omniture

Sunline Jalin Kerjasama dengan Huawei Pacu Transformasi Bank Yudha Bhakti melalui Teknologi Kewangan

Menyediakan Perkhidmatan Teknologi Kewangan (FinTech) Sehenti untuk Bank-bank Tangani Transformasi Kewangan Perkhidmatan Internet
Huawei
2020-06-17 10:29 344

JAKARTA, Indonesia, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei dan Sunline menandatangani satu kontrak bagi projek sistem teras perbankan Internet Bank Yudha Bhakti (BYB) di Indonesia, bagi menyediakan pelanggan dengan penyelesaian teknologi kewangan bersama yang bersepadu. Huawei dan Sunline akan mendayakan perusahaan kewangan Cina yang berkembang ke peringkat global dengan model, perniagaan dan teknologi utama China dalam bidang teknologi kewangan, mempercepatkan transformasi digital, membantu perusahaan kewangan Cina meningkatkan tahap keterbukaan dan keupayaan inovasi saintifik serta memudahkan perusahaan untuk bertapak dengan pantas dalam pasaran-pasaran di luar China.  

BYB ialah sebuah bank Indonesia yang diambil alih oleh Akulaku, syarikat teknologi kewangan yang terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai lebih 7 juta pengguna aktif di Indonesia. Ia merupakan salah satu strategi kritikal Akulaku pada tahun ini untuk mentransformasikan bank-bank dengan cara yang berciri digital dan memperkemas perkhidmatan bank seperti deposit, pinjaman dan transaksi bersama pengguna dan perkhidmatan dalam ekosistem Akulaku, melaksanakan perkhidmatan kewangan gelung tertutup. Berdepan dengan sejumlah besar keperluan perkhidmatan Internet, seni bina, prestasi dan reka bentuk asal sistem perbankan BYB tidak lagi dapat mengendalikan sejumlah besar data dan transaksi dengan kekerapan tinggi dalam era Internet. Hasilnya, BYB sangat perlu menggantikan sistemnya untuk memulakan transformasi digital dan memacu transformasi perniagaan dengan teknologi digital. Selepas mengambil kira beberapa aspek seperti daya saing dalam industri, kemajuan teknologi, pengalaman kes dan penyetempatan, akhirnya BYB memilih Huawei dan Sunline sebagai rakan-rakan kongsinya dalam projek ini.

Huawei bekerjasama dengan Sunline untuk menyediakan penyelesaian bersama yang utama buat BYB. Dengan menggabungkan produk perbankan digital Sunline dengan produk Huawei seperti storan denyar-penuh FusionCube dan OceanStor, penyelesaian ini menyediakan pelanggan dengan integrasi infrastruktur dan sistem komprehensif, yang bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi oleh BYB tetapi turut memberi sokongan padu untuk pembangunan digital BYB serta memastikan pembangunan pesat bank tersebut pada masa akan datang.

Terdapat banyak perusahaan kewangan Cina yang berkembang ke peringkat global yang mempunyai model yang serupa dengan BYB. Ia telah menjadi suatu trend baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk perusahan kewangan Cina mencari peluang pembangunan baharu di luar China. Walau bagaimanapun, peluang dan cabaran biasanya wujud bersama dan perusahaan kewangan perlu menghadapi pelbagai cabaran apabila berkembang ke peringkat global. Sukar untuk menyetempatkan sistem asal, manakala perisian dan perkakasan sedia ada tidak dapat menyokong pembangunan dengan secukupnya dan rantaian industri sukar dikekalkan.

Perusahaan Kewangan China Berkembang Ke Peringkat Global demi Pembangunan Lebih Baik 

Ia telah menjadi suatu persamaan untuk perusahaan kewangan berkembang ke peringkat global dengan memanfaatkan teknologi baharu, bentuk perniagaan baharu dan konsep teknologi kewangan baharu bagi memulakan transformasi digital.

Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kewangan Cina apabila berkembang ke peringkat global, Huawei dan Sunline bersama-sama membangunkan penyelesaian bersepadu, yang terdiri daripada sistem perkakasan berprestasi tinggi yang disediakan oleh Huawei dan penyelesaian aplikasi utama dalam bidang sistem IT bank, menampilkan kebolehskalaan tinggi, kekonsistenan data yang mantap, O&M automatik dan kawalan risiko. Penyelesaian ini menyediakan perkhidmatan kewangan sehenti untuk perusahaan kewangan Cina berkembang ke peringkat global, membantu mereka menyempurnakan transformasi digital dengan pantas.

Sunline ialah penyedia penyelesaian teknologi kewangan yang terkemuka di dunia. Dengan pengalaman jangka panjang dan mendalam bagi bidang aplikasi industri kewangan, Sunline telah menyediakan penyelesaian IT kepada lebih 700 institusi kewangan di seluruh dunia. Empat tahun yang lalu, Sunline mula mengusahakan susun atur globalnya. Ia mempunyai tapak perkhidmatan di Singapura, Malaysia, Thailand serta Indonesia dan menerusi pemahaman mendalamnya terhadap keperluan tempatan, ia mempunyai kelebihan yang jelas dalam menyetempatkan projek-projek IT kewangan.  

Huawei membantu institusi kewangan mencapai transformasi digital dalam kewangan inklusif, inovasi perkhidmatan dipacu data dan perbankan terbuka, melaksanakan ketersambungan penuh serta ketangkasan perkhidmatan dengan rakan-rakan kongsi global kami. Pada masa kini, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1600 pelanggan kewangan di seluruh dunia, termasuk 45 daripada 110 bank terkemuka di dunia.

Sunline akan terus memperkukuhkan kerjasamanya dengan Huawei bagi menggalakkan inovasi industri dan membina ekosistem digital, agar dapat mendayakan institusi kewangan dan pan-kewangan global dengan teknologi kewangan utama China dengan lebih baik serta memudahkan transformasi digital yang pantas untuk industri kewangan global.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment