omniture

Huawei Tandatangani Perjanjian Baharu dengan JJ-LAPP Manfaatkan Kuasa Solar

Perkongsian akan menyaksikan JJ-LAPP mengedarkan penyelesaian PV Pintar Huawei di kebanyakan negara ASEAN.
Huawei
2020-07-07 23:47 416

SINGAPURA, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Permintaan terhadap kuasa solar, terutamanya dalam pasaran-pasaran yang baru muncul di ASEAN, telah dipacu oleh keperluan segera terhadap tenaga. Tenaga Solar menjadi tonggak utama bagi peralihan tenaga global dan telah menjadi sumber tenaga pilihan lantaran kemajuan pesat penyelesaian teknologi tinggi yang telah menambah baik kebolehcapaian, kebolehsesuaian, harga yang kompetitif, kemampanan dan output produktiviti secara drastik. Meneruskan usahanya bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat dan demi Asia yang mesra alam, JJ-LAPP, usaha sama teknologi kabel dengan konglomerat industri yang pelbagai, Jebsen & Jessen Group, telah memeterai perkongsian baharu dengan Huawei bagi tujuan pengedaran penyelesaian PV Pintarnya di 6 negara ASEAN; Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand.

JJ-LAPP, usaha sama Jebsen & Jessen Group dengan LAPP Holding Asia, ialah penyedia penyelesaian kabel dan ketersambungan yang utama di ASEAN, dengan tumpuan diberikan pada pengautomatan bangunan, pengautomatan perindustrian, tenaga boleh diperbaharui, pengilang peralatan asli (OEM), pengangkutan dan juga automotif. Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian PV Pintar yang didigitalkan sepenuhnya, memanfaatkan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam teknologi maklumat digital.

Perkongsian ini akan menyaksikan JJ-LAPP memulakan penjualan, pengedaran dan sokongan untuk rangkaian penyongsang solar Huawei yang lengkap di rantau ini. Sehingga kini, JJ-LAPP merupakan satu-satunya pengedar penyongsang solar Huawei di Kemboja, Myanmar serta Laos dan akan mengambil alih semua pelanggan sedia ada dan kedudukan utama di negara-negara ini.

"Huawei telah menjadi peneraju bagi pendigitalan pasaran tenaga boleh diperbaharui, berserta kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan. Kami teruja dengan perkongsian bersama JJ-LAPP di ASEAN dan berharap dapat melanjutkan kehadiran kami di rantau ini. Kami yakin bahawa pengetahuan dan jangkauan luas JJ-LAPP di Asia Tenggara dan kepakaran mendalam terhadap tenaga boleh diperbaharui akan membawa kepada pertumbuhan dan kejayaan buat kedua-dua syarikat," kata En. Li Yaohui, Pengurus Besar Perniagaan PV Pintar APAC, Huawei.

Sejak bermulanya perkongsian ini, JJ-LAPP telah memperoleh urus niaga pertama mereka dengan Lekise Thailand untuk menyediakan penyongsang solar Huawei dan pengawal data Huawei bagi tujuan membina bumbung solar di atas kilang.

"Ini merupakan detik yang mengujakan buat kami ketika kami terus mengejar peluang pertumbuhan sekali gus membina asas kukuh yang telah kami bina di ASEAN. Memanfaatkan hubungan kami yang telah lama terjalin di rantau ini dan juga industri ini, kami berupaya untuk memasarkan penyelesaian PV Pintar Huawei dengan mudah dan berupaya untuk memperoleh jualan pertama kami untuk produk Huawei dengan lancar, di samping rangkaian produk LAPP sedia ada, dengan Lekise Thailand yang telah menjadi pelanggan yang dihargai sejak tahun 2019," kata Mike Winzerling, Pengarah Urusan Serantau JJ-LAPP.

Dengan penggunaan tenaga elektrik dijangka meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2040 di Asia Tenggara, rantau ini merupakan salah satu pasaran tenaga solar yang paling pantas berkembang. Permintaan terhadap penyelesaian dan tenaga PV solar juga didorong oleh kebimbangan terhadap emisi dan pencemaran dan menjadi kunci untuk memenuhi kapasiti tenaga tambahan yang akan diperlukan untuk mendorong pertumbuhan dalam pasaran baru muncul rantau ini. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang tahun 2030 – bagi memastikan akses kepada tenaga yang berpatutan, andal, lestari dan moden buat semua - permintaan terhadap penyelesaian tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, akan meningkat tatkala negara-negara ASEAN berusaha ke arah meluaskan infrastruktur dan menaik taraf teknologi untuk sumber tenaga bersih.

Huawei, sebagai peneraju dalam pasaran PV pintar global, akan melengkapkan rangkaian produk semasa JJ-LAPP seperti kabel PV (ÖLFLEX® Solar), penyambung dan panel solar (Trina Solar), serta memenuhi permintaan terhadap PV dan tenaga solar yang semakin meningkat di rantau ini.

"Kami dapat melihat peluang yang sangat besar dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui, terutamanya dengan tenaga solar dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Huawei, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian PV Pintar. Penambahan penyongsang solar Huawei kepada rangkaian produk kami melengkapkan suit penawaran semasa kami daripada LAPP dan jenama-jenama yang terkemuka di dunia dengan sempurna. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian ketersambungan yang andal kepada semua pelanggan kami melalui jaringan luas kami di Asia Tenggara dan berharap dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat ketika mereka mencari penyelesaian mampan yang dapat membawa kecekapan kos dan produktiviti yang dipertingkat," kata Mike Winzerling, Pengarah Urusan Serantau JJ-LAPP.

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Latar Belakang Huawei FusionSolar 

Huawei menawarkan penyelesaian PV Pintar terkemuka yang memanfaatkan lebih 30 tahun kepakaran dalam teknologi maklumat digital. Sebagai pembekal penyongsang yang terbesar dari tahun 2015 hingga 2019 di seluruh dunia selama 5 tahun berturut-turut, Huawei komited untuk membangunkan O&M yang cekap dan pintar, kilang PV Pintar yang selamat, andal dan menyokong grid serta membantu pelanggan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan sepanjang tempoh hayat kilang. Pada tahun 2020, Huawei akan terus mengintegrasikan teknologi AI bagi meningkatkan LCOE dan mempercepatkan pariti grid untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di https://solar.huawei.com/ atau ikuti kami di:

Latar Belakang JJ-LAPP 

JJ-LAPP ditubuhkan sebagai satu usaha sama antara Jebsen & Jessen Pte Ltd dan Lapp Holding Asia Pte Ltd, subsidiari Lapp Group di Jerman, untuk menjadi penyelesaian kabel dan ketersambungan yang utama di ASEAN. Kami membawa nilai kepada pelanggan dengan menyetempatkan inovasi Jerman, mengilangkan produk berkualiti tinggi kami di Indonesia dan melengkapkan usaha ini dengan rangkaian produk yang diperoleh daripada jenama-jenama yang terkemuka di dunia. Ini membolehkan kami untuk menyediakan pelbagai jenis penyelesaian yang dapat memaksimumkan pulangan pelaburan buat pelanggan kami.

Terletak di sembilan negara di seluruh ASEAN, pasukan kami komited untuk memeterai perkongsian yang berasaskan kepercayaan bersama pelanggan dan membantu mereka mencapai kejayaan perniagaan yang diingini. Kami berasa bangga kerana dapat menawarkan perkhidmatan kepada sektor-sektor Pengautomatan Bangunan, Pengautomatan Perindustrian, Tenaga Boleh Diperbaharui, Pengilang Peralatan Asli, Pengangkutan dan Automotif menerusi penyelesaian kabel dan ketersambungan sejak tahun 1980.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.jj-lapp.com/

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts