omniture

SKYWORTH Bawakan Teknologi Canggih Terus kepada Pengguna Melalui Pameran Canton 2020

SKYWORTH
2020-06-17 04:09 416

SHENZHEN, China, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama TV yang terkemuka di China dan perintis global bagi AIoT skrin besar, hari ini mengumumkan kemunculan sulungnya di Pameran Canton ke-127. Bersiaran langsung dari studio penyiarannya di Shenzhen, jenama ini akan berkongsi perkembangan terkini mengenai inovasi dan kemajuan perintisnya yang terkini dalam teknologi bersama seluruh pelosok dunia.

Senarai strim langsung SKYWORTH di Pameran Canton ke-127
Senarai strim langsung SKYWORTH di Pameran Canton ke-127

Bagi memulakan acara ini, strim langsung akan dimulakan dengan jelajah ekstensif ke ibu pejabat SKYWORTH, termasuk sorotan ringkas akses-semua-kawasan eksklusif bilik pameran produk SKYWORTH, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta studio reka bentuk. Bagi membawa pengalaman maya yang revolusioner, sekali gus mengekalkan kontak fizikal sifar, dron digunakan untuk merakam rakaman udara, bagi menawarkan penonton dengan pandangan dekat yang mengagumkan terhadap perkarangan SKYWORTH.

Susulan daripada jelajah ini, pengurus produk daripada SKYWORTH akan memperkenalkan penambahan terkini kepada barisan TV canggihnya, termasuk TV vertikal 8K perintisnya dan TV dinding OLED ultra-nipis, yang hanya berukuran 4.6mm pada titiknya yang paling nipis.

Sepanjang sembilan hari akan datang, SKYWORTH akan membawa segalanya daripada barisan pengeluarannya kepada pesanan daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya terus ke rumah orang ramai, membolehkan penonton untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi canggih yang memberi kuasa kepada televisyen SKYWORTH. Barisan kandungan yang mengujakan ini termasuk sesi dengan pasukan reka bentuk utama SKYWORTH, yang akan berkongsi kisah di belakang tabir mengenai pembangunan produknya dan perbincangan bersama Tony Wang, Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV, yang akan bersedia untuk menjawab sendiri soalan-soalan daripada pengguna seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi canggih yang unik dan berpatutan. Di samping mengembangkan perniagaannya ke seluruh APAC, SKYWORTH menubuhkan tapak pembuatan di Afrika Selatan pada tahun 2005 dan kini telah memberi tumpuan untuk pengembangan antarabangsa yang lebih jauh. Sejak penampilan pertamanya di Pameran Canton pada tahun 2009, SKYWORTH telah menjadi kemunculan tetap di acara ini, menganjurkan 22 sesi berturut-turut untuk para hadirin. Pada ketika itu, jualan tahunan luar negara syarikat meningkat daripada lebih RMB 1 bilion kepada RMB 10 bilion, memandangkan SKYWORTH telah beralih daripada globalisasi produknya kepada globalisasi penyelesaian teknologinya.

Pameran Canton 2020 ialah satu peluang untuk penonton meneroka lebih jauh ke dunia SKYWORTH dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk terkininya. Dengan audiens yang semakin berkembang melibatkan pembeli luar negara, para hadirin telah menyaksikan kejayaan penembusan SKYWORTH ke dalam pasaran global, beralih daripada jenama yang dikaitkan sebagai "Buatan China" kepada "Direkayasa di China".

Untuk menyertai acara siaran strim langsung SKYWORTH dan mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi canggihnya, kunjungi https://ex.cantonfair.org.cn/pc/en/exhibitor/4ab00000-005f-5254-03df-08d7ed79a759/live.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200615/2830551-1?lang=0

Source: SKYWORTH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Trade show news