omniture

Webnovel Lancar Webnovel Spirity Awards Spring 2020 Pupuk Lebih Ramai Penulis Berbakat

Webnovel
2020-07-08 00:18 281

SINGAPURA, 8 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Webnovel ("Syarikat"), cabang e-penerbitan global China Literature (0772.HK), sebuah syarikat inkubator kesusasteraan dan IP dalam talian yang terkemuka, telah memulakan Webnovel Spirity Awards Spring 2020 dan menggalakkan penulis dari seluruh dunia untuk menghantar karya mereka untuk memenangi hadiah bernilai sehingga US$10,000.

Webnovel Launches Webnovel Spirity Awards Spring 2020 to Nurture More Talented Authors
Webnovel Launches Webnovel Spirity Awards Spring 2020 to Nurture More Talented Authors

Dalam usaha untuk memupuk lebih ramai pengarang yang bercita-cita tinggi, Webnovel menerima karya berbahasa Inggeris daripada penulis seluruh dunia – sama ada mereka merupakan penulis novel sambilan atau pengarang profesional. Peserta boleh menghantar karya mereka dalam enam tema: apokalips, cinta yang romantis, kesatria dan magis, evolusi, LitRPG (Permainan Main Peranan Kesusasteraan) dan komedi. Setiap kategori anugerah boleh mempunyai lebih daripada seorang pemenang, yang mana setiap seorang akan menerima US$10,000. Karya yang berjaya akan dipilih berdasarkan nilai komersial karya ini, kekerapan penyiaran karya dan populariti pengarang dalam kalangan pembaca.

Platform Webnovel menyediakan sokongan editorial secara bersemuka dan penyunting kandungan Syarikat ini akan bekerjasama erat dengan pengarang bagi menjalankan kempen dan memaklumkan kepada mereka mengenai trend kandungan terkini.

Webnovel melihat pengarang sebagai asetnya yang paling penting. Salah satu misi utama Webnovel adalah untuk membantu pengarang menjana keuntungan daripada karya mereka bagi menggalakkan lebih ramai penulis yang berbakat untuk membolehkan daya kreativiti mereka mengalir.

Penerbitan kesusasteraan dalam talian berbeza daripada penerbitan fizikal dan merupakan satu bentuk baharu penciptaan kandungan. Model daripada Webnovel membolehkan pengarang untuk menyiarkan karya mereka yang telah siap atau belum siap mengikut bahagian. Pengarang boleh menulis pada ketika pembaca membaca, menjadikannya lebih mudah untuk penulis mengumpul maklum balas daripada pembaca. Pembaca juga boleh berkomunikasi dengan erat bersama pengarang pada platform Webnovel.

Sebelum ini, Webnovel berjaya mengadakan pertandingan yang serupa di Filipina. Platform ini menyediakan hadiah bernilai kira-kira US$206,000, yang dikongsi bersama sejumlah 148 peserta.

Ketahui lebih lanjut mengenai anugerah ini:
https://activity.webnovel.com/noah/857910915/index

Latar Belakang Webnovel 

Webnovel ialah platform kesusasteraan global dalam talian. Ia mempunyai lebih daripada 60,000 pengarang antarabangsa dan lebih daripada 200 penterjemah bahasa. Webnovel telah menerbitkan lebih 100,000 novel asal dan mengumpul lebih daripada 60 juta pengunjung dari seluruh dunia. China Literature mempunyai 8.1 juta pengarang dan 12.2 juta karya sastera yang meliputi lebih daripada 200 genre dan telah berjaya mencipta sejumlah besar karya sastera seperti Candle in the Tomb, The Graver Robbers' Chronicles, Nirvana in Fire, The King's Avatar, yang telah diadaptasi kepada filem, siri TV, animasi, komik dan juga permainan. Tencent merupakan pemegang saham serta rakan kongsi strategiknya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2848984-1?lang=0

 

 

Source: Webnovel
Related Stocks:
HongKong:0772 OTC:CHLLY
Keywords: Books Entertainment Publishing/Information Service Retail