omniture

Docquity Jalin Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Indonesia Rekrut lebih 800 Doktor seluruh Indonesia Perangi COVID-19

DOCQUITY
2020-06-23 14:50 368

JAKARTA, Indonesia, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Keperluan terhadap kakitangan perubatan di hospital-hospital seluruh Indonesia meningkat dengan pesat sejak COVID-19 melanda Indonesia pada Mac lalu. Docquity -- rangkaian profesional doktor-doktor yang terbesar di Asia Tenggara, menyahut cabaran ini dan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) di Indonesia dengan membantu merekrut dan melatih golongan profesional perubatan sukarela melalui siri kursus, ceramah, webinar dan demonstrasi ekstensif yang dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan kanan.

Pada 19 Mac lalu, kementerian kesihatan bekerjasama dengan Docquity dan memasukkan Docquity ke dalam Indonesian Telemedical Alliance (Atensi). Bekerjasama dengan MOH dan IDI (Ikatan Dokter Indonesia), Docquity telah bekerjasama dengan hospital-hospital COVID-19, untuk membantu mendaftar dan merekrut pengamal perubatan umum & pakar dari pelbagai wilayah di seluruh Indonesia untuk memerangi pandemik ini. Lebih 800 doktor telah mendaftar melalui Docquity dan kebanyakan mereka kini ditugaskan di hospital COVID-19 sementara Kemayoran di Jakarta.

Pengerusi PP Perdatin -- Association of Indonesian Anaesthesia & Intensive therapy Doctors, ialah salah seorang daripada pelatih & pensyarah kanan yang menjalankan aktiviti pendidikan & pembangunan pada platform Docquity, berkata "Salah satu aspek teras latihan ini adalah untuk memberi tumpuan bagi mengurus & mencegah keadaan yang semakin teruk, terutamanya apabila pesakit kritikal. Hal ini penting memandangkan doktor-doktor akan berjumpa pesakit yang telahpun berada di peringkat lanjut kemelut COVID-19."

"Kerjasama dan sokongan daripada MOH dan PBIDI adalah sangat berkesan bagi memastikan pembangunan keupayaan untuk mengurus & menyokong pesakit COVID-19. Kami mengadakan sesi-sesi latihan digital dan pembelajaran praktikal dengan ahli-ahli profesional perubatan hampir 2-3 kali setiap hari, agar ahli-ahli profesional sukarela boleh dilatih dan mendapat perkembangan terkini pada setiap hari bersama doktor-doktor kanan yang memberi maklumat terkini kepada komuniti mengenai perkembangan kes COVID-19," kata Amit Vithal – Pengasas Bersama Docquity.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Docquity ialah rangkaian profesional doktor-doktor yang terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 200,000 doktor pada platformnya di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand & Vietnam. Di Indonesia sahaja, Docquity mempunyai lebih 85,000 doktor yang merupakan pengguna aktif platform Docquity. Dengan kerjasama MOH, Docquity telah menjalankan lebih daripada 30 program khusus ini bersama ahli-ahli profesional rawatan kesihatan dan telah melibatkan doktor, jururawat dan pelajar perubatan, kesemuanya memerangi COVID-19 daripada barisan hadapan.

"Pandemik COVID-19 merupakan suatu situasi yang luar biasa & telah menekankan keperluan terhadap pendidikan berterusan doktor-doktor. Doktor-doktor merupakan wira kita dan Docquity memanfaatkan kekuatan rangkaian doktor-doktornya, akan terus berinovasi bagi membantu wira kita memerangi virus ini di Indonesia dan seluruh rantau Asia Tenggara." kata Amit.

Latar Belakang Docquity 

Docquity ditubuhkan pada tahun 2015 untuk memperluaskan kerjasama dan pertukaran pengetahuan dalam industri penjagaan kesihatan. Bekerjasama secara eksklusif dengan Institusi Perubatan serta Persatuan Perubatan Kebangsaan, rangkaian doktor sahaja daripada Docquity membolehkan doktor-doktor berunding dan berkolaborasi dengan satu sama lain sekaligus menyediakan Pendidikan Perubatan Berterusan & persidangan perubatan terus ke peranti mudah alih doktor-doktor.

Sehingga kini, Docquity mempunyai lebih 190,000 doktor yang disahkan di 5 negara di Asia Tenggara dan merupakan rangkaian profesional doktor-doktor yang terbesar di Asia Tenggara. Docquity disokong oleh pelaburan daripada pelabur korporat seperti Itochu Corp Japan dan modal usaha niaga (VC) kewangan termasuk Singapore Press Holdings, Genesia Ventures Japan, Spiral Ventures Japan & Purvi Capital dari Amerika Syarikat. Beribu pejabat di Singapura, Docquity mempunyai pasukan yang terdiri daripada 127 ahli yang berpangkalan di Singapura, India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan juga Thailand.

Laman sesawang: https://docquity.com/#/

Source: DOCQUITY
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Workforce Management/Human Resources New products/services