omniture

WeBank, Huawei dan KPMG Kongsi Pandangan untuk Perangi COVID - 19 dengan Teknologi Kewangan

FISCO
2020-07-02 04:23 686

SHENZHEN, China, 2 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mempromosikan penyelesaian teknologi kewangan (fintech) dalam era pasca pandemik, Financial Services Blockchain Consortium Shenzhen (FISCO), Singapore FinTech Association, FinTech Association of Hong Kong dan Shenzhen FinTech Association menganjurkan webinar "Financial Digitalization & Fintech Evolution in the Wake of COVID-19" ("Pendigitalan Kewangan & Evolusi Teknologi Kewangan Ekoran COVID-19") pada 23 Jun. Ia merupakan acara bersama pertama yang dijalankan oleh persatuan-persatuan Teknologi Kewangan (FinTech) di Shenzhen, Hong Kong dan Singapura. Anggota-anggota kanan daripada WeBank, Huawei dan KPMG berkongsi pandangan mereka mengenai trend pendigitalan kewangan dan evolusi Teknologi Kewangan semasa era pandemik.

Memerangi COVID-19 dengan Webinar Teknologi Kewangan
Memerangi COVID-19 dengan Webinar Teknologi Kewangan

Dalam ucapan dasar beliau, Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank, membayangkan paradigma dunia pluralistik baru muncul yang mana pemewilayahan akan menjadi model kolaborasi baharu selain globalisasi dan penyetempatan. Beliau mencadangkan agar bank digital berasaskan teknologi termaju dapat menjadi "kebiasaan baharu" kewangan, inovasi teknologi kewangan serantau akan menjadi tumpuan pada masa depan dan teknologi kewangan dapat mempromosikan dan mendayakan lebih pendigitalan & integrasi antara industri dengan pantas dalam era pandemik ini.

Chen Kun Te, Ketua Pegawai Transformasi Digital Perniagaan Global di Huawei meletakkan kepentingan pada trend e-dagang, pembayaran digital dan aplikasi super dari segi persekitaran perbankan digital. "Bank-bank seharusnya aktif memperkenalkan teknologi baharu (5G, IoT, awan awam) mengenai pengurusan cawangan dan penglibatan pelanggan dengan kos lebih rendah serta kecekapan yang lebih tinggi."

Dennis Gao, rakan kongsi Perundingan Pengurusan di KPMG China Selatan, percaya bahawa teknologi kewangan sedang memasuki era 2.0 yang dipacu kawal selia dan peluang mengatasi cabaran untuk teknologi kewangan sejak berlakunya wabak COVID-19. Beliau berkongsi visi beliau terhadap trend masa depan teknologi kewangan di China dan mencadangkan bahawa penerimaan teknologi kewangan akan meningkat dari segi skala dan perubahan dalam bidang aplikasi sedang dinantikan.

Di samping itu, FISCO dan Singapore FinTech Association (SFA) menandatangani satu perjanjian perkongsian strategik maya untuk meningkatkan kolaborasi Teknologi Kewangan rentas sempadan antara Shenzhen dan Singapura. Pada masa akan datang, mereka merancang untuk membawa lebih banyak pandangan daripada pemimpin industri mengenai pembangunan teknologi kewangan kepada audiens.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200630/2844909-1?lang=0

 

 

Source: FISCO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news Blockchain Financial Technology