omniture

Panduan Tempatan ke Sydney

Destination NSW
2020-06-29 08:56 326

SYDNEY, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke Sydney, inilah masanya untuk menjadikan permata Australia ini sebagai tempat untuk dikunjungi yang harus anda pertimbangkan. Salah satu destinasi impian dunia, Sydney mempunyai layar Panggung Opera Sydney yang terbang tinggi, Pelabuhan Sydney yang bergemerlapan dengan cahaya serta pantai-pantai yang terkenal di dunia. Selain daripada ikon-ikon, terokai intipati bandar Sydney di kawasan kejiranan seperti Chippendale, Surry Hills dan Newtown. Carilah bar retro, bakeri terkenal dan hotel bergaya yang letaknya betul-betul di luar bandar berkenaan. Terokai Sydney seperti seorang pelancong, dengan pengetahuan seorang penduduk tempatan.

Pelabuhan Sydney
Mualkan pengalaman Sydney anda di kalangan struktur-struktur ikonik yang menyempadani Pelabuhan Sydney yang terkenal. Singgahlah di Circular Quay untuk melihat lengkung putih Panggung Opera Sydney, Jambatan Pelabuhan Sydney hebat yang digelar sebagai 'The Coathanger' serta feri yang merentasi pelabuhan yang bergemerlapan dengan cahaya.

  • Memanjat Jambatan Pelabuhan Sydney ialah salah satu pengalaman perjalanan yang tidak akan dapat anda lupakan. Pasukan di BridgeClimb akan membawa anda dengan selamat ke puncak ikon yang masih wujud ini bagi melihat pemandangan panoramik Sydney 360-darjah.
  • Mempunyai pemandangan Pelabuhan Sydney yang tiada tandingan ialah restoran tumpuan untuk menjamu selera gaya mewah, Quay dengan tingkap dari lantai ke siling yang membingkai pemandangan Panggung Opera Sydney. Cef Peter Gilmore menyajikan jamuan inovatif daripada bahan-bahan yang jarang dijumpai dalam suasana di tebing yang sangat indah.
  • Di seberang Quay, letaknya Panggung Opera Sydney yang mengagumkan di Bennelong Point. Terdapat satu laluan yang membawa anda betul-betul di bahagian tepi bangunan agar anda dapat mengagumi layar berjubin yang sangat besar. Tinjaulah di bahagian dalam untuk menghargai sepenuhnya karya agung yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia ini.
  • Teruskan berjalan sepanjang esplanad ke Taman Botani Diraja untuk bersiar-siar melintasi tumbuh-tumbuhan asal Australia dan duduklah di mercu tanda bersejarah Mrs Macquarie's Chair. Bangku batu pasir yang diukir itu dihasilkan oleh banduan pada tahun 1810 dan nikmatilah pemandangan pelabuhan seperti dalam poskad.

Chippendale 
Dari Circular Quay, Chippendale letaknya sejauh 30-minit berjalan kaki melalui bandar tersebut, atau perjalanan singkat dengan rel ringan ketika ia melalui laluan berliku di George Street ke arah Central Station. Hab dengan hotel, restoran, galeri dan pusat membeli belah, Chippendale ialah tempat tumpuan budaya yang kreatif lagi unik.

  • Daftar masuk ke The Old ClareHotel — hotel butik di tengah bandar ini ditempatkan dalam bangunan yang disenaraikan sebagai warisan dengan kemasan industri yang elegan dan bar tepi kolam di atas bumbung.
  • Berjalan-jalanlah ke Spice Alley yang terletak berhampiran, tempat tumpuan orang ramai yang sibuk dengan makanan jalanan Asia di mana anda dapat menjamu selera di lorong dalam suasana gaya penjaja.
  • Terletak berhampiran ialah White Rabbit Gallery, pusat tumpuan salah satu koleksi seni kontemporari Cina yang paling penting di dunia. Selepas meninjau-ninjau koleksi berkenaan, nikmatilah ladu buatan sendiri dan pelbagai teh Cina dan Taiwan yang banyak di White Rabbit Teahouse.
  • Melalui jalan samping yang rimbun di Chippendale terletaknya Brickfields — bakeri dan kafe terkenal ini menghasilkan beberapa produk makanan dibakar yang terbaik di Sydney.

Surry Hills 
Surry Hills merupakan segala-galanya dengan kersik, daya tarikan dan keenakan hidangan. Bersiar-siarlah di jalan-jalan yang dibarisi pokok untuk menerokai butik vintaj dan kontemporari, bar koktel yang unik dan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.

  • Menginaplah di Paramount House Hotel, sebuah hotel butik didorong rekaan yang dibina di bangunan yang dahulunya merupakan Paramount Studios. Tapak tersebut menempatkan kafe yang bergaya, Golden Age Cinema lama seakan-akan gaya Hollywood dan kelab sukan atas bumbung.
  • Untuk penginapan yang selesa, Little Albion ialah bekas biara yang ditukarkan menjadi hotel yang elegan dengan koleksi seni berwarna warni.
  • Tempat menjamu selera makanan Thai Chin Chin ialah tempat terkenal kawasan tempatan, menawarkan rasa yang hebat, kari merah menyala dan koktel inventif.
  • Firedoor  merupakan satu lagi sensasi Sydney di mana cef inovatif Lennox Hastie memasak segala-galanya di atas kayu api. Menu lima sajian bertukar setiap hari dan ini termasuk daging, makanan laut dan sayur-sayuran paling segar yang ditanam khas oleh pengeluar tempatan.
  • Pengunjung ke kawasan kejiranan kampung Sydney akan menemui banyak seni jalanan dan lukisan mural oleh ramai seniman tempatan. Satu penambahan terkini yang perlu dilihat ialah potret pemain bola sepak Orang Asli, Adam Goodes. Diabadikan pada seluruh sisi sebelah kanan bangunan dua tingkat di tengah-tengah Surry Hills, ini merupakan tempat yang sangat popular dengan penduduk tempatan, peminat seni jalanan dan penyokong bekas pasukan Liga Bola Sepak Australia Goodes, Sydney Swans.

Newtown 
Dari bandar, naikilah kereta api ke Newtown, kawasan pinggir bandar universiti yang berwarna warni di Sydney dengan tempat membeli belah vintaj dan antik, kedai makan global, pub atmosferik dan tempat persembahan muzik secara langsung.

  • Bermalamlah di The Collectionist Hotel di Camperdown yang berhampiran — sebuah oasis di tengah bandar yang unik dengan tema ruang dalaman yang berbeza untuk setiap bilik – tetamu boleh meninjau-ninjau dan memilih bilik kegemaran mereka sebelum mendaftar masuk
  • Di Continental Deli Bar and Bistro, teguklah Mart-tinnie (martini daripada tin) dan cubalah pelbagai jenis juadah dalam tin di bar dan bistro gaya Eropah ini.
  • Bella Brutta  ialah tempat kegemaran piza di Newtown. Di tempat yang berjalan lancar ini nikmatilah sepenuhnya piza inventif yang dikeluarkan segar daripada ketuhar yang sangat panas.
  • Untuk menikmati minuman pada lewat malam, nikmatilah sepenuhnya di Earl's Juke Joint – tempat berkumpul dengan hidangan koktel 'uber cool' ini mempunyai muka depan gaya kedai penjual daging retro dan suasana New Orleans di bahagian dalamnya.
  • Culture Scouts  akan membawa anda dengan lawatan berjalan kaki dipilih khas melalui hab budaya ini. Terokai kawasan yang kaya dengan makanan, seni jalanan dan sejarah, dipandu oleh seniman dan pereka tempatan.

DNSW Teambox https://content.destinationnsw.com.au/lightbox/list.me?share=33b8aa4f7e00a3d98a1f893e57ae8f14 

Kongsikan percutian Sydney dan NSW kegemaran anda di media sosial dengan menggunakan tagar #LoveNSW atau #NewSouthWales.

Kunjungi Media Sosial NSW|
Twitter Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney_sider
Twitter NSW #LoveNSW #NewSouthWales @NewSouthWales
Instagram Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney
Instagram NSW #LoveNSW #NewSouthWales @VisitNSW
Facebook Sydney
  facebook.com/seesydney  #ilovesydney #LoveNSW
Facebook NSW facebook.com/visitnsw #LoveNSW #NewSouthWales

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.visitnsw.com 
Untuk imej, kunjungi www.content.destinationnsw.com.au 

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Survey, Polls & Research