SYDNEY, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Inilah masanya untuk mula mengimpikan percutian ke desa wain New South Wales, Hunter Valley. Sebuah tempat di mana kilang wain yang terkenal di dunia, restoran ternama, hasil tempatan yang enak dan tempat bersendirian yang mewah menanti anda. Dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan letaknya hanya dua jam perjalanan dari Sydney, Hunter Valley merupakan destinasi tiada tandingan yang membawa kegembiraan sejak ladang pokok anggur mula berkembang maju pada tahun 1820-an.
Dengan lebih banyak bilik simpanan wain bawah tanah berbanding mana-mana kawasan wain lain di Australia, salah satu nikmat besar merasa wain di sini ialah kepelbagaian rasa dan sifatnya yang hebat. Meskipun semillon dan shiraz Hunter Valley telah sekian lama terkenal di dunia, tetamu juga akan dapat meneguk wain yang istimewa dan inovatif, bermula dengan chardonnay klasik kepada varietal yang lebih baharu termasuk sangiovese dan tempranillo.
Gunakan panduan destinasi ini untuk mula merancang lawatan akan datang anda ke wilayah yang indah ini.
Minum
- Sekiranya anda memilih untuk menyusun atur jejak wain anda sendiri, sahutlah cabaran untuk meneroka satu, atau banyak, daripada lebih 150 kilang wain dan bilik simpanan wain bawah tanah termasuk Brokenwood, Pepper Tree Wines, Tyrrell's Wines, Gundog Estate, Usher Tinkler Wines, Tamburlaine Organic Wines dan Hungerford Hill.
- Sekiranya apa yang anda inginkan ialah pendidikan mengenai wain, jangan lepaskan peluang Mystery Wine Tour Tulloch Wines, pengalaman Di Sebalik Tabir Soil to Cellar Brokenwood Wines dan The Ultimate Margan Experience di Margan Wines.
- Hunter Valley juga mempunyai beberapa pembru dan penyuling minuman tradisional yang paling inovatif di negara ini. Tujulah ke Ironbark Hill Brewhouse untuk bir tradisional yang dibuat dengan baik sekali, Pokolbin Cider House untuk Classic Apple Draught segar dan Hunter Distillery, kilang penyuling organik diperakui yang menghasilkan pelbagai jenis minuman keras termasuk vodka, likuor dan schnapps.
Makan
- Hunter Valley juga mempunyai banyak produk tempatan segar yang menjadikannya tempat yang sempurna untuk memilih beberapa cenderamata untuk dibawa pulang. Jenguklah ke Binnorie Dairy untuk keju lembut yang lazat dan labneh yang diperbuat daripada susu yang diperoleh dari kawasan tempatan dan terokailah pelbagai daging salai yang enak dan ikan daripada Lovedale Smokehouse.
- Buat mereka yang gemarkan makanan manis, cubalah beberapa coklat artisan yang sangat bagus buatannya daripada Cocoa Nib, termasuk bon bon terkenal mereka dan blok coklat yang berwarna warni.
- Untuk roti dibakar segar atau menu sarapan sepanjang hari, kunjungilah Fawk Foods Kitchen & Bakery - kedai makan dan bakeri kasual daripada EXP. Cef restoran Frank Fawkner.
- Untuk makan tengah hari, kunjungilah salah satu daripada banyak restoran tempatan seperti Leaves and Fishes, Yellow Billy Restaurant, Muse Kitchen atau The Wood Restaurant, yang terletak di tapak Brokenwood.
- Sebagai alternatif, kumpul botol wain pilihan sendiri anda berserta hamper piknik dengan hasil tempatan untuk berkongsi dan menikmati piknik di kebun anggur, ihsan daripada Audrey Wilkinson.
- Selepas seharian meneroka, nikmatilah makan malam di salah satu daripada banyak restoran bertaraf dunia di Hunter Valley, setiap satunya menyajikan hasil tempatan, termasuk Muse Restaurant di Hungerford Hill Winery, Bistro Molines dan Margan Restaurant.
Main
- Untuk pengalaman yang benar-benar hebat dan mengujakan, nikmatilah aktiviti terbang ke udara semasa matahari terbit dengan Balloon Aloft dan terbang tinggi di atas kebun anggur ketika anda menikmati pemandangan panoramik wilayah berkenaan.
- Lakukan secara bersederhana dan sertai lawatan dengan Two Fat Blokes. Pilihlah lawatan setengah hari atau sepanjang hari dan luangkan masa anda meninjau pelbagai kebun anggur, bertemu dengan pembuatnya dan pelajari semua perkara mengenai wain dan kawasan sekitarnya.
- Murchessons Horseback Wine & Dine Tours bermula di Wynwood Cellar Door dan termasuk merasa wain, sarapan lewat pagi, makan tengah hari atau makan malam berserta lawatan ke kebun anggur dengan menunggang kuda.
- Pelajari beberapa rahsia penggemar makanan tempatan di salah satu daripada banyak sekolah memasak Hunter Valley seperti Major's Lane Cooking School, yang mencakupi setiap sajian masakan bermula daripada Thai hingga Mexico.
Penginapan
Hunter Valley merupakan pusat kepada pelbagai tawaran penginapan yang sesuai untuk semua peruntukan belanja, gaya dan jenis kumpulan, dengan bermacam-macam pilihan bermula dengan kotej kebun anggur, sehingga rumah tamu dan pusat peranginan yang luas. Beberapa pilihan gaya pusat peranginan klasik termasuk: Crowne Plaza Hunter Valley dan voco Kirkton Park Hunter Valley atau untuk mereka yang tidak sabar-sabar untuk melihat lebih banyak harta tanah butik kunjungi Spicers Guesthouse, Degan Estate, H Boutique Hotel dan Estate Tuscany. Untuk kumpulan lebih besar yang mencari oasis peribadi mereka sendiri, lihatlah Corunna Station, Allawah Estate dan Arenridge.
Seleksi imej boleh didapati melalui pautan ini.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.visitnsw.com. Untuk imej, kunjungi www.content.destinationnsw.com.au
Kongsikan percutian Sydney dan NSW kegemaran anda di media sosial menggunakan tagar #LoveNSW atau #NewSouthWales.
Kunjungi NSW Media Sosial
Twitter Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney_sider
Twitter NSW #LoveNSW #NewSouthWales @NewSouthWales
Instagram Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney
Instagram NSW #LoveNSW #NewSouthWales @VisitNSW
Facebook Sydney facebook.com/seesydney #ilovesydney #LoveNSW
Facebook NSW facebook.com/visitnsw #LoveNSW #NewSouthWales