omniture

Holmusk Tawar Program Bimbingan Bantu Kanak-kanak dan Belia Buat Pilihan Lebih Sihat

Holmusk
2020-06-22 10:00 484

SINGAPURA, 22 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Holmusk kini menawarkan program bimbingan baharu di Singapura yang mendekati kanak-kanak, belia berlebihan berat badan yang teruk dan ibu bapa dengan cara yang mudah menggunakan pendekatan tanpa bersemuka dan membimbing mereka untuk membuat perubahan gaya hidup yang sihat. Usaha ini memanfaatkan teknologi Holmusk untuk meningkatkan hasil dengan cara yang boleh diskala dan berkesan untuk populasi yang lebih muda.

Kanak-kanak dan belia berlebihan berat badan yang teruk berisiko mengalami penyakit metabolik kronik ketika dewasa. Tabiat gaya hidup yang positif, seperti mengamalkan diet yang sihat dan menyertai aktiviti fizikal yang kerap dapat mengurangkan risiko-risiko ini dengan ketara.

Program ini menyasarkan kanak-kanak dan belia yang berlebihan berat badan yang teruk dan/atau mempunyai keputusan pemeriksaan kesihatan tidak normal, seperti tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol yang tidak normal. Ia bertujuan untuk memperkasa kanak-kanak, belia ini dan ibu bapa mereka dengan pengetahuan dan kemahiran bagi memperbaiki status berat mereka dan/atau hasil kesihatan. Ia disampaikan melalui tiga panggilan telefon bulanan bersama jurulatih kesihatan yang sangat berkelayakan dan aplikasi mudah alih proprietari Holmusk, GlycoLeap. GlycoLeap dikuasakan oleh platform terapeutik digital boleh diskala yang dibangunkan dan diuji oleh Holmusk sejak empat tahun yang lalu. Ia menampilkan pengelogan makanan berdasarkan foto dengan maklum balas diet serta bimbingan peribadi melalui aplikasi ini bagi mendorong perubahan tingkah laku yang positif dan berterusan.

"Terdapat peluang yang hebat di sini untuk menerapkan dalam diri kanak-kanak, belia dan ibu bapa dengan keupayaan membuat keputusan demi gaya hidup yang sihat. Kami berbesar hati kerana dapat membawa keupayaan Holmusk dalam penyampaian teknologi dan kesihatan untuk penggunaan yang bermakna," kata Dr Yau Teng Yan, Ketua Pegawai Perubatan di Holmusk. "Kita dapat bersama-sama membuat perubahan yang besar dalam kesihatan generasi masa depan kita di Singapura."

Holmusk telahpun bekerjasama dengan syarikat insurans, majikan korporat besar dan syarikat farmaseutikal untuk meningkatkan tahap kesihatan pekerja dan pelanggan mereka menggunakan GlycoLeap. Bagi tempoh tiga tahun akan datang, Holmusk akan bekerjasama dengan Lembaga Promosi Kesihatan Singapura bagi menawarkan program bimbingan melalui telefon kepada kanak-kanak dan belia yang berlebihan berat badan yang teruk dan/atau mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan yang tidak normal.

Latar Belakang Holmusk

Holmusk ialah sebuah syarikat teknologi penjagaan kesihatan yang mempunyai misi untuk mengubah kehidupan orang ramai dengan kesihatan tingkah laku dan penyakit kronik melalui ubat-ubatan berdasarkan bukti. Beribu pejabat di Singapura dengan jejak global, ia membina platform bukti dunia sebenar yang terbesar di dunia untuk kesihatan mental dan penyakit kronik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.holmusk.com.

 

 

Source: Holmusk
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Children-related news New products/services