SYDNEY, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Tibalah masanya untuk mula merancang perjalanan yang seterusnya ke New South Wales, Australia dan tempat yang harus dikunjungi ialah bandar desa yang indah, Orange. Dengan reputasi yang layak diterima kerana menghasilkan makanan dan wain yang sangat baik, landskap yang menakjubkan dan sejarah yang menarik, Orange merupakan destinasi yang sempurna untuk percutian ke desa. Terletak sejauh 3.5 jam pemanduan atau penerbangan yang singkat dari Sydney, kunjungilah untuk hujung minggu bagi penggemar makanan mahupun penginapan yang lebih lama.
Dengan altitud tinggi dan tanah gunung berapi yang kaya dari Gunung Canobolas yang terletak berhampiran, Orange mempunyai keadaan yang ideal untuk menghasilkan wain dalam iklim sejuk, termasuk Chardonnay, Sauvignon Blanc, Shiraz dan Cabernet Sauvignon. Pengunjung juga akan dapat menemui hasil tempatan yang luar biasa, bermula dengan epal, buah pear dan buah-buahan eksotik kepada keju, daging dan bir tradisional.
Mulakan hujung minggu penggemar makanan dengan hidangan kopi dan sedikit makanan yang dibakar di tempat istimewa tempatan, Bills Beans di Timur Orange.
Sebaik sahaja pengunjung mendapat dos kafein yang mereka perlukan, tibalah masanya untuk meneroka salah satu daripada banyak jejak wain Orange, membawa kepada lebih daripada 60 kebun anggur dan 40 bilik wain bawah tanah termasuk Heifer Station Wines, Swinging Bridge, Philip Shaw Wines dan Ross Hill Wines. Sekiranya terdapat kesukaran untuk memilih, pilihlah lawatan yang ditempah khas dengan Orange Wine Tours atau Vine Venture Tours.
Selepas meluangkan masa sehari mencicipi wain, nikmatilah hidangan makan malam yang santai di salah satu daripada banyak restoran mewah Orange. Pilihan-pilihan termasuk Charred, yang menggunakan hasil tempatan berkualiti terbaik, berganding bahu dengan ketuhar kayu dan arang "Lucifer" yang baru digunakan untuk memberi rasa yang unik. Mencicipi rasa di Rowlee Wines boleh diikuti dengan hidangan tiga sajian di restoran lapangan Racine, atau nikmati sajian di Lolli Redini yang memenangi anugerah (hatted), yang dipimpin oleh salah seorang cef wanita yang paling terkenal di Australia, Simonn Hawke.
Orange menawarkan banyak pilihan penginapan butik untuk berehat pada sebelah malam; pilihlah daripada kotej yang menawan di Mayfield Vineyard, 'glamping' di Nashdale Lane Wines, atau bermalamlah di bangsal ricih yang telah ditukar di Black Sheep Inn. Penginapan hotel juga disediakan di Quest, Oriana atau Byng Street Boutique Hotel yang baru dibuka.
Mulakan hari kedua bercuti di desa dengan sarapan pagi yang enak di Byng Street Local Store atau Good Eddy, dan kemudian nikmatilah beberapa pengalaman membeli belah butik di kedai-kedai Orange yang menawan. The Sonic menawarkan seleksi pakaian, aksesori dan perkakas rumah yang menarik daripada beberapa pereka terkenal Australia dalam ruang yang mengagumkan dan untuk bersiar-siar sebentar di hujung jalan, The White Place merupakan destinasi yang hebat untuk perabot, kusyen dan permaidani yang bergaya.
Luangkanlah sisa sebelah petang dengan meneroka bandar dan kampung bersejarah di sekitar Orange – bersiar-siar di jalan-jalan Millthorpe atau Carcoar yang menarik walaupun ganjil yang tersenarai sebagai warisan, penuh dengan bangunan-bangunan Abad ke-19 yang terpelihara dengan indah, diikuti dengan makan tengah hari berfokus musim yang enak di Tonic. Bagi menikmati sesuatu yang lebih kasual, kunjungi Agrestic Grocer di Orange – pengalaman membeli belah dan menjamu selera unik, yang turut menawarkan persembahan muzik secara langsung pada hujung minggu.
Sebelum kembali ke Sydney, pastikan untuk singgah di Nangar National Park yang indah untuk mengembara secara berjalan kaki atau melihat hidupan liar tempatan, termasuk kangaru, walabi, burung falko belalang dan helang ekor baji.
Catatan untuk editor
Imej disediakan melalui pautan ini, untuk bahan tambahan, kunjungi Pustaka Kandungan.