omniture

JA Solar Tandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Pengedar Mexico Exel Solar

JA Solar Technology Co., Ltd
2020-06-18 02:37 352

BEIJING, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar ("Syarikat"), pengeluar bagi produk fotovolta (PV) berprestasi tinggi, baru-baru ini menandatangani satu perjanjian perkongsian dengan Exel Solar, pengedar yang terkemuka bagi produk PV di Mexico. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, kedua-dua pihak bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dalam menyediakan lebih banyak modul solar berkualiti tinggi kepada pengguna di Mexico, lantas mendorong ke hadapan pembangunan pasaran tenaga solar di negara berkenaan.

JA Solar telah menjalin hubungan yang kukuh dengan Exel Solar apabila Syarikat ini menembusi pasaran Mexico pada tahun 2016. Ketika kerajaan Mexico mula meningkatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, sektor tenaga solar di Mexico mengalami pertumbuhan yang penting. Bergantung pada momentum ini, JA Solar, sebagai rakan kongsi Exel Solar - salah satu daripada pengedar tenaga solar yang terkemuka di Mexico, berharap agar dapat membawa kemungkinan baharu untuk sektor solar tempatan dan mengubah landskap pasaran PV tempatan.

Amat cekap dan berkesan kos, produk PV JA Solar telah diterima baik oleh pelanggan di Mexico dan mencapai kejayaan hebat dalam sektor solar berskala utiliti mahupun segmen penjanaan pengagihan pada tahun 2019.

Exel Solar mempunyai pengalaman selama lebih 12 tahun dalam pasaran solar Mexico dan berkepakaran dalam mengedarkan jenama-jenama solar yang terkemuka kepada penyepadu sistem yang kemudiannya menyediakan penyelesaian kepada pelanggan kediaman, komersial dan perindustrian mereka di Mexico. "Kami amat gembira kerana dapat terus menjadi pengedar utama JA Solar di Mexico," kata Horacio Duhart, Ketua Pegawai Eksekutif Exel Solar, "JA Solar telah menjadi rakan kongsi cemerlang yang bukan sahaja menyediakan modul solar yang berkualiti tinggi, tetapi juga sokongan jualan dan operasi cemerlang mereka telah membantu Exel Solar menjadi pengedar yang utama di Mexico."

"Kami teruja kerana produk PV kami telah menerima pengiktirafan tinggi daripada pasaran Mexico," kata Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, "Perjanjian perkongsian ini melambangkan satu lagi pencapaian baharu dalam membangunkan dan menyampaikan produk PV dengan teknologi yang berprestasi tinggi serta canggih buat pelanggan kami di Mexico. JA Solar gembira dapat bekerjasama dengan Exel Solar untuk memperkenalkan lebih banyak modul solar yang berkualiti tinggi dan membekalkan projek tenaga solar yang bertaraf dunia di negara ini melalui perkongsian ini."

"Menuju masa depan, kami akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama kami dengan pengedar di seluruh dunia bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti lebih baik kepada pelanggan global kami dan menyumbang kepada pembangunan industri PV," tambah Jin Baofang.

Latar Belakang Exel Solar

Exel Solar, pengedar kuasa solar yang terkemuka di Mexico, mempunyai pejabat-pejabat korporatnya di Mérida, Yucatan dan menyediakan liputan seluruh negara dengan gudang-gudang terletak di Bandar Raya Mexico, Monterrey, Guadalajara, Chihuahua, Tijuana dan Merida. Exel Solar ialah subsidiari Exel del Norte, pengedar yang berpengalaman selama 32 tahun dalam industri Maklumat dan Teknologi.

Latar Belakang JA Solar

Ditubuhkan pada tahun 2005, JA Solar ialah pengeluar bagi produk fotovolta berprestasi tinggi. Dengan 12 tapak pembuatan dan lebih daripada 20 cawangan di serata dunia, perniagaan syarikat ini mencakupi wafer silikon, sel, modul dan stesen janakuasa fotovolta. Produk JA Solar boleh didapati di lebih 120 negara dan wilayah serta digunakan secara meluas di loji janakuasa yang dipasang atas tanah, sistem PV atas bumbung komersial & perindustrian serta sistem PV atas bumbung rumah. Syarikat ini disenaraikan dalam Fortune China 500 serta 500 Perusahaan Tenaga Baharu Teratas Global (Global Top 500 New Energy Enterprises) selama beberapa tahun berturut-turut.

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements