omniture

Next Story Group Lancar Safe With Us

Protokol kebersihan dan keselamatan yang dipertingkat di hotel dan hartanah Kafnu
Next Story Group
2020-07-03 03:22 930

SINGAPURA, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Kumpulan hospitaliti antarabangsa Next Story Group melancarkan satu program kebersihan dan keselamatan baharu - Safe With Us - sebagai sebahagian daripada tindak balas seluruh organisasi ini terhadap permintaan baharu daripada landskap yang beroperasi. Ia merupakan program komprehensif yang mencakupi protokol pembersihan dan kebersihan yang dipertingkat serta amalan keselamatan makanan serta ia membentuk cara hotel Kumpulan ini dan hartanah Kafnu membawa pengalaman dan melibatkan tetamu mereka.

Menggabungkan cadangan daripada pihak berkuasa kesihatan awam antarabangsa dan tempatan, program Safe With Us mematuhi amalan terbaik dalam industri dan selaras dengan piawaian ketat program akreditasi yang diiktiraf. Program ini menyampaikan dan mengendalikan protokol yang dipertingkat dan diperluas yang mencakupi setiap aspek operasi di semua hartanah Next Story Group.

"Kami menghargai kebimbangan pelancong dalam realiti baharu pasca pandemik coronavirus. Sebagai sebuah perniagaan yang bertanggungjawab, kami membawa komitmen kami selangkah ke hadapan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan tetamu, pekerja dan rakan kongsi kami. Safe With Us menetapkan semula piawaian kesihatan dan kebersihan dalam seluruh hartanah kami dan disesuaikan mengikut kebiasaan baharu," kata Darren Edmonstone, Ketua Pegawai Eksekutif, Next Hotels & Resorts. "Safe With Us membolehkan pasukan kami untuk kekal selamat dan mengalu-alukan tetamu dengan yakin apabila pasaran dibuka semula. Dalam masa yang sama, tetamu diberi jaminan mendapat ketenangan minda apabila mereka menginap di hotel kami."

Di bawah empat aspek dalam program Safe with Us - Kebersihan & Kesihatan, Keselamatan Makanan, Interaksi Tetamu, Keselamatan & Latihan Kakitangan - tetamu di hartanah Next Story Group boleh mengharapkan:

  • Protokol kebersihan dan kesihatan yang diperkukuh dan diperluas seperti peningkatan kekerapan pembersihan dan keketatan pembasmian kuman dalam bilik tamu, kemudahan dan ruang awam
  • Tempat duduk, jarak dan aliran perkhidmatan yang dikonfigurasi semula yang menyokong penjarakan sosial
  • Pilihan tanpa sentuh dan rendah-sentuhan yang memanfaatkan teknologi digital untuk mengurangkan kontak fizikal dan mengetepikan item berasaskan kertas
  • Amalan Makanan dan Minuman Dipertingkat dan perkhidmatan mesra jarak sosial seperti pilihan menjamu selera dalam bilik 24 jam yang dihidangkan dalam bungkusan mesra alam guna sekali, outlet gaya Grab & Go 24 jam dan perkhidmatan di meja dan bukannya sajian bufet layan diri
  • Pensanitasi tangan dan papan tanda yang jelas di tempat awam yang menasihati tetamu mengenai protokol penjarakan sosial  
  • Pematuhan ketat terhadap peraturan yang berkaitan dengan semakan suhu, pengisytiharan perjalanan dan pengesanan kontak sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang relevan dalam pasaran
  • Kakitangan terlatih mengenai protokol keselamatan yang diperingkat bagi memastikan penginapan yang selamat buat tetamu

Ketika keadaan coronavirus global terus berkembang, Next Story Group akan terus mengkaji semula dan memperhalusi program Safe With Us untuk kekal selangkah di hadapan. Kunjungi www.nextstory.com untuk butiran lanjut mengenai Safe With Us.

Latar Belakang Next Story Group 

Next Story Group mencipta dan mengubah ruang untuk menjadi tuan rumah dan memberi inspirasi kepada hubungan yang bermakna. Ia menawarkan portfolio berbeza dengan jenama-jenama hospitaliti dan gaya hidup yang tersendiri dan menarik. Kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan lebih 20 hotel di Asia Pasifik, membawa jenama-jenama termasuk Next, Sage dan Ink. Next Story Group beribu pejabat di Singapura dengan pejabat serantaunya terletak di Sydney. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.nextstory.com.

 

Source: Next Story Group
Keywords: Travel New products/services