omniture

Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China

Dikuasakan oleh cef robot, sajian dihantar dalam masa sesingkat 20 saat
Country Garden Holdings
2020-06-26 10:52 554

FOSHAN, China, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pada 22 Jun, kompleks restoran robot pertama yang dibina oleh Qianxi Robot Catering Group (Qianxi Group), subsidiari Country Garden (HK.02007), dibuka di Shunde, sebuah bandar di wilayah Guangdong, China. Dikuasakan oleh teknologi canggih yang terkini, restoran berkenaan mempunyai bahagian yang berasingan untuk makanan Cina, periuk panas dan makanan segera serta menampilkan seleksi luas hidangan masakan, setiap satu disajikan kepada penjamu selera yang sedang menunggu dalam beberapa saat sahaja.

Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China
Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China

Dalam ruang restoran moden berkeluasan 2,000 meter persegi itu, lebih daripada 20 robot yang dibangunkan sendiri untuk gaya restoran berbeza (masakan Cina, nasi periuk tanah, kedai mee) bersedia untuk memikul peranan mereka yang ditetapkan dari segi penyediaan dan memasak makanan. Ruang menjamu selera, diterapkan dengan warna merah jambu sebagai warna latar belakang di samping dipenuhi dengan sensasi teknologi metalik, mampu melayani hampir 600 penjamu selera pada satu-satu masa. 200 item menu restoran berkenaan setiap satunya boleh dihidangkan dalam masa sesingkat 20 saat sahaja.

Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China
Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China

Semasa berlakunya wabak, restoran yang dikendalikan oleh robot dapat mengurangkan kontak manusia-manusia secara menyeluruh. Gaya menjamu selera yang baharu ini dilihat selaras dengan keadaan semasa dan juga trend masa depan.

Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China
Country Garden Bina Kompleks Restoran Robot Pertama Seumpamanya di Dunia di Guangdong, China

"Restoran robot Qianxi telah mencapai penyepaduan perisian-perkakasan serta kerjasama manusia-mesin dengan inovatif. Ia dapat membantu menjalankan dengan lebih baik operasi yang lancar melalui aplikasi robot yang praktikal," kata Zhao Chunsheng, pakar kejuruteraan mekanikal dan ahli akademik di Chinese Academy of Sciences. "Qianxi mempunyai teknologi yang paling canggih dengan barisan produk yang luas. Ia merapatkan jurang pasaran dan akan memberi kesan penting terhadap penandaarasan untuk turut menambah nilai kepada pembangunan industry berkenaan."

Penolong pegawai eksekutif Country Garden dan pengurus besar Qianxi Group, Qiu Mi menjelaskan bahawa Qianxi Group telah membina rantaian industri lengkap yang mencakupi pengeluaran bekalan bahagian belakang (dapur terpusat) dan masakan robot di samping operasi restoran dan pengurusan robot. Semasa tahun 2020, kumpulan berkenaan merancang untuk membina dapur yang lebih terpusat untuk berkembang lebih jauh di bandar-bandar Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, sekali gus mencapai pengeluaran robot secara besar-besaran dengan output yang dijangkakan kira-kira sebanyak 5,000 unit setahun.

China secara rasminya mengeluarkan spesifikasi teknikal untuk pensijilan keselamatan robot dalam sektor makanan pada 22 Jun lalu. Spesifikasi teknikal ini, bersama-sama dirumuskan oleh National Robot Testing and Accreditation Center (NRTAC) dan subsidiari teknologi Qianxi Group Zhiyuan, merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini. Barisan robot generasi kedua daripada Qianxi Group termasuk beberapa yang dilatih untuk memasak nasi periuk tanah dan robot-robot lain yang dilatih untuk membuat ais krim mini, telah menjadi peneraju dalam menerima pensijilan China Robot (CR) daripada NRTAC.

Tambahan pula, Qianxi Group dan Beijing Beichen Industrial Group Co., Ltd. (Beijing Beichen) bersama-sama mengumumkan satu kerjasama strategik komprehensif, yang mana perkhidmatan jamu selera pintar akan disediakan di pusat konvensyen Beijing Beichen. Pada Januari 2022, fasa kedua Pusat Konvensyen Kebangsaan China, sebuah tempat yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Beijing Beichen akan beroperasi dan robot Qianxi Group akan ditugaskan di lapangan bagi menyediakan perkhidmatan jamu selera pintar 7x24, memberi sekilas pandang bagaimana teknologi pintar yang terkemuka di dunia disepadukan dengan budaya masakan Cina.

Pada hari yang sama dengan pembukaan restoran tersebut, Qianxi Group turut memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Siemens (China) yang mana kedua-dua pihak menjalin perkongsian strategik jangka panjang untuk meningkatkan pembangunan digital bagi segmen jamu selera pintar, termasuk pembangunan bersama platform IoT jamu selera pintar inovatif yang pertama dalam industri. Bai Liping, naib presiden industri-industri digital di Siemens (China), berkata bahawa syarikat berkenaan akan berganding bahu dengan Qianxi Group bagi mempercepatkan pertumbuhan segmen berkenaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200624/2837159-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200624/2837159-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200624/2837159-1-c?lang=0

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Computer/Electronics Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Restaurants Retail