omniture

Kempen berkongsi kekayaan tersebar di Suncheon bantu mangsa coronavirus

Suncheon City Hall
2020-06-30 04:33 424

SUNCHEON, Korea Selatan, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Kempen berkongsi kekayaan telahpun tersebar di Suncheon, sebuah bandar yang letaknya kira-kira 415 kilometer di selatan Seoul, untuk membantu penduduk kurang bernasib baik yang terjejas teruk akibat wabak coronavirus. Menurut wakil majlis perbandaran Suncheon pada hari Jumaat lalu.

Para sukarelawan menyusun pakej bantuan yang dibuat dengan sumbangan untuk dihantar kepada penduduk kurang bernasib baik bandar ini, dalam foto fail ini yang disediakan oleh Suncheon City Hall. (FOTO BUKAN UNTUK DIJUAL)
Para sukarelawan menyusun pakej bantuan yang dibuat dengan sumbangan untuk dihantar kepada penduduk kurang bernasib baik bandar ini, dalam foto fail ini yang disediakan oleh Suncheon City Hall. (FOTO BUKAN UNTUK DIJUAL)

Kempen ini dilancarkan pada bulan Mac hasil daripada cadangan oleh Datuk Bandar Suncheon Heo Seok, yang mengikuti contoh daripada orang kaya daripada Dinasti Joseon (1392-1910),yang dipuji kerana mengamalkan noblesse oblige dengan berkongsi harta benda mereka dengan orang miskin di bawah gerakan yang dikenali sebagai "gwonbun".

"Sejumlah 104 institusi dan kumpulan telah menyumbang sebanyak 680 juta won (US$567,186), termasuk 10 juta won daripada datuk bandar sendiri," kata wakil majlis perbandaran ini.

Menggunakan sumbangan ini, pihak kerajaan perbandaran telah menghasilkan 500 hingga 1,000 pakej bantuan pada setiap bulan untuk diedarkan kepada penduduk dengan isi rumah berpendapatan rendah, individu kurang upaya, isi rumah berbilang budaya dan penduduk kurang bernasib baik lain yang mengalami kesukaran ekonomi lantaran penularan COVID-19.

Pakej bantuan yang dihasilkan dengan bantuan para sukarelawan mengandungi barang keperluan harian termasuk beras, "ramyeon" (mi segera), rumpair merah kering, buah-buahan dan pelitup muka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843483-1?lang=0

Source: Suncheon City Hall
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service Not for profit