omniture

CF PharmTech, Inc. Tutup Pembiayaan Siri F AS $50J Percepatkan Pengkomersialan Produk Inhalasinya

CF PharmTech, Inc.
2020-07-03 03:38 723

SUZHOU, China, Julai 2020 /PRNewswire/ -- CF PharmTech, Inc. ("CF PharmTech") hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak AS $50 juta dalam pembiayaan Siri F susulan pembiayaan Siri E sebanyak AS $90 juta pada Januari 2020, secara keseluruhannya, berjaya menyelesaikan perjanjian pelaburan ekuiti sebanyak hampir AS $140 juta dalam tempoh enam bulan. Pelabur-pelabur yang mengambil bahagian dalam pembiayaan Siri F termasuk BioTrack Capital, CICC Qichen, CICC Qide, SAIC Hengxu, GP M&A Fund dan Watson Investment. Pelabur-pelabur sedia adanya termasuk Passion Capital dan Yuanming Capital turut mengambil bahagian. CEC Capital bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif CF PharmTech untuk pembiayaan Siri E mahupun Siri F. 

Kemudahan pengilangan CF PharmTech
Kemudahan pengilangan CF PharmTech

Terdapat hampir 300 juta orang yang mengalami asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau rinitis di China. Kejadian penyakit kronik ini dilihat terus meningkat. State Council's Opinions on the Implementation of Healthy China Actions yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri pada Julai 2019 menakrifkan COPD di China sebagai penyakit kronik utama yang menjejaskan kualiti hidup dengan serius, berserta kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Menerusi pusingan pendanaan baharu ini, CF Pharmtech lebih bersedia berbanding sebelum ini untuk menyediakan rawatan penyakit pernafasan buat China dan pasaran global.

Latar Belakang CF PharmTech:

CF PharmTech ialah sebuah syarikat farmaseutikal khusus yang bersepadu sepenuhnya dan berdedikasi untuk menyediakan ubat-ubatan pernafasan yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke seluruh dunia. Diurus oleh pasukan berkaliber tinggi dengan pengalaman yang luas dalam industri, syarikat ini memberi tumpuan pada pembangunan ubat-ubatan bagi rawatan penyakit pernafasan dalam kemudahan canggihnya. Ketahui lebih lanjut mengenai CF PharmTech, kunjungi www.cfpharmtech.com.  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2846325-1?lang=0

 

 

Source: CF PharmTech, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Venture Capital