omniture

Ecotrade Group Mengetengahkan Alatan Buku Harga Penukar Bermangkin Digital

Ecotrade Group
2020-07-07 10:00 754

BANGKOK, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Ecotrade Group mengiktiraf populariti yang semakin meningkat dengan aplikasi harga buku percumanya. Serasi dengan semua peranti, Eco Cat App berperanan sebagai enjin gelintar canggih untuk menentukan harga penukar bermangkin bahan buangan dalam pelbagai jenama dan model automotif.

Eco Cat App
Eco Cat App

Dengan 20,000 penukar bermangkin berbeza yang dibuat inventori dan diletakkan harga setakat ini, Eco Cat App ialah pangkalan data yang semakin berkembang yang pantas menjadi enjin gelintar standard emas untuk industri ini. Ecotrade Group telah menjadi peneraju yang disegani dalam kitar semula penukar bermangkin yang bertanggungjawab terhadap bumi dan beretika di Asia selama lebih 15 tahun, memanfaatkan teknologi kitar semula yang terkini dan jaringan rakan kongsi industri yang sangat besar.

"Industri kitar semula automotif sangat memerlukan penaiktarafan panduan harga," kata Rakan Pengurusan Ecotrade Group, Maxime Le Breton.

"Sudah lama berlakunya ketidakseimbangan antara pembeli dan penjual dalam industri ini terutamanya apabila mengambil kira katalog luas penukar bermangkin yang tersedia. Dengan turun naik pemasaran harian, mengenal pasti dan menentukan harga penukar dengan betul secara serta merta boleh menjadi suatu pengalaman yang mengecewakan tanpa bantuan. Dengan adanya aplikasi yang kerap dikemas kini yang mengenal pasti dan menentukan harga penukar tertentu dengan betul dalam beberapa minit telah menjadi alat yang tak ternilai untuk perdagangan."

Eco Cat App: Tanggungjawab Alam Sekitar

Eco Cat App ialah buku harga dalam talian yang didatangkan dengan gambar yang mudah, membolehkan pembeli dan penjual untuk mencari nilai penukar bermangkin yang dibelanjakan sama ada oleh pengeluar kereta atau penukar. Eco Cat App memudahkan penilaian penukar bahan buangan yang pantas dan senang, membekalkan penjual dengan pengetahuan yang diperlukan untuk memastikan mereka mendapat layanan yang saksama daripada pembeli penukar ini. Aplikasi ini juga dikemas kini tiga kali sehari untuk memperlihatkan peralihan pasaran logam berharga apabila ia berlaku.

Pembelian, penjualan dan kitar semula penukar bermangkin merupakan industri luas yang mencakupi seluruh dunia dan melibatkan banyak kepakaran automotif, pemahaman mengenai pemasaran dan pengetahuan teknologi. Logam berharga yang digunakan dalam pembinaan penukar bermangkin adalah sukar dijumpai dan mahal, mewakili bukan sahaja aliran pendapatan yang unik, tetapi juga keperluan terhadap teknologi kitar semula yang terkini. Walau bagaimanapun, masih belum menjadi proses yang mudah, muatan logam berharga yang terdapat dalam setiap penukar bergantung pada peraturan piawaian emisi negara individu, jenis bahan api dan pelbagai pembolehubah yang lain.

Penukar bermangkin dicipta untuk mengurangkan jumlah emisi yang berbahaya daripada enjin minyak petrol dan diesel. Logam yang digunakan dalam penukar merupakan sumber terhad yang tidak boleh diperbaharui yang perlu diuji secara profesional terlebih dahulu sebelum ia dikitar semula dengan betul. Kitar semula penukar menekankan pencapaian hebat teknologi yang secara hakikinya bermanfaat, membawa kepada masa depan yang jauh lebih makmur dan lestari untuk bumi ini. Dengan pasaran kitar semula logam berharga yang dijangka melonjak kepada lebih US$30 bilion menjelang tahun 2026 daripada nilai semasa US$21 bilion, Ecotrade Group terus meluaskan skop amalannya, yang mana baru-baru ini ia melabur dalam penyelidikan kepintaran buatan dan pembelajaran mendalam untuk membawa disiplin teknologi lain ke dalam dunia kitar semula automotif.

Latar Belakang Ecotrade Group

Ditubuhkan pada tahun 2006, Ecotrade Group ialah peneraju industri bagi kitar semula penukar bermangkin berasaskan teknologi dan peka terhadap alam sekitar. Ecotrade Group telah memperoleh reputasi yang kukuh dari segi integriti, profesionalisme dan ketelusan, dengan kaedah pensampelan yang diluluskan sepenuhnya oleh pihak berkuasa yang utama dalam industri. Syarikat ini menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan termasuk pembelian dan pemprosesan penukar bermangkin. Menerusi kemudahan kitar semula di Thailand, Malaysia dan Kemboja, Ecotrade Group telah menjadi peneraju global dalam teknologi kitar semula logam berharga untuk penukar bermangkin.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843657-1?lang=0

Source: Ecotrade Group
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications