omniture

Whale Cloud Lancar Suit BSS/OSS berasaskan Awan Dengan Kerjasama Alibaba Cloud

Whale Cloud
2020-06-23 03:35 2588

NANJING, China, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Whale Cloud mengumumkan pelancaran suit penyelesaian telekomunikasi berasaskan awannya hari ini - Platform Pendayaan Perniagaan Digital (D-BEP) ZSmart dan kit alatan perkhidmatan transformasi digital: Peta Kematangan Syarikat Telekomunikasi Digital (DTMM), Proses Pengendalian Standard (SOP) dan Metrik Pendigitalan, serta banyak tawaran syarikat telekomunikasi penyediaan sifar melalui Alibaba Cloud, tulang belakang kecerdasan data Alibaba Group. Suit ini membolehkan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) untuk menilai kematangan digital, mendapat akses kepada penyelesaian telekomunikasi berasaskan langganan dan berkolaborasi dengan rakan kongsi ekosistem pada platform tunggal.

Aplikasi IT telekomunikasi memainkan peranan kritikal dalam transformasi digital. Menjadi Penyedia Perkhidmatan Digital (DSP) memerlukan Sistem Sokongan Operasi (OSS) dan Sistem Sokongan Perniagaan (BSS) yang tangkas dan boleh diskala berasaskan seni bina natif-awan. Kini, Whale Cloud memanfaatkan Alibaba Cloud untuk menyediakan CSP dengan set lengkap BSS Digital ZSmart dan OSS Digital dan suit penyelesaian Kecerdasan Data bagi memudahkan ketangkasan perniagaan dengan infrastruktur yang boleh diskala untuk masa yang lebih pantas dibawa ke pasaran, meminimumkan perbelanjaan dengan model langganan - membolehkan CSP untuk mengutamakan aktiviti perniagaan teras berbanding penyelenggaraan & operasi infrastruktur biasa.

"Memindahkan suit penyelesaian syarikat telekomunikasi kami ke infrastruktur awan adalah masa depan. Ia membolehkan CSP untuk mengambil langkah yang besar ke arah model perniagaan digital dan menyediakan set alatan untuk operasi seperti syarikat teknologi," kata Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud International. "Dengan bekerjasama erat bersama Alibaba Cloud, kami menawarkan CSP dengan penyelesaian dan perkhidmatan berasaskan langganan natif-awan yang diselaraskan untuk keperluan pasaran."

"Dengan menggabungkan kehandalan teknikal Alibaba Cloud dan kepakaran industri Whale Cloud, kami yakin dengan nilai yang dapat kami bawakan kepada industri telekomunikasi seluruh dunia; dengan menjadikannya mudah buat syarikat-syarikat untuk menjalani transformasi digital dan mencipta lebih banyak kelebihan perniagaan untuk pelanggan kami di merata tempat," kata Selina Yuan, Presiden Perniagaan Antarabangsa, Alibaba Cloud Intelligence.

D-BEP ZSmart ialah suit telekomunikasi lengkap untuk transformasi digital CSP mengurus inovasi perniagaan, operasi rangkaian, kecerdasan data dengan seni bina berasaskan bekas natif-awan untuk dibawa ke pasaran dengan pantas dan inovasi yang cepat.

 

 

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements New products/services