omniture

Tencent Cloud Perkasa China-Ready Webinar Lembaga Pelancongan Singapura Melalui Tencent Cloud Conference dan VooV Meeting

Alatan dan platform persidangan digital mesra pengguna sokong China-Ready Webinar untuk tawarkan pemahaman mendalam mengenai ekosistem digital China
Tencent
2020-06-29 15:26 348

SINGAPURA, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Tencent mengumumkan penggunaan Tencent Cloud Conference dan VooV Meeting untuk China-Ready Webinar Lembaga Pelancongan Singapura (STB), bagi memastikan pendaftaran yang selamat dan pengalaman persidangan dalam talian yang berkualiti tinggi.

Dikuasakan oleh infrastruktur serta teknologi Tencent Cloud yang canggih dan inovatif, Tencent Cloud Conference dan VooV Meeting bertindak sebagai platform operasi untuk China-Ready Webinar, yang membolehkan bukan sahaja RSVP serta daftar masuk yang selamat dan lancar, tetapi juga pengalaman persidangan awan yang cekap, berkualiti tinggi dan ultra lancar.

Selain daripada mengehoskan webinar pada platformnya, Tencent turut berkongsi pandangan yang berharga mengenai pengguna Cina di webinar ini. Penceramah-penceramah lain termasuk wakil-wakil daripada STB, MaFengWo dan Meituan Dianping. Bertujuan untuk menggiatkan usaha Singapura bagi meningkatkan pengalaman pengunjung Cinanya, webinar ini menumpukan perhatian pada topik-topik seperti bagaimana untuk mengukuhkan lagi kedudukan Singapura untuk pasaran Cina dan memenuhi keperluan serta harapan pengembara Cina yang semakin berkembang dalam landskap semasa. Webinar ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan STB untuk meningkatkan kemahiran dalam industri pelancongan semasa pandemik COVID-19, agar mereka dapat bersiap sedia untuk mencapai pemulihan apabila tiba masanya.

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group, berkata, "Kami berbangga untuk menyediakan Tencent Cloud Conference dan VooV Meeting sebagai sokongan kami terhadap inisiatif Singapura untuk menggiatkan usahanya bagi memenuhi keperluan pengembara Cina yang semakin berkembang. Dengan Lembaga Pelancongan Singapura memanfaatkan teknologi canggih dan rangkaian luas kami serta kestabilan sistem kami yang tiada tandingan dan luar biasa, China-Ready Webinar menjadi bukti bahawa Tencent berkedudukan terbaik untuk menyokong lembaga pelancongan selain industri pelancongan dan hospitaliti di seluruh dunia."

Juliana Kua, Pengarah Eksekutif, Rantau Besar China, STB, berkata, "Bagi mendekati, berhubung dan mengubah pengembara Cina yang semakin arif, Lembaga Pelancongan Singapura telah menekankan keperluan untuk pemegang kepentingan Singapura kami memperdalam pemahaman mereka bagaimana warga Cina menggunakan platform digital yang berbeza. Tencent terus menjadi rakan kongsi yang mantap untuk perjalanan tersebut dan kami berasa gembira kerana kami dapat menggunakan Tencent Cloud dan VooV Meeting untuk salah satu China-Ready Webinar STB. Hal ini, selain daripada semua bidang kolaborasi kami yang lain, merupakan satu lagi contoh yang baik berhubung perkongsian kami yang mantap."

Menekankan usaha pentingnya dalam menghubungkan negara-negara di serata dunia, Tencent berkolaborasi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan April untuk kempen ulang tahun ke-75 PBB, yang mana VooV Meeting digunakan bagi memudahkan dialog global yang terbesar setakat ini. Sementara itu, baru-baru ini Tencent menyertai Gabungan Pendidikan Global UNESCO, dengan VooV Meeting disyorkan kepada kira-kira 1.2 bilion orang pelajar dan belia bagi tujuan pembelajaran jarak jauh sepanjang tempoh gangguan yang berlaku tiba-tiba dan belum pernah terjadi sebelum ini. Kesemua ini menunjukkan keupayaan alatan tersebut untuk menawarkan perkhidmatan persidangan HD berasaskan awan yang lancar, stabil dan andal dalam pelbagai jenis keadaan.

Tencent turut memperkasa Kongres Kecerdasan Dunia ke-4 (WIC) pada bulan Jun melalui Penyelesaian Konvensyen dan Pameran Tencent Cloud. Dikuasakan oleh infrastruktur dan teknologi termaju daripada Tencent Cloud, Tencent Cloud Conference (TCC) telah menyesuaikan dengan tepat kepada keperluan Kongres tersebut dari segi inovasi platform dan aplikasi pintar berdasarkan keupayaan dan pengalamannya yang komprehensif. Penggunaan penyelesaian Tencent Cloud Conference di WIC membantu menghimpunkan kehadiran dalam talian seramai 58.6 juta orang yang menonton upacara perasmian dalam talian melalui lebih empat puluh platform dan beratus-ratus ribu yang berbincang dan bertukar-tukar idea mengenai gabungan mendalam AI dengan pembangunan ekonomi dan sosial global.

Hubungan Media

Irene Fung
Current Global
ifung@currentglobal.com

Source: Tencent
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet