omniture

Dinosaur Train Cipta Rekod 500 Juta Penonton pada Platform IPTV China

Sparky Animation
2020-07-09 01:20 569

SINGAPURA, Julai 2020 /PRNewswire/ -- Dinosaur Train, siri animasi Kanak-kanak yang sangat terkenal dan mendapat Pencalonan Anugerah Emmy, diterbitkan dan dilaburkan bersama-sama oleh Sparky Animation dan The Jim Henson Company. Siri ini telah meraih pencapaian masa kini yang luar biasa dengan 500 juta penonton di China sahaja dalam tempoh hanya 6 bulan, sejak ditayangkan pada November 2019. Jumlah tontonan ini secara kolektifnya adalah daripada platform digital IPTV Cina di China, iaitu CIBN Cool Meow Film and Television, Tian Mao Magic Box, Youku, Toutiao, Watermelon Video dan Wasu Fresh Time.

Dinosaur Train Cipta Rekod 500 Juta Penonton pada Platform IPTV China
Dinosaur Train Cipta Rekod 500 Juta Penonton pada Platform IPTV China

Siri animasi ini turut memecahkan rekod rangkaian dari segi kumpulan penonton melalui pelbagai metrik pada platform ini. Tambahan pula, siri ini menjadi program animasi Kanak-kanak yang mendapat penilaian tertinggi pada kebanyakan platform ini dalam tempoh yang singkat, iaitu dalam masa kurang daripada 6 bulan.

Secara keseluruhan, Dinosaur Train mempunyai 200 episod berdurasi 11 minit bagi setiap episod dan setakat ini, kumpulan penonton semasa untuk Dinosaur Train di China diperoleh daripada 132 episod yang dilancarkan pada platform dalam talian China terkemuka yang disebutkan. Terdapat musim-musim seterusnya dengan tambahan 64 episod yang dijadualkan untuk dilancarkan pada platform ini dan terdapat aspirasi yang kukuh untuk mencapai tahap pencapaian yang berterusan dengan pelancaran kesemua musim.

EmoFront ialah cabang pengedaran program dan pelesenan produk pengguna utama Dinosaur Train untuk Sparky Animation Pte. Ltd. Emofront dan syarikat hak harta intelek yang berpangkalan di Beijing, CAWRO Digital Technology Co., Ltd. telah berkolaborasi secara strategik bagi tujuan pengedaran program Dinosaur Train untuk membawa siri animasi yang menarik ini ke tahap yang lebih tinggi di China.

Kejayaan Dinosaur Train di China 

Sehingga Jun 2020, Musim Pertama Dinosaur Train ditayangkan di CIBN Cool Meow Film and Television, Tian Mao Magic Box dan Youku. Rancangan ini diberi 6,388 mata di Youku, diberi penilaian 9.1 mata manakala Musim Kedua Dinosaur Train, "Giant City Travel" telah menjadi tumpuan utama di tiga platform video ByteDance; Toutiao, Watermelon Video dan Wasu Fresh Time. Musim Kedua Dinosaur Train ialah salah satu siri kartun yang menjadi tumpuan utama pada platform video Toutiao bagi tahun 2020. Sejak penampilan sulung Dinosaur Train pada platform video China ini, data mencatatkan peningkatan dari segi klik suka, perkongsian sosial dengan bilangan kumpulan penonton keseluruhan melambung tinggi, menjadikan Dinosaur Train sebagai program pengembaraan dinosaur asing yang paling banyak ditonton dalam segmen Kanak-kanak.

Pujian Antarabangsa untuk Dinosaur Train

Dinosaur Train ialah siri animasi kanak-kanak yang bersiaran selama 10 tahun dan memenangi pelbagai anugerah yang menjadi kegemaran yang telahpun memasuki musim kelimanya di AS, sejak penampilan sulungnya di PBS KIDS pada September 2009. Siri ini sentiasa disenaraikan sebagai salah satu rancangan prasekolah yang utama di PBS KIDS. Dinosaur Train juga telah ditayangkan di lebih 175 negara di seluruh dunia bersama rakan-rakan kongsi penyiaran utama.

Latar Belakang Sparky Animation 

Sparky Animation, yang memulakan operasi pada tahun 2006, beribu pejabat di Singapura. Sparky Animation ialah sebuah syarikat penerbitan animasi dan pembangunan kandungan asal yang berjaya, terkenal dengan keupayaannya dalam penerbitan bersama, work-for-hire (karya tertakluk kepada hak cipta) dan pelesenan Harta Intelek.

KC Wong
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif,
Sparky Animation Pte. Ltd.

Untuk wawancara media dan pertanyaan bersama KC Wong atau Sparky Animation, sila hubungi Jabatan Pemasaran dan Perhubungan Media kami:

Pengurus Media
E: media@sparkyanim.com
C: +65-6281-6312

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850154-1?lang=0

 

Source: Sparky Animation
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Broadcast feed announcements