KUALA LUMPUR, 9 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Dable, platform penemuan kandungan No.1 Asia dan syarikat anggota Born2Global Centre, telah menjalin kerjasama dengan Nanyang Siang Pau, salah satu media berbahasa Cina Malaysia yang tertua dan paling banyak diedarkan pada 9 Julai.
Dable ialah syarikat berasaskan teknologi di Korea Selatan yang menggunakan data raya dan teknologi pemperibadian untuk mengesyorkan kandungan diperibadikan dengan menganalisis kandungan media yang diambil oleh pengguna pada masa sebenar. Dable telah bekerjasama dengan lebih 2,300 rakan media di seluruh Asia, termasuk di Malaysia, Korea, Jepun, Taiwan, Indonesia dan Vietnam.
Melalui perkongsian ini, Dable akan menyediakan 'Dable News', yang mengesyorkan kandungan diperibadikan yang menarik kepada pengunjung di laman sesawang Nanyang Siang Pau. Nanyang Siang Pau ialah media Cina terkemuka yang bergabung dengan kumpulan media Media Chinese International yang memiliki media harian seperti Sinchew, Chinapress, Guang Ming Daily dan banyak lagi. Baru-baru ini, Nanyang Siang Pau menyiapkan reka bentuk semula laman sesawangnya dan berharap agar dapat meningkatkan kepuasan pengguna dan menambah baik daya saing media dengan mengaplikasikan 'Dable News' pada laman sesawangnya.
'Dable News' ialah penyelesaian cadangan kandungan yang menyediakan kandungan yang mungkin menarik minat pembaca melalui widget, seperti 'Content you may like' ('Kandungan yang mungkin anda suka'), yang terletak pada sisi kanan/bawah halaman web tersebut. 'Dable News' membantu pembaca mengambil lebih banyak kandungan dan meningkatkan masa yang diluangkan di laman sesawang dengan mengesyorkan kandungan yang mungkin diminati oleh pembaca.
Dable, khususnya menawarkan pelbagai algoritma cadangan seperti 'Artikel Popular', 'Artikel Diperibadikan', 'Artikel Berkaitan', 'Popular mengikut Gender', 'Popular mengikut Umur' dan 'Artikel yang Teliti' yang diterapkan pada kandungan dalam widget. Media ini boleh meningkatkan keputusan cadangannya dengan mengaplikasikan algoritma yang sesuai dengan ciri-ciri pengunjungnya. Sebagai tambahan, Dable menyediakan rakan media gabungan dengan papan pemuka percuma untuk menyemak prestasi cadangan 'Dable News' dan mendapatkan pandangan bagi membantu meningkatkan daya saing media.
Dable turut menyumbang untuk meningkatkan pendapatan media melalui 'Dable Native Ad'. Dable, pada mulanya menimbulkan minat pengguna dalam bahagian 'Dable News' dan kemudian mendedahkan 'Dable Native Ad', iklan-iklan dengan UI yang sama seperti kandungan yang dicadangkan. 'Dable Native Ad' memperoleh prestasi pengiklanan yang tinggi dengan menggamit perhatian pengguna tanpa mengganggu aliran kandungan seseorang pengguna. 'Dable Native Ad' terutamanya dapat menunjukkan iklan-iklan yang berkesan dengan menganalisis minat pengguna, seperti menunjukkan iklan kosmetik kepada pengguna yang membaca artikel kecantikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Dable, Lee Chae-hyun berkata, "Kami berharap agar pengunjung laman sesawang Nanyang Siang Pau mengalami tahap kepuasan yang tinggi melalui 'Dable News', yang menyajikan kandungan yang mungkin disukai oleh mereka. Kami juga berharap 'Dable Native Ad' dapat mencipta aluran pendapatan baharu untuk Nanyang Siang Pau." "Kami akan terus meluaskan liputan kami di Malaysia melalui perkongsian yang erat dengan jenama-jenama media premium, sekali gus memberi pelbagai pandangan untuk merancakkan persaingan media."
Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Dable, kunjungi http://dable.io/en/.
Hubungan media
Dable
Karen D'cruz, Pengurus Perkongsian
media-my@dable.io
Born2Global Centre
Jina Lee, Pengurus Perhubungan Awam
jlee@born2global.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200706/2848796-1?lang=0