omniture

Huawei Lancar Pelayan Pintar FusionServer Pro V6 Berdasarkan Pemproses Gen Intel Xeon Scalable ke-3

Huawei
2020-06-22 10:20 385

SHENZHEN, China, 22 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Barisan Produk Pengkomputeran Huawei melancarkan secara rasmi ahli terkininya ke dalam keluarga mereka – pelayan pintar FusionServer Pro V6 generasi seterusnya. Produk ini merupakan teknologi terkini yang beroperasi pada pemproses Gen Intel Xeon Scalable ke-3 dan direka bentuk bagi menyerlahkan pengkomputeran berkuasa untuk sebarang sistem.

Figure 1 FusionServer Pro 2488H V6 intelligent server
Figure 1 FusionServer Pro 2488H V6 intelligent server

Pemproses Gen Intel Xeon Scalable ke-3 menyokong konfigurasi standard dan tersuai yang berskala daripada 4 hingga 8 soket. Pemproses Intel generasi seterusnya ini dibenamkan dalam FusionServer Pro 2488H V6, pelayan rak 4-soket Huawei terkini yang menyediakan pelbagai reka bentuk storan dan kebolehskalaan I/O serta menyokong siri 200 Intel Optane persistent memory (PMem).

Pelayan pintar FusionServer Pro 2488H V6 dioptimumkan untuk memenuhi baik konvensional masa kini mahupun beban kerja digital masa depan. Ia menyediakan seni bina pengkomputeran dan storan yang lebih andal dalam industri, membolehkan anda mempermudahkan rangkaian anda dengan pemecutan dan pengurusan pintar. Sorotan utama seni bina ini disenaraikan di bawah:

  • Empat pemproses Gen Intel Xeon Scalable ke-3 menawarkan penggunaan kuasa maksimum 250 W. Beroperasi melalui teknologi Intel Deep Learning Boost (DL Boost) yang menyokong bfloat 16 (BF16), pemproses Gen Intel Xeon Scalable ke-3 menyampaikan sehingga 93% latihan yang lebih tinggi dan 90% prestasi inferens lebih tinggi berbanding pendahulunya (FP32).
  • Dikonfigurasikan dengan Intel Optane PMem, FusionServer Pro 2488H V6 mempunyai kapasiti memori maksimum iaitu 18 TB, meningkatkan kapasiti memori dan keandalan data dalam senario pengkomputeran memori dan menyediakan lebih banyak pilihan memori VM untuk senario virtualisasi.
  • SAS, SATA dan NVMe SSD boleh digabungkan untuk penggunaan data bertingkat-tingkat, bagi meningkatkan kepadatan dan prestasi storan.
  • NIC OCP 3.0 boleh saling tukar panas (hot-swappable) menyokong lebih banyak keperluan rangkaian.
  • Fungsi Wi-Fi dan port pengurusan USB Type-C membantu meningkatkan kecekapan pengurusan terminal mudah alih serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) setempat.
  • Kad pemecut GPU dengan pelbagai spesifikasi menyerlahkan kuasa pengkomputeran yang amat banyak, mendorong dengan hebat analisis AI, inferens dan latihan.
  • Diagnosis & Pengurusan Kesilapan (FDM) merupakan teknologi diagnosis yang dibangunkan secara dalaman yang dapat meramalkan kesilapan 7 hingga 30 hari lebih awal, dengan ketepatan pengesanan kesilapan sehingga 93%; dan Teknologi Pengurusan Tenaga Dinamik (DEMT) berpaten Huawei membantu pelayan tunggal menggunakan 15% kurang kuasa tanpa menjejaskan prestasinya.
  • Perisian pengurusan kitaran hayat penuh FusionDirector dan platform O&M pintar AIOps mengurangkan OPEX sebanyak 15% dan menyelaraskan pengurusan pusat data dengan lima ciri pemantauan pintar.

Pelayan generasi seterusnya daripada Huawei direka bentuk bagi memenuhi keperluan perusahaan yang pelbagai dengan cara yang cekap tenaga dan berkesan kos. Pelayan Huawei yang terkemuka dalam industri ini menyediakan pengurusan pintar dan kecekapan tenaga tinggi bagi mengurangkan kos O&M, menjadikannya suatu yang perlu dimiliki dalam era digital.

Laporan Gartner 2019 mengenai pasaran pelayan global baru-baru ini mengesahkan kekuatan pasaran Huawei yang semakin meningkat. Penghantaran pelayan rak 4-soket Huawei berjumlah 670,000 tahun lalu, menduduki tempat ketiga dalam pasaran global dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah 14.73%. Pelayan rak 4-soket Huawei mengungguli pasaran khususnya dari segi penghantaran dan jualan global.

Figure 2 Huawei ranked No. 1 globally in shipments and sales of x86 4-socket rack servers for 2019
Figure 2 Huawei ranked No. 1 globally in shipments and sales of x86 4-socket rack servers for 2019

Tahun 2019 merupakan satu kejayaan buat domain Pengkomputeran Huawei. Kejayaan pelayan rak 4-soket Huawei khususnya dalam pasaran global merupakan bukti dedikasi Huawei terhadap penyelesaian yang berkualiti tinggi dan bernilai tinggi. Hasil daripada inovasi terhadap teknologi dan seni bina asas yang tiada henti, Huawei telah lama menjadi penyedia utama platform pengkomputeran misi kritikal yang membawakan O&M berkeandalan tinggi, berprestasi tinggi dan pintar. Kenneth Zhang, Presiden FusionServer SPDT, Huawei, mengumumkan kejayaan pelancaran ini dengan berkata, "Pelayan pintar FusionServer Pro V6 generasi seterusnya juga melambangkan pencapaian kejayaan kerjasama antara Intel dan Huawei."

Beliau turut menekankan bahawa pencapaian ini merupakan hasil daripada pelaburan dan perkongsian yang strategik. "Setiap tahun lebih banyak perusahaan beralih kepada kerangka digital untuk perniagaan ini dan trend ini mengakibatkan beban perkhidmatan yang semakin rumit dan berubah-ubah. Hasilnya, perusahaan perlu mencari perkhidmatan pengkomputeran yang cekap dan pintar yang menawarkan kesedaran dan pemecutan pintar selain perkakasan yang menawarkan O&M pintar, untuk memberi dorongan hebat perkhidmatan besar-besaran mereka." Kata beliau, "Inilah latar belakang yang melaluinya Huawei melancarkan siri pelayan pintar. Huawei ialah rakan kongsi strategik global Intel dan kami bersama-sama menginovasi penyelesaian infrastruktur pusat data pintar. Komitmen kami terhadap pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman kami sesuai dengan keinginan kami untuk bekerjasama dengan Intel dan banyak rakan kongsi ekosistem. Matlamat utama kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami di seluruh dunia dengan produk pengkomputeran yang cekap dan tangkas, bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan pengkomputeran awan, data raya dan AI serta mendorong transformasi pintar mereka dalam era digital."

"Pelayan yang berasaskan platform Gen Intel Xeon Scalable ke-3, seperti FusionServer Pro 2488H V6 Huawei, mempercepatkan pandangan pelanggan dan mendorong perkhidmatan digital misi kritikal mereka," kata Lisa Spelman, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Xeon and Memory Group di Intel. "Dengan prestasi yang tinggi, pemecutan AI terbina dalam dan kapasiti memori yang besar, platform baharu ini akan menyahut cabaran data dan analitik, meskipun cabaran yang terbesar."

Intel, logo Intel, Xeon dan Optane ialah tanda dagangan Intel Corporation atau subsidiari-subsidiarinya.

–Tamat–

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200619/2836103-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200619/2836103-1-b?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services