omniture

GAC MOTOR Menang Pengiktirafan Pelanggan untuk Ciri-ciri Keselamatan Hebat GS8

GAC MOTOR
2020-06-30 04:29 351

GUANGZHOU, China, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pemilik baharu SUV GS4 yang berbangga, Dr. Noel Jusay Lacsamana telahpun memberi tumpuan beliau pada SUV GS8. Namun demikian, ia bukanlah yang pertama milik beliau. Bahkan, Noel telahpun memiliki GS8 - dan ia telah membantu menyelamatkan nyawa beliau.

Dr. Noel Jusay Lacsamana menerima SUV GS4 baharu beliau di GAC Dream Cars San Fernando
Dr. Noel Jusay Lacsamana menerima SUV GS4 baharu beliau di GAC Dream Cars San Fernando

Pada sebelah petang 2 Februari, Noel dan seorang rakan beliau sedang memandu dengan bersantai dalam GS8 asal beliau, memandu melalui Scout Limbaga Street di Bandar Quezon, Filipina. Ketika beliau melewati persimpangan di Scout Ybardolaza Street, sebuah kereta yang dipandu laju meluru ke arah lintasan ini dan melanggar sisi kanan kereta beliau, dengan hentaman perlanggaran itu menyebabkannya melambung ke udara. Kereta ini akhirnya mendarat sejauh lima meter, bergolek ke sebelah kirinya.

Syukurlah, Noel dan rakan beliau tidak mengalami kecederaan serius. Beg udara, tali pinggang keledar dan pelindung hentaman sisi kereta ini berfungsi bersama-sama untuk membantu melindungi mereka semasa berlakunya hentaman perlanggaran ini. Pengalaman ini bukan sahaja menguatkan sepenuhnya kepercayaan beliau terhadap kenderaan GAC MOTOR, bahkan kakitangan GAC Dream Cars San Fernando memberi jaminan bahawa keperluan pengangkutan beliau dipenuhi selepas berlakunya kejadian ini. Sangat terharu, beliau meluahkan rasa syukur beliau di media sosial, berkongsi kisah beliau yang menakjubkan itu bersama keluarga dan rakan taulan.

Dr. Noel Jusay Lacsamana berkongsi kisah beliau yang menakjubkan bersama keluarga dan rakan taulan di media sosial
Dr. Noel Jusay Lacsamana berkongsi kisah beliau yang menakjubkan bersama keluarga dan rakan taulan di media sosial

GAC MOTOR percaya bahawa "keselamatan merupakan keutamaan pertama" dan komited untuk memastikan kesejahteraan pelanggan dengan mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan yang komprehensif dan ketat ke dalam kenderaannya. Mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, GS8 dilengkapi dengan German Bosch ESP menerusi fungsi "14-dalam-1". Memberi respons lebih pantas dan kestabilan yang lebih andal, sistem keselamatan yang aktif mengelakkan gelincir sisi kenderaan semasa dalam kecemasan dengan berkesan. Teknologi pembantu pemanduan pintar yang canggih termasuk sistem pengawal luncur adaptif, amaran perlanggaran depan, bantuan brek aktif, amaran lencongan dan imej tempat letak kereta pandangan penuh 360° turut diaplikasikan pada GS8 bagi menjamin keselamatan kenderaan pada bila-bila masa.

Keselamatan luar biasa yang ditawarkan oleh GS8 ini terletak pada tumpuan tinggi GAC MOTOR terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D). Syarikat ini menghabiskan masa selama lima tahun membangunkan GS8 bukan sahaja untuk memenuhi, tetapi melangkaui piawaian keselamatan yang paling ketat. Hasilnya, kenderaan ini mempunyai reka bentuk badan selamat dan serba baharu GAC® (Geometric Absorption Control) generasi kedua, teknologi penyerapan tenaga perlanggaran termaju. Sementara itu, 95% daripada ruang penumpang diperkuat dengan keluli berkekuatan tinggi mengikut piawaian rintangan perlanggaran utama SUV di Amerika Utara, membolehkannya untuk menahan kejutan perlanggaran dengan mudah. GS8 turut dilengkapi dengan 8 beg udara serba boleh untuk memberi perlindungan komprehensif. 

GS8 GAC MOTOR menerima penilaian keselamatan 5 bintang yang berprestasi cemerlang dengan 57.7 mata
GS8 GAC MOTOR menerima penilaian keselamatan 5 bintang yang berprestasi cemerlang dengan 57.7 mata

Dengan ciri-cirinya yang mantap, GS8 telah mencapai penilaian yang tinggi untuk ciri keselamatannya. Semasa ujian perlanggaran Program Penilaian Kereta Baharu-China (C-NCAP), GS8 dianugerahkan penilaian keselamatan 5 bintang yang berprestasi cemerlang dengan memperoleh 57.7 mata dan mengatasi rakan setaranya. Tambahan pula, GAC MOTOR menduduki tempat pertama dalam Initial Quality Study J.D. Power selama tujuh tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2019. 

 "Semasa perlanggaran ini, saya melihat betapa GS8 selamat dan tahan lasak. Saya suka kereta ini," kata Noel, pemilik kereta GAC MOTOR yang berbangga, yang turut membeli GS4 selepas menerima perkhidmatan yang luar biasa daripada wakil penjual GAC Motor. Memenangi kepercayaan pengguna dengan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang bertimbang rasa, GAC MOTOR akan meneruskan komitmennya untuk menyediakan pengalaman mobiliti yang selamat dan menyeronokkan kepada pengguna global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843451-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843451-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843451-1-c?lang=0

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Transportation New products/services