omniture

CIIE: Firma-firma Kemboja Percaya Ekspo Import Tingkatkan Perdagangan dan Pelaburan

CIIE
2020-07-04 01:27 750

SHANGHAI, 4 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Masih berbaki lebih 100 hari lagi, namun begitu Rouen Sovannarith tidak sabar-sabar menantikan CIIE kali ketiga memandangkan beliau berpendapat bahawa CIIE akan memberi rangsangan yang hebat untuk perdagangan dan pelaburan antara China dan juga Kemboja.

 

 

 

Sovannarith ialah Presiden Cambodian Rural Development Agency (CRDA), yang ditubuhkan pada tahun 2006 bagi membentuk koperasi pertanian, menyediakan latihan kepimpinan dan kemahiran bertani kepada petani dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi domestik serta antarabangsa bagi menyokong bidang pertanian Kemboja melalui eksport.

Sovannarith berada di Shanghai untuk edisi kedua CIIE pada November lalu, yang mana Kemboja merupakan salah satu daripada 15 negara tetamu kehormat.

"Saya mendapat banyak pengalaman di edisi-edisi CIIE terdahulu. Ia membantu kami untuk membina hubungan antara CRDA dan agensi antarabangsa, syarikat dan ejen kerajaan untuk mempromosikan dan menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi antara negara-negara," kata Sovannarith.

Pelbagai jenis produk pertanian dipamerkan di astaka Kemboja yang seakan-akan Istana di ekspo tersebut.

"Kami benar-benar percaya bahawa perdagangan dapat menggalakkan dan mengukuhkan hubungan antara budaya serta tradisi Cina dan Kemboja. Maka, CRDA berada di sini untuk menggalakkan dan menyokong dasar kerajaan untuk perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," kata beliau.

Sovannarith bimbang akan impak daripada wabak novel coronavirus terhadap eksport Kemboja sejak tiga bulan yang lalu.

Pandemik ini telah menghentikan proses pemerolehan antara China dan Kemboja. Ia menjejaskan bidang-bidang seperti pembinaan, hartanah dan perdagangan import dan eksport komoditi.

"Saya mencadangkan agar kita membentuk atau mewujudkan kebenaran atau izin khas bagi tujuan pemerolehan agar kedua-dua negara boleh memulakan pertukaran perniagaan, mempromosikan pelaburan dan menggalakkan pembangunan," kata Sovannarith.

"CIIE dapat menyatukan kerajaan China dan Kemboja untuk bersama-sama membangunkan dasar, undang-undang kecil dan rancangan pemerolehan lain yang menggalakkan ahli perniagaan, pedagang dan pelabur untuk terlibat bagi mencipta lebih banyak faedah dan pertumbuhan ekonomi untuk kedua-dua negara," kata beliau.

Maklumat lanjut mengenai CIIE adalah seperti yang berikut: dengan dua edisi yang diadakan dengan jayanya sejak tahun 2018, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) berperanan sebagai platform untuk pemerolehan antarabangsa, promosi pelaburan, pertukaran budaya selain peluang pembukaan dan kerjasama. Edisi ketiga CIIE akan berlangsung di Shanghai mulai 5 hingga 10 November. Beribu-ribu syarikat, yang merupakan pengusaha terkemuka dalam industri-industri mereka, akan berhimpun di ekspo ini untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta mencari peluang perniagaan bersama pembeli global.

Di CIIE, peserta boleh membeli pelbagai jenis produk dari dunia mahupun menjual produk mereka kepada dunia. CIIE membantu mendorong pelaburan masuk dan ke luar serta menyumbang untuk mengekalkan rantaian bekalan global yang stabil.

Bermula dari 24 Jun, pengunjung profesional dari seluruh dunia boleh melog masuk ke laman sesawang CIIE (www.ciie.org) dan mencari Pameran Perniagaan - Pembeli - Pendaftaran untuk mendaftar ke acara ini. CIIE mengalu-alukan pembeli global untuk menyertai acara akan datang dan berkongsi peluang yang dibawa oleh peluang pembukaan yang selanjutnya daripada China.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=vxmDcEWmgHk
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Hubungi:Cik Nie Qingxin
Tel.:+86-21-59760717  +86-21-59761076
Emel:ciie2020@ciie.org
Laman sesawang:http://www.ciie.org/zbh/en/ 
Facebook:https://www.facebook.com/ciieonline 
Twitter:https://twitter.com/ciieonline 
YouTube: https://youtu.be/vxmDcEWmgHk 

Source: CIIE
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Trade show news