omniture

PR Newswire Lancar Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik

Laporan sulung menyoal selidik 948 ahli profesional komunikasi di rantau ini untuk menonjolkan strategi, keutamaan dan cabaran dalam 10 pasaran.
PR Newswire
2020-07-07 10:00 780

HONG KONG, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, melancarkan 2020 Asia-Pacific Corporate Communications Report (Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020) hari ini.

Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020 PR Newswire
Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020 PR Newswire

Laporan ini, yang menyoal selidik 948 ahli profesional perhubungan awam dan komunikasi, bertujuan untuk menjadi barometer landskap komunikasi rantau ini, meliputi trend dan cabaran yang mencakupi strategi pengedaran, kandungan berita korporat dan belanjawan media. Dapatan ini mengandungi pilihan keutamaan terhadap saluran komunikasi, peruntukan belanjawan media dan penerbitan kandungan bagi memberi pandangan yang berharga untuk perancangan komunikasi di Asia-Pasifik (APAC).

Dengan kepelbagaian bahasa, budaya dan tingkah laku penggunaan media, APAC mempunyai pelbagai amalan dan pilihan keutamaan industri. Laporan ini mengkaji keratan rentas pandangan daripada 10 pasaran utama iaitu Australia, tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Golongan profesional industri daripada 7 rakan kongsi PR Newswire[1] turut memberi input mereka.

"Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh perniagaan apabila menyesuaikan kempen dalam persekitaran media yang pelbagai dan berharap agar pandangan yang terkandung dalam laporan ini akan membantu pelanggan kami berkongsi kisah mereka dengan lebih baik dalam pasaran, budaya dan bahasa yang berbeza," kata Royce Shih, Naib Presiden Asia-Pasifik, Jualan dan Pemasaran PR Newswire.

Dapatan utama menunjukkan bahawa hampir 6 daripada 10 perniagaan di APAC mengutamakan peningkatan pengaruh jenama berbanding pertumbuhan dan penukaran jualan dalam kempen mereka. Bagi mengoptimumkan kesedaran jenama, 70% perniagaan mengutamakan laman sesawang berita sebagai saluran komunikasi yang paling penting. Keutamaan terhadapnya melangkaui platform-platform lain seperti laman sesawang korporat, media cetak dan juga media sosial.

Berikut merupakan fakta penting yang lain daripada laporan tersebut:

  • Tiga cabaran komunikasi utama ialah penerbitan kandungan (55%), mengukur impak komunikasi (54%) dan kekangan belanjawan (51%).
  • Mengekalkan kepercayaan dan penglibatan audiens menunjukkan perubahan terbesar di seluruh rantau ini. 69% perniagaan di Vietnam menyebut hal ini sebagai satu cabaran, manakala 28% perniagaan di Korea Selatan mendapatinya sukar.
  • Tahun ini, 37% perniagaan merancang untuk meningkatkan belanjawan media reputasi wajar mereka, yang mana perniagaan yang lebih besar dengan lebih 1,000 kakitangan menunjukkan lebih kesediaan untuk melakukannya berbanding rakan sejawat mereka yang lebih kecil.
  • Saluran pengedaran pilihan untuk berita korporat ialah: laman sesawang berita (70%), media sosial (60%), laman sesawang korporat rasmi (58%) dan media cetak (56%).
  • Topik-topik paling biasa dalam siaran akhbar korporat ialah: acara (63%), produk/perkhidmatan baharu (61%), perspektif industri (39%) dan pengumuman anugerah (38%).

Menyediakan pendekatan yang holistik kepada komunikasi, laporan ini turut menampilkan pilihan keutamaan wartawan terhadap kandungan siaran akhbar daripada edisi-edisi terdahulu Tinjauan Media APAC PR Newswire, berserta apa yang diutamakan oleh ahli profesional komunikasi. Dengan menyelaraskan berita korporat dengan keperluan wartawan yang lebih gemar peristiwa yang bernilai berita dan sudut kisah yang menarik, perniagaan boleh mengukuhkan hubungan mereka dengan rakan media dan memaksimumkan keberkesanan kempen komunikasi mereka.

Untuk memuat turun Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020 penuh, sila klik di sini.

[1] PR Newswire Partners: Crisis Management Centre (Malaysia), Infoquest, International Association of Business Communicators (Malaysia), KPRCA (Korea Public Relations Consultancy Association), Malaysian Digital Association, Malaysia Global Business Forum, Public Relations dan Communications Association Southeast Asia

 

Dapatan utama daripada Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020 PR Newswire (Kredit: PR Newswire)
Dapatan utama daripada Laporan Komunikasi Korporat Asia-Pasifik 2020 PR Newswire (Kredit: PR Newswire)

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah Syarikat Cision ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200630/2845030-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200630/2845030-1-b?lang=0

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research