SINGAPURA, 25 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Huawei menyeru kolaborasi yang lebih erat dengan rakan kongsi tempatannya bagi meningkatkan inovasi penyelesaian bersama tatkala Singapura melangkah menuju pemulihan ekonomi Covid-19 di Sidang Kemuncak Ekosistem Huawei 2020 dalam talian sulung. Syarikat ini turut mengumumkan Akademi AI Maya baharunya yang mempunyai lebih 140 kursus dalam talian percuma bagi mempercepatkan latihan dan peningkatan kemahiran ahli profesional ICT Singapura dan pendigitalisan PKS, tatkala Singapura mengukuhkan komitmennya berhubung dorongannya ke arah masa depan digital.
Dalam ucapan perasmian beliau di Sidang Kemuncak dalam talian sulung hari ini, Nicholas Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei International, mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi Singapuranya, yang telah membantu peningkatan pendapatan 2019 Huawei Singapore Enterprise sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya, dengan peningkatan 68% dalam jumlah pensijilan yang diperoleh daripada rakan niaga. Bertema Stay Together, Win Together (Kekal Bersama, Menang Bersama), Sidang Kemuncak ini dihadiri oleh lebih 1,000 rakan kongsi dan pelanggan.
Meningkatkan kemahiran dan melatih ahli profesional ICT melalui Akademi AI Maya baharu
Di Sidang Kemuncak tersebut, Huawei mengumumkan bahawa ia telah mendigitalkan Makmal AI berkuasa 5Gnya yang dilancarkan di Singapura tahun lalu. Pengguna kini berpeluang untuk mengakses aplikasi AI Lab dengan mudah melalui awan. Perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) tempatan akan layak mengakses dan meneroka penyelesaian transformasi digital bertumpu industri yang disokong oleh Huawei.
Keupayaan Makmal AI telah dipertingkatkan lagi melalui penyepaduannya dengan Akademi AI Maya. Huawei akan menawarkan rakyat Singapura dengan peluang latihan dalam talian percuma dengan lebih 140 set kursus dalam Kecerdasan Buatan (AI), 5G, pengkomputeran awan dan data raya yang akan mendorong latihan semula dan peningkatan kemahiran. Kursus-kursus ini diwujudkan untuk melatih dan memperakui semua tahap pengguna, daripada amatur kepada ahli profesional ICT.
Sejak bermulanya langkah Pemutus Litar (Circuit Breaker) Singapura pada April lalu, Huawei bekerjasama dengan firma-firma tempatan untuk mendaftar lebih 300 ahli profesional ICT tempatan di Akademi AI Maya bagi tujuan latihan peningkatan kemahiran sebagai percubaan.
Susulan pelancaran rasmi Akademi berkenaan, Huawei menyasarkan untuk memberi perakuan kepada 1,000 jurutera ICT di Singapura menjelang akhir tahun 2021.
Selain daripada kursus-kursus dalam talian, Akademi ini turut menawarkan pelatih dengan pengalaman langsung melalui makmal simulasinya dalam pembangunan AI. Pada suku tahun 2020 yang seterusnya, Huawei merancang untuk melancarkan kursus Rangkaian Siber (Cyber Range) bagi melengkapkan PKS dan rakan kongsi dengan kemahiran keselamatan siber yang diperlukan.
Sebelum melancarkan Akademi ini, Huawei telah bekerjasama dengan Nanyang Polytechnic, Temasek Polytechnic, Singapore Polytechnic dan Singapore University of Social Sciences untuk membantu bakat-bakat generasi akan datang mengasah kemahiran digital mereka.
"COVID-19 telah menggambarkan kepentingan kesediaan digital yang menekankan keperluan untuk kelangsungan perniagaan. Singapura, dengan bakat sebagai aset kritikalnya dan kelebihan berdaya saing, akan terus menjadi pemacu teras transformasi digital dalam era pintar," kata Nicholas Ma. "Sebagai anggota masyarakat Singapura, Huawei mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan kolaborasi yang bertahan lama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem tempatan pada waktu krisis ini. Dengan Makmal AI berkuasa 5G kami dan Akademi AI Maya baharu, kami akan terus menggandakan usaha kami bagi memudahkan peningkatan kemahiran bakat ICT serta bekerjasama dengan PKS untuk pendigitalisan. Kami percaya bahawa usaha ini akan membantu ekosistem ini, dan membuka peluang perniagaan baharu dan muncul lebih kuat bersama-sama."
Melabur dalam pembangunan perkongsian dan inovasi penyelesaian bersama
Sidang Kemuncak ini turut memetakan visi dan strategi Huawei di Singapura untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistemnya tatkala negara ini pulih daripada Covid-19.
Menurut rancangan Huawei, ia akan melabur sebanyak SGD 5 juta pada tahun ini di Singapura bagi mengukuhkan inovasi penyelesaian bersama dengan rakan-rakan kongsi tempatan dan memupuk ekosistem ini.
Huawei akan terus memberi tumpuan pada teknologi ICT, meluaskan dan mengukuhkan perniagaan kesalinghubungan dan pengkomputeran dengan menyediakan pendayaan AI merentas pelbagai industri, dengan tumpuan pada empat industri teras termasuk Kerajaan, Kewangan, Pengangkutan dan ISP.
"Organisasi-organisasi akan perlu mereka bentuk semula perkhidmatan mereka untuk beradaptasi dengan kebiasaan baharu. Teknologi digital dikuasakan oleh 5G, Awan dan AI akan menjadi penting dalam transformasi ini," kata Aaron Wang, Pengarah Urusan Huawei Singapore Enterprise Business Group, "Di bawah strategi AI Huawei, kami akan memberi tumpuan pada kesalinghubungan dan pengkomputeran di Singapura dengan membina ekosistem terbuka bersama rakan-rakan kongsi kami kerana kami percaya ia akan memperkasa transformasi digital untuk pelbagai industri dan membantu rakan-rakan kongsi ekosistem kami untuk akhirnya meningkatkan keimunan."
Biarpun terdapatnya cabaran yang semakin meningkat pada tahun 2019, Huawei telah memeterai lebih 28,000 perkongsian di seluruh dunia, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 10 peratus untuk tahun kelapan berturut-turut. Lapan puluh enam peratus daripada pendapatan Enterprise Business Group disumbangkan oleh kerjasama rakan-rakan kongsinya.
Huawei turut mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Program Rakan Kongsi Ascend Asia-Pasifik untuk meningkatkan pembangunan industri AI Singapura. Merangkumi tiga sub-program, Kolaborasi AI Vendor Perisian Bebas, Pemupukan Bakat AI Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan Pembangunan Industri AI Kerajaan, Huawei dan rakan-rakan kongsinya akan menyokong negara-negara Asia Pasifik dengan kekuatan mereka dalam produk dan penyelesaian AI, pemindahan pengetahuan, sokongan Ke Pasaran dan sumber strategik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi AI Maya Huawei dan kursus-kursus yang disediakan, sila kunjungi:
- Makmal AI Maya Huawei: http://AILAB-APAC.huawei.com
- Akademi AI Maya Huawei