisi. Tinjauan berkenaan dijalankan dengan 5,500 responden dari Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam pada Mac 2020.

Dalam satu kuiz pengetahuan nutrisi am yang dikongsi dengan tinjauan tersebut, terdapat 48 soalan "Betul atau Salah" yang merangkumi sembilan aspek nutrisi iaitu nutrisi am, protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, kafein, pengurusan berat dan sarapan, yang diberikan kepada peserta tinjauan berkenaan. Keputusan tersebut mendedahkan bahawa kurang daripada satu perempat (23%) responden mendapat markah lulus (menjawab separuh atau lebih daripada soalan-soalan tersebut dengan betul).

Kuiz berkenaan turut mendapati bahawa tiga aspek utama yang mempunyai jurang pengetahuan nutrisi terbesar ialah:

  • Mineral: hanya 28% daripada responden menjawab soalan-soalan dalam kategori tersebut dengan betul
  • Kafein: hanya 33% daripada responden menjawab soalan-soalan dalam kategori tersebut dengan betul
  • Protein: hanya 34% daripada responden menjawab soalan-soalan dalam kategori tersebut dengan betul

Berdasarkan keputusan daripada kuiz tersebut, Herbalife Nutrition turut membongkar senarai mitos nutrisi utama yang biasanya dipercayai oleh pengguna Asia Pasifik, dengan lebih daripada enam dalam 10 pengguna memberi jawapan yang salah atau berkata bahawa mereka tidak pasti dengan jawapan yang betul untuk pernyataan nutrisi yang diberikan kepada mereka.

"Kelaziman mitos nutrisi di Internet telah menyebabkan berlakunya kekeliruan yang semakin meluas terhadap fakta nutrisi berbanding dengan fiksyen. Kebanyakan pengguna bukan sahaja percaya bahawa pengambilan karbohidrat sahaja akan mengakibatkan pertambahan berat badan, ramai antara mereka juga percaya bahawa mereka hanya memerlukan protein yang sedikit apabila mereka semakin meningkat usia – yang merupakan jauh dari kebenaran," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

"Bagi menangani jurang maklumat nutrisi ini, kami telah bekerjasama dengan pakar-pakar kesihatan dan nutrisi terkemuka untuk menyebarkan pengetahuan nutrisi yang tepat kepada pengguna Asia Pasifik. Kami percaya bahawa dengan usaha kolektif oleh pihak kerajaan, institusi penjagaan kesihatan dan industri nutrisi, ia akan memastikan pengguna mendapat maklumat yang lebih tepat dalam tempoh jangka masa yang panjang dan kami berharap agar lebih ramai dapat bekerjasama dengan kami dalam perjalanan ke arah membantu orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat," tambah Conchie.

Mitos-mitos Nutrisi Utama di Asia Pasifik yang Dibongkar oleh Tinjauan tersebut

Mitos-mitos Nutrisi Utama di Asia Pasifik yang Dibongkar oleh Tinjauan tersebut
Mitos-mitos Nutrisi Utama di Asia Pasifik yang Dibongkar oleh Tinjauan tersebut


Mitos #1: Karbohidrat menyebabkan anda bertambah berat badan

Fakta: Karbohidrat sahaja tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan; pengambilan kalori yang berlebihan pula boleh. Falsafah Herbalife Nutrition mengesyorkan untuk memastikan karbohidrat membentuk 40 peratus daripada pengambilan kalori kita setiap hari. Sumber karbohidrat yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh turut membekalkan nutrien yang penting seperti kalsium, zat besi dan vitamin B.

Mitos #2: Kita hanya memerlukan sedikit protein apabila kita semakin meningkat usia  

Fakta: Bermula daripada awal umur 40-an kita, kita mungkin mula mengalami kehilangan jisim dan fungsi otot secara progresif dan beransur-ansur yang dikenali sebagai sarkopenia. Proses ini dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan protein dan menggabungkan senaman rintangan ketika kita meningkat usia.

Mitos #3: Kafein menyebabkan dehidrasi

Fakta: Walaupun kafein mempunyai sifat-sifat diuretik, pengambilan yang sederhana antara 2 hingga 3 cawan kopi sehari tidak mungkin akan menyebabkan dehidrasi. Satu kajian yang dijalankan oleh Institute for Scientific Information on Coffee turut mendapati bahawa kopi boleh menghidrat badan seperti air.

Mitos #4: Jisim tulang puncak boleh dioptimumkan pada mana-mana peringkat umur dengan pengambilan kalsium yang mencukupi

Fakta: Jisim tulang puncak kita (saiz dan kekuatan tulang maksimum) bergantung pada pengambilan kalsium dan mencapai puncaknya pada usia 30 tahun. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium yang mencukupi sepanjang hayat kita dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Penambahan kalsium dapat melindungi kita daripada kelesapan tulang pada umur yang lebih lanjut, terutamanya untuk wanita selepas menopaus yang mempunyai keperluan kalsium yang lebih tinggi.

Mitos #5: Diet ketogenik ialah cara yang sihat untuk menurunkan berat badan

Fakta: Dengan karbohidrat yang sangat rendah, protein yang sederhana dan lemak yang sangat tinggi, diet ketogenik memaksa tubuh kita untuk bergantung pada lemak tubuh bagi mendapatkan tenaga, yang mengakibatkan penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, karbohidrat yang sihat membawa manfaat untuk tubuh, membekalkan tenaga, vitamin serta mineral. Untuk menurunkan berat badan secara berterusan, amalkan diet yang seimbang dan bersenam dengan kerap.

Mitos #6: Diet sangat rendah lemak ialah kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan

Fakta: Kajian menunjukkan pengurangan berat badan yang minimum selepas tahun pertama daripada diet sangat rendah lemak, lalu menjadikannya strategi penurunan berat badan jangka panjang yang tidak berkesan. Bahkan, tubuh kita sebenarnya memerlukan sedikit lemak untuk kekal sihat, memandangkan ia dapat membantu membina membran sel dan hormon serta membantu penyerapan vitamin-vitamin larut lemak iaitu A, D, E dan K.

Mitos #7: Indeks Glisemik merupakan alat yang baik untuk memilih karbohidrat yang paling sihat

Fakta: Indeks Glisemik mengukur sejauh mana karbohidrat dalam makanan memberi kesan kepada tahap gula dalam darah kita namun kita tidak boleh hanya bergantung padanya untuk memilih diet yang sihat. Jumlah karbohidrat yang anda ambil serta jenis makanan yang dimakan bersama-sama juga perlu dipertimbangkan secara keseluruhan.

Mitos #8: Serbuk protein bukanlah sumber protein yang sihat berbanding dengan protein daripada makanan asli

Fakta: Serbuk protein boleh menjadi sebagus protein daripada makanan asli yang diperoleh daripada sumber yang berkualiti tinggi. Umpamanya, protein soya daripada kacang soya merupakan protein lengkap, membekalkan kesemua sembilan jenis amino asid penting untuk keperluan nutrisi tubuh.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat bertaraf global yang telah mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan yang terbukti untuk ahli bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan disokong oleh sains, dijual di lebih 90 negara oleh ahli yang menjadi usahawan yang memberi bimbingan secara peribadi dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Melalui kempen global Syarikat ini yang bertujuan untuk membasmi kelaparan, Herbalife Nutrition turut komited untuk membawakan nilai pemakanan dan pendidikan kepada masyarakat di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2827350-1?lang=0

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Survey, Polls & Research