omniture

Kuaishou Serlahkan Potensi Penyanyi Amatur melalui Konsert Amal Strim Langsung

Konsert selama 9 jam terima sejumlah 2 juta tontonan
Kuaishou Technology
2020-06-22 08:16 292

BEIJING, 22 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Bersiaran secara langsung di Kuaishou, platform perkongsian video dan strim langsung di China, sebuah konsert amal dalam talian selama 9 jam yang dimulakan dan dihoskan oleh seorang penyanyi amatur Cina yang popular Li Yuer melabuhkan tirai dengan sambutan yang luar biasa daripada penonton pada awal Mei lalu – lebih daripada 2 juta penonton mengikuti siaran pertunjukan tersebut.

Penyanyi amatur Cina Li Yuer menganjurkan 9 jam konsert amal dalam talian pada Kuaishou, menerima sejumlah 2 juta tontonan
Penyanyi amatur Cina Li Yuer menganjurkan 9 jam konsert amal dalam talian pada Kuaishou, menerima sejumlah 2 juta tontonan

Berinteraksi dengan penonton di samping penyanyi-penyanyi lain semasa konsert secara langsung itu, Li melancarkan kempen pengumpulan dana dalam talian dengan semua kutipan akan diserahkan kepada yayasan bantuan pelajar yang ditubuhkan oleh beliau sendiri bagi membantu beratus-ratus orang pelajar yang tinggal di kampung-kampung miskin.

Sejak yayasan tersebut ditubuhkan tujuh tahun yang lalu, Li berusaha untuk membawa masyarakat sokongan melalui kuasa muzik. Selain daripada mengumpul dana untuk pelajar-pelajar pada kali ini, penyanyi ini turut berhubung dengan pemerintah daerah Dong'an di wilayah Hunan, tempat kelahiran beliau, dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai menyokong program pembasmian kemiskinan tempatan.

"Sambutan luar biasa daripada penonton semasa sesi ini membuatkan saya berlutut dengan penuh rasa syukur," kata Li. "Sekali lagi, saya bersyukur dengan kemurahan hati penyokong saya yang luar biasa dan platform ini yang membolehkan saya menyebarkan kasih sayang dan nilai positif ke seluruh negara."

Penyanyi amatur Cina Li Yuer menganjurkan 9 jam konsert amal dalam talian pada Kuaishou, menerima sejumlah 2 juta tontonan
Penyanyi amatur Cina Li Yuer menganjurkan 9 jam konsert amal dalam talian pada Kuaishou, menerima sejumlah 2 juta tontonan

Jadikan muzik suatu kenyataan 

Menyertainya pada 13 Februari, Li serta merta menjadi salah satu penstrim dalam talian yang paling banyak diikuti pada platform tersebut yang memperoleh 1.5 juta pengikut dalam masa 100 hari. Kini, dengan 1.8 juta peminat, sesi-sesi strim langsung penyanyi yang sedang menempa nama ini telah mengumpul sejumlah 40 juta tontonan dengan 400,000 pengguna Kuaishou menonton persembahan beliau setiap hari.

Seorang yang lucu dan bersifat terus terang, imej dan personaliti telus Li digabung jalin ke dalam muzik beliau menerusi suaranya luar biasa, menjadikan lagu-lagu beliau sebagai suatu penjelmaan kisah peribadi beliau tentang mengejar impian dengan tabah dan tekun. 100 hari sejak Li menyertai Kuaishou, perjalanan muzik beliau pada platform ini membolehkan beliau mendapat sokongan daripada audiens yang lebih luas dan sebagai balasan, menggalakkan lebih ramai penyanyi-penulis lagu akar umbi untuk mengejar impian dan mengikuti rasa hati mereka.

"Harapan terbesar saya adalah agar sentiasa membawa lebih banyak lagu yang berkualiti tinggi kepada audiens saya pada platform ini," kata Li. "Apa yang saya inginkan adalah untuk mencipta sesuatu buat peminat muzik saya, untuk komuniti muzik yang luar biasa ini, ruang maya bagi meluangkan masa untuk orang ramai berhubung antara satu sama lain, untuk melihat beberapa pemuzik kegemaran mereka dan untuk mendengar runut bunyi yang menyentuh hati mereka."

"Dengan lebih ramai ahli profesional muzik yang mempunyai visi serupa menyertai Kuaishou untuk membina kerjaya dan mewujudkan kitaran rakan mereka sendiri, saya dapat melihat Kuaishou menjadi sebuah komuniti yang membolehkan para pemuzik berpeluang untuk meninjau peluang baharu dan mencipta lebih banyak lagu yang bermakna buat diri dan juga peminat mereka," kata beliau.

"Saya sukakan platform inklusif ini yang meliputi orang ramai daripada semua lapisan masyarakat serta para pemuzik dengan daya kreativiti yang dinamik diinspirasikan oleh pengalaman peribadi mereka. Ia merupakan komuniti yang membolehkan orang ramai melihat diri mereka berkembang maju, belajar dan berkongsi sekaligus memanfaatkan sumber dan alat untuk membawa perubahan yang bermakna kepada industri muzik."

Latar Belakang Kuaishou Technology 

Kuaishou Technology, beribu pejabat di Beijing, China, mengendalikan Kuaishou, salah satu platform sosial video pendek yang terkemuka di dunia, mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif harian sejak tahun 2011. Pengguna boleh memanfaatkan platform ini untuk mencipta dan berkongsi video bersama rakan-rakan dan komuniti mereka melalui hantaran, tanda suka dan ulasan. Terkenal dengan komunitinya yang aktif dan bersemangat dengan lebih 300 juta pengguna, aplikasi ini boleh didapati di iOS dan Android.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200619/2835928-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200619/2835928-1-b?lang=0

Source: Kuaishou Technology
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Social Media