omniture

Data Raya Revolusikan Sektor Pertanian di Guizhou, China

Huanqiu.com
2020-06-30 15:55 314

GUIYANG, China, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Satu laporan berita oleh Huanqiu.com berhubung Data Raya Revolusikan Sektor Pertanian di China

Setelah selesai bekerja pada hari tersebut, seorang jurutera yang ditempatkan di Shenzhen, Luke Yang membuka peti sejuk dan mengambil beberapa tongkol jagung manis. Beliau meratakan jagung tersebut dengan sos keju krim dan membakar jagung tersebut dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Di hadapan tablet, Yang menikmati makanan beliau yang lazat dan ketawa berdekit-dekit sambil menonton video pendek.

Dalam masa yang sama, NadimTong, seorang pekebun di Daerah Danzhai, Wilayah Guizhou juga duduk di hadapan tablet, menyemak jualan dalam talian beliau. Luke dan Nadim tidak pernah bertemu satu sama lain sebelum ini, namun e-dagang menjadikan pertalian antara mereka boleh terjalin.

Organisasi yang menjadi tempat Nadim bekerja ialah Guizhou Yo Yo Green Agricultural Technology Co., Ltd. Sebagai sebuah syarikat e-dagang yang terkemuka, ia memanfaatkan teknologi, terutamanya data raya, bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan. Pertumbuhan pendapatan yang berikutnya telah mendorong semakin ramai pekebun tempatan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Guizhou telah menyokong persilangan antara data raya dan industri perladangan. Sebagaimana Yo Yo Green, pelbagai perusahaan luar bandar di Guizhou juga telah menerima penyelesaian dipacu data untuk menjalankan perniagaan tani.

Asasnya, data raya boleh membantu pengoptimuman rantaian nilai, menutup lompang dalam jurang penawaran dan permintaan. Bagi industri perladangan tradisional pula, petani menghantar hasil tuaian mereka kepada pekedai runcit atau kedai serbaneka. Model sedemikian boleh menyebabkan ketidakseimbangan penawaran-permintaan memandangkan tidaklah selalu dapat mengetahui dengan tepat berapa banyak suatu hasil tertentu yang patut disediakan.

Walau bagaimanapun, sejumlah besar syarikat pertanian di Guizhou kini mengaplikasikan data raya untuk menangani cabaran ini. Meitan Qinyuanchun Tea Co. LTD. boleh menjadi contohnya. Dilengkapi dengan data raya, sebaik-baiknya petani mengesan trend pengguna dan melindungi diri mereka daripada ragam pasaran.

"Set pelanggan yang amat khusus menyesuaikan penawaran produk bagi memenuhi keperluan pengguna, membantu proses membuat keputusan strategik kami. Petani kami boleh menyesuaikan pengeluaran mereka mengikut permintaan pasaran, atau lebih tepat, mengurangkan pembaziran yang berlebihan dengan menanam sedikit teh bagi permintaan yang rendah dan menggunakan ruang ini untuk menanam tanaman alternatif," presiden Meitan Qinyuanchun Tea Co. LTD memberitahu wartawan Huanqiu.com.

Xiuwen Kiwifruit Industrial Technology Zone memanfaatkan data raya untuk meningkatkan produktiviti.
Xiuwen Kiwifruit Industrial Technology Zone memanfaatkan data raya untuk meningkatkan produktiviti.

Zhao menyambung, "Hasil daripada pangkalan data dan e-dagang, satu mu (666.67 meter persegi) teh kini menjana 5,000 yuan (706 dolar AS), dengan peningkatan sebanyak 1,000 yuan (141 dolar AS)."

Selain daripada kecekapan rantaian nilai, industri perladangan tempatan juga memanfaatkan data raya bagi meningkatkan produktiviti. Pertanian sentiasa melibatkan faktor-faktor risiko, seperti bencana alam dan penyakit tanaman yang tidak diduga, yang boleh memusnahkan seluruh tuaian dan mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Secara perbandingan, dilengkapi dengan data raya, petani mungkin tidak lagi perlu menanggung beban daripada peristiwa berkenaan. Semakin banyak perusahaan luar bandar di Guizhou kini menggunakan sistem penilaian dipacu data untuk mengesan tahap kesihatan tanaman dan menilai kemungkinan terjadinya peristiwa yang mengganggu. Xiuwen Kiwifruit Industrial Technology Zone boleh menjadi contoh ikutan.

"Zon kami menggunakan peranti IoT yang dipasang di ladang untuk mengumpul data termasuk suhu, kelembapan dan nilai pH. Dengan cara ini, kami dapat memantau keadaan lapangan dan bertindak balas kepada isu baru muncul serta merta. Kerosakan pada tanaman yang mungkin terjadi boleh dikurangkan hingga kadar minimum," kata seorang kakitangan Xiuwen County State-Owned Assets Investment and Management Co. LTD kepada wartawan Huanqiu.com.

Lantaran pengumpulan data yang sah, pekebun tempatan boleh mendapat keterlihatan yang tiada tandingan terhadap operasi mereka. Beliau menambah, "Berdasarkan purata output 1,500 kg per mu (666.67 meter persegi), penjimatan kos per mu mencecah 2,000 yuan (283 dolar AS). Justeru itu, buah kiwi di seluruh daerah ini dapat meningkatkan nilai output kira-kira sebanyak 360 juta yuan (51 juta dolar AS)!"

Sedia diketahui bahawa pekebun boleh memperoleh pandangan daripada data raya masa sebenar bagi memaksimumkan tuaian. Hubungan utama zon buah kiwi melibatkan 57,400 pekebun. Pendapatan boleh guna per kapita mereka berpurata 26,000 yuan (3,676 dolar AS), 52% lebih tinggi berbanding rakan setara mereka di luar zon ini. Disebabkan oleh peningkatan mata pencarian luar bandar, model ini mendorong kecekapan yang lebih tinggi dalam program pengurangan kemiskinan.

Hakikatnya, kejayaan penggunaan data raya dalam pelbagai aspek industri perladangan Guizhou tidak dapat dipisahkan daripada sokongan kerajaan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Guizhou mempercepatkan kemajuan pertanian pintar.

Sebagai ibu kota, Guiyang memberi sokongan tanpa henti aplikasi data raya terhadap pertanian dan merintis penggunaan IoT. Untuk membuka laluan kepada pertanian pintar, kerajaan berusaha keras untuk membina platform e-dagang, meningkatkan infrastruktur komunikasi dan meluaskan kumpulan bakat.

Menurut Cyberspace Administration of China, pada tahun 2019, Guizhou membina 49 pusat operasi e-dagang peringkat daerah dan 8,601 stesen perkhidmatan e-dagang luar bandar, seraya mengurangkan kos logistik sebanyak lebih 20%. Di samping itu, 90% daripada kampung semula jadi dengan lebih 30 isi rumah di wilayah ini kini mendapat akses kepada rangkaian 4G. Beberapa tahun kebelakangan ini turut menyaksikan pembangunan Alibaba College of Guizhou Institute of Technology.

"Data raya membentuk semula seluruh ekonomi pertanian. Guiyang menghargai persimpangan antara data raya dan industri perladangan, yang boleh menjadi penyelesaian yang berkesan terhadap pembasmian kemiskinan. Hasil daripada Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China, model pertanian didayakan data boleh digeneralisasikan ke kawasan yang lebih luas," Jun Wang, Timbalan Setiausaha China Foundation for Poverty Alleviation memberitahu Huanqiu.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843218-1?lang=0

Source: Huanqiu.com
Related Links:
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Publishing/Information Service Data Analytics