omniture

Genie Networks Menang Fortress Cyber Security Award 2020

Genie Networks
2020-06-18 03:35 658

TAIPEI, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Business Intelligence Group mengumumkan bahawa Genie Networks telah memenangi Fortress Cyber Security Awards 2020 dalam kategori Analitik. Program anugerah industri ini berusaha untuk mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat dan produk-produk yang terkemuka di dunia yang berusaha untuk memastikan data dan aset elektronik kita selamat daripada ancaman yang semakin meningkat daripada penggodam.

Genie Networks Menang Fortress Cyber Security Award 2020
Genie Networks Menang Fortress Cyber Security Award 2020

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, produk keselamatan rangkaian perintis Genie – GenieATM telah membantu pelanggan ISP, TELCO dan perusahaan yang tidak terkira banyaknya untuk berlindung daripada ancaman DDoS serta ancaman siber yang lain. Dengan mengintegrasikan bersama produk analitik trafik data raya yang baru dilancarkan GenieAnalytics, GenieATM dipertingkatkan dengan keupayaan dan ketangkasan analitik yang lebih besar bagi membina penyelesaian forensik pengesanan ancaman dan keselamatan yang lebih komprehensif untuk pelanggannya. Banyak penyedia perkhidmatan Tahap-1 di seluruh dunia – termasuk Jepun, India dan Asia Tenggara telah menggunakan penyelesaian Genie untuk menjamin prestasi dan keselamatan yang optimum.

"Genie telah berada di hadapan bagi analisis trafik rangkaian dan penyelesaian keselamatan DDoS dalam pasaran penyedia perkhidmatan global selama bertahun-tahun," kata Denis Miu, Pengasas dan Pengerusi Genie Networks. "Memandangkan 5G akan dilancarkan dalam seluruh sektor telekomunikasi, Genie Networks bersiap sedia untuk menyediakan penyelesaian analisis rangkaian yang lebih pantas dan lebih berkuasa bagi membantu pelanggan memperoleh pandangan penting daripada data trafik rangkaian berskala besar mereka."

"Kami amat bangga untuk menamakan Genie Networks sebagai pemenang dalam program Fortress Cyber Security Awards 2020," kata Maria Jimenez, Ketua Pegawai Penamaan, Business Intelligence Group. "Ketika masyarakat kita terus berkembang maju dan menjadi lebih bergantung pada rangkaian dan data, syarikat-syarikat seperti Genie Networks penting untuk memberi perlindungan dan kepercayaan yang dituntut oleh pengguna."

Untuk maklumat mengenai Genie Networks, sila kunjungi www.genie-networks.com.

Untuk maklumat mengenai Fortress Cyber Security Awards tahunan, sila kunjungi https://www.bintelligence.com/fortress-cyber-security-awards.

Latar Belakang Genie Networks 

Genie Networks ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian pintar dan keselamatan yang memastikan keterlihatan seluruh-rangkaian terhadap trend trafik data dan perlindungan segera daripada ancaman siber. Penyelesaian Genie membolehkan pelanggan untuk mengoptimumkan prestasi, keselamatan dan kos operasi rangkaian mereka untuk kekal berada di hadapan dalam landskap digital yang sentiasa berubah-ubah.

Latar Belakang Business Intelligence Group www.bintelligence.com

Business Intelligence Group (BIG) ditubuhkan dengan misi untuk mengiktiraf bakat sebenar dan prestasi unggul dalam dunia perniagaan. Program anugerah industri BIG dinilai oleh eksekutif perniagaan yang berpengalaman dan berpengetahuan serta memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang mana pencapaiannya melebihi pencapaian rakan-rakan setara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200612/2828545-1?lang=0

 

Source: Genie Networks
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards Data Analytics