omniture

Yuyu Pharma Akan Eksport Kit Ujian COVID-19 SD BIOSENSOR ke Pasaran Global

Yuyu Pharma
2020-06-19 03:25 716

SEOUL, Korea Selatan, 19 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Yuyu Pharma (Ketua Pegawai Eksekutif Robert Wonsang Yu, KRX 000220) dan SD BIOSENSOR (Ketua Pegawai Eksekutif Hyo-Keun, Lee) memeterai satu Perjanjian Bekalan, yang mana Yuyu Pharma akan mengeksport Kit Ujian COVID-19 ke Pasaran Global. Memanfaatkan rangkaian global Yuyu Pharma, syarikat ini sedang berbincang dengan beberapa penyedia penjagaan kesihatan dan hospital terkemuka untuk mengeksport kit COVID-19.

Kit Pengesanan Masa Sebenar STANDARD(TM) M nCoV
Kit Pengesanan Masa Sebenar STANDARD(TM) M nCoV

 

Yuyu Pharma Akan Mengeksport Kit Ujian COVID-19 ke Pasaran Global
Yuyu Pharma Akan Mengeksport Kit Ujian COVID-19 ke Pasaran Global

FDA AS memberi Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) kepada Kit Pengesanan Masa Sebenar nCoV STANDARD M yang dihasilkan oleh SD BIOSENSOR pada 23 April 2020 yang lalu. Dengan EUA, SD BIOSENSOR mempunyai hak untuk membekalkan Kit Pengesanan Masa Sebenar nCoV STANDARD M ke seluruh AS. Kit Pengesanan Masa Sebenar nCoV STANDARD M digunakan untuk pengenalpastian dan pengesanan pantas asid nukleik novel coronavirus (2019-nCoV) pada sampel kapas kesat nasofarinks manusia dan kapas kesat kerongkong. Ini merupakan ujian RT-PCR yang menguatkan dan mendiagnosis jujukan gen tertentu bagi COVID-19.

Federal Emergency Management Agency (FEMA), sebuah agensi dalam Jabatan Keselamatan Tanah Air AS, telahpun membeli kit ujian SD Biosensor bernilai $5.2 juta USD pada April 2020 yang lalu.

Hyo-Keun, Lee Ketua Pegawai Eksekutif SD BIOSENSOR berkata bahawa "Kami telah menyediakan kit berkualiti sejak tahun 2010, kit ujian HIV, Malaria dan Sifilis kami telahpun berada dalam senarai produk diagnostik in vitro pra-layak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kami berasa bangga mendapat tahu bahawa kit COVID-19 kami akan membantu memudahkan perjuangan memerangi penularan coronavirus dan berkemungkinan menyelamatkan nyawa. Kami akan terus menyediakan produk berkualiti bagi membantu meningkatkan kesihatan semua orang di seluruh dunia."

Robert Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Yuyu Pharma, berkata bahawa "Perkongsian dengan SD BIOSENSOR akan membantu menyediakan Kit COVID-19 yang amat diperlukan kepada golongan profesional perubatan. Kami berharap agar usaha kami akan dapat menyumbang kepada perjuangan memerangi coronavirus."

Latar Belakang Yuyu Pharma 

Yuyu Pharma (KRX: 000220) ialah sebuah syarikat farmaseutikal yang ditubuhkan pada tahun 1941. Syarikat ini mengeluarkan, mengedar dan menjalankan pemasaran untuk produk farmaseutikal, peralatan perubatan dan makanan perubatan di Korea Selatan serta Asia Tenggara. Pada masa ini, Yuyu Pharma memberi tumpuan untuk membangunkan ubat-ubatan baharu bagi merawat prostat yang membesar dan sindrom mata kering. 

Titik hubungan Yuyu pharma
Pasukan Jualan Global
Franklin Park /
sehoonpark@yuyu.co.kr  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200617/2833596-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200617/2833596-1-b?lang=0

 

Source: Yuyu Pharma
Related Stocks:
Korea:000220
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals