omniture

JA Solar Bekalkan Modul Solar untuk Projek PV 110MW di Kansai, Jepun

JA Solar Technology Co., Ltd
2020-06-23 03:40 265

BEIJING, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, JA Solar mengumumkan bahawa ia telah memenangi pesanan untuk membekalkan modul Mono PERC MBB untuk loji janakuasa fotovolta (PV) 110MW di Kansai, Jepun, yang merupakan projek PV tunggal terbesar di negara ini setakat ini. Dijadualkan untuk disambungkan ke grid pada Mac 2022, loji janakuasa ini akan menjana 150 juta kWj kuasa elektrik dan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 50,000 tan setiap tahun.

Sejak ia menembusi pasaran Jepun pada tahun 2011, JA Solar memperoleh jejak yang kukuh dalam pasaran PV tempatan menerusi produk mono dan berbilang solar unggulnya yang mendapat manfaat daripada kuasa teknikalnya yang mantap. Sebagai salah satu pengeluar PV perintis untuk mengindustrikan teknologi PERC dan satu-satunya pengeluar PV Cina dengan paten produk PV yang diberikan di Jepun, JA Solar menggabungkan perkhidmatan bertumpu pelanggan dan produk unggul yang membawakan teknologi PV canggih serta meraih penghormatan yang tinggi dalam pasaran Jepun. Menjelang akhir tahun 2019, jumlah penghantaran modul PV JA Solar ke Jepun melebihi 4GW, membentuk lebih 10% daripada bahagian pasaran.

"Sebagai sebuah negara dengan industri fotovolta yang matang, pelanggan Jepun mempunyai keperluan yang lebih tinggi terhadap kualiti dan kecekapan produk solar. Sepanjang sembilan tahun yang lalu, produk JA Solar telah mengekalkan pengiktirafan yang tinggi dalam pasaran Jepun, hasil daripada kualiti dan prestasinya yang unggul," ulas Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar. "Menuju ke hadapan, kami akan terus membangunkan teknologi PV berkecekapan tinggi bagi menyediakan pelanggan kami dengan produk-produk yang lebih baik."

 

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts