omniture

Affinity temui antibodi SARS-CoV-2 poten

Affinity Biosciences
2020-07-03 01:01 793

MELBOURNE, Australia, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Affinity Biosciences Pty Ltd (Affinity) yang berpangkalan di Melbourne, sebuah syarikat milik persendirian yang memberi tumpuan pada penemuan antibodi untuk terapi kanser, hari ini mengumumkan penemuan antibodi poten dengan potensi terapi terhadap COVID-19.

Pada bulan Mac, Affinity memulakan saringan himpunan proprietarinya yang terdiri daripada seratus bilion antibodi manusia bagi menemui antibodi yang mungkin dapat meneutralkan SARS-CoV-2, virus penyebab COVID-19. Setelah menemui beberapa calon antibodi yang menyekat protein "spike" virus daripada mengikat pada reseptor manusianya, Affinity melantik The Peter Doherty Institute for Infection and Immunity (Doherty Institute) pada bulan April untuk menjalankan ujian menggunakan virus dalam makmal. The Doherty Institute telah mengesahkan bahawa antibodi Affinity boleh meneutralkan sepenuhnya jangkitan SARS-CoV-2 pada kepekatan mikrogram/ml satu digit dalam cerakinan peneutralan virus selama lima hari. Antibodi ini mungkin mempunyai keafinan yang tinggi untuk protein "spike" SARS-CoV-2 pada sekitar 20 pikomolar, dipacu oleh kadar pemisahan antibodi yang sangat perlahan, iaitu ukuran berapa lama antibodi kekal terikat pada sasarannya.

"Antibodi kami melekap pada protein "spike" virus dan menyekat aktivitinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Affinity, Dr Peter Smith. "Antibodi ini boleh melindungi manusia dengan mencegah virus daripada menjangkiti individu sihat yang terdedah kepada virus ini dan mungkin berguna dalam menghentikan perkembangan virus dalam individu yang dijangkiti dengan menyekat keupayaannya untuk menjangkiti sel baharu dan mereplikasi."

Affinity Biosciences antibody binding to the SARS-CoV-2 virus spike protein.
Affinity Biosciences antibody binding to the SARS-CoV-2 virus spike protein.

 

Terapi yang sangat berkesan akan membolehkan penyambungan semula kehidupan normal dengan lebih pantas dengan mengurangkan ancaman daripada individu dijangkiti yang perlu dimasukkan ke hospital.

Langkah-langkah yang seterusnya dalam pembangunan terapi COVID-19 Affinity ialah:

  • Affinity akan mendapatkan proses yang dipercepatkan bagi membolehkan antibodi mereka dihasilkan dengan pantas mengikut piawaian Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) untuk kajian klinikal.
  • Pengenalpastian laluan pembangunan klinikal yang dipercepatkan dengan agensi-agensi pengawalseliaan (TGA, FDA dan EMA).
  • Perbincangan dengan kerajaan, NGO serta syarikat farmaseutikal untuk pembangunan dan pengedaran komersial yang dipercepatkan. Antibodi Affinity terlibat dalam kajian perbandingan yang dijalankan oleh La Jolla Institute for Immunology (program CoVIC) yang dibiayai oleh COVID-19 Therapeutics Accelerator, dilancarkan pada bulan Mac oleh Bill & Melinda Gates Foundation, Wellcome Trust, Mastercard dan para dermawan (covic.lji.org).

Affinity juga merupakan sebahagian daripada konsortium yang dipimpin oleh Walter and Eliza Hall Institute untuk membangunkan biologik terhadap SARS-CoV-2 yang mana baru-baru ini menerima dana daripada Kerajaan Negeri Victoria dan Medical Research Future Fund (MRFF).

Laman sesawang: affinity.bio/covid-19

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200519/2807907-1?lang=0 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200519/2807907-1-LOGO?lang=0

 

Source: Affinity Biosciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control