omniture

Industri Kuasa Elektrik Perlukan Transformasi Segera, ICT Baharu Huawei Perkasa Grid Pintar

Huawei
2020-07-10 02:28 392

SHENZHEN, China, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini menandakan berlangsungnya Sidang Kemuncak Kuasa Global Huawei Kali Ketujuh yang bertema "Bits Drive Watts, Building a Fully Connected Smart Grid" ("Bitt Dorong Watt, Membina Grid Pintar Terhubung Sepenuhnya"). Diadakan secara dalam talian, sidang kemuncak ini mengundang pelanggan, rakan kongsi, pakar industri dan pemimpin pemikiran global dalam industri kuasa elektrik untuk berbincang mengenai impak dan respons terhadap pandemik tahun ini dan ketidaktentuan politik serta ekonomi. Pasaran kuasa elektrik terus menonjolkan potensi yang amat besar sementara industri ini perlu membina grid kuasa yang andal, berkesan kos, cekap dan mesra alam dengan bekalan tenaga yang lebih cekap dan munasabah.

Rebut Peluang Transformasikan Industri Kuasa Elektrik 

Syarikat-syarikat kuasa elektrik di seluruh dunia berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan dengan menggunakan pusat data dan membina semula platform pengurusan. Mereka bermatlamat untuk menyediakan tenaga yang lebih andal, cekap dan mesra alam di samping memastikan keselamatan grid dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang bernilai tambah melalui Internet tenaga bagi mendorong pembangunan sosial. Walau bagaimanapun, model dan teknologi operasi konvensional gagal menyokong transformasi ini. Justeru itu, industri kuasa elektrik global perlu mempertimbangkan bagaimana untuk beradaptasi terhadap trend baharu; bagaimana grid mengesan isu-isu keselamatan pada masa sebenar dan bertindak balas segera; bagaimana kami dapat memanfaatkan tenaga bersih dan mengurangkan emisi karbon dengan lebih baik? Bagaimana rangkaian tenaga dapat menandingi rangkaian stesen pengecasan yang semakin berkembang pesat dan mencapai pengurusan yang cekap?

Buat ejen perubahan, cabaran bererti peluang. "Huawei membantu pelanggan mengatasi cabaran industri ini dan merebut peluang masa depan melalui transformasi digital," kata David Sun, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden Unit Perniagaan Tenaga Global.

Huawei mengintegrasikan dengan lancar teknologi 5G, IoT, optik, IP, awan, data raya dan AI ke dalam sistem kuasa. Bersama-sama rakan kongsi, Huawei melancarkan penyelesaian perkhidmatan pintar, seperti pemeriksaan grid berkuasa AI dan pengedaran IoT, meliputi penjanaan, penghantaran, transformasi, pengedaran dan penggunaan kuasa. Ini membolehkan pengesanan, saling hubungan dan kepintaran perkhidmatan yang komprehensif daripada pelbagai terminal kuasa.

En. Sun turut mengatakan bahawa "Huawei memandang ke hadapan untuk berkongsi pengalaman transformasi digital kuasa elektrik China dan industri-industri lain bersama lebih ramai pelanggan, mendorong watt dan bit serta membina grid pintar untuk membantu syarikat-syarikat kuasa elektrik global mempercepatkan pembangunan."

ICT Baharu Perkasa Grid Pintar 

Semakin banyak syarikat kuasa elektrik menganggap strategi transformasi digital mereka sebagai keutamaan mereka. Di sidang kemuncak ini, Huawei dan peneraju-peneraju industri menunjukkan kepentingan 5G, AI, data raya dan pengkomputeran awan untuk proses ini.

Umpamanya, China Southern Power Grid (CSG) mendapati bahawa rangkaian pengedaran kuasa dan pengguna memerlukan komunikasi grid kuasa yang mempunyai ketersambungan luas, lebar jalur yang tinggi, kependaman rendah, keandalan tinggi dan penggunaan yang pantas. Ciri-ciri ini memastikan pengedaran dan pemeteran kuasa pintar serta memudahkan pembangunan kediaman pintar serta Internet Pelbagai Kenderaan (IoV). Sebagai respons, teknologi penghirisan 5G termaju daripada Huawei membolehkan komunikasi hujung-ke-hujung grid pintar, memastikan rangkaian pengedaran kuasa yang selamat dan andal serta kecekapan yang dipertingkat.

CSG telah merangkumkan 53 senario perkhidmatan biasa yang meliputi penjanaan kuasa, penghantaran, pengedaran, transformasi, penggunaan dan perkhidmatan bersepadu, menurut Yang Junquan, Timbalan Pengurus Besar CSG Power Dispatch and Control Center. Beliau turut menjangkakan lebih banyak aplikasi 5G bakal muncul pada masa terdekat.

HUAWEI CLOUD dan platform data menyediakan keupayaan storan dan pengkomputeran data yang besar. Kedua-duanya bersama-sama mengintegrasikan aset data daripada pelbagai sistem syarikat grid kuasa pada satu platform. Melalui pemprosesan dan perkongsian data berkelajuan tinggi, platform ini membantu menyiapkan pelbagai tugas yang mencabar.

Umpamanya, Wilayah Qinghai di China bermatlamat untuk mencapai penggunaan dan bekalan tenaga mesra alam secara 100% dalam tempoh jangka panjang. Bersama-sama Huawei, wilayah tersebut telah memanfaatkan pengkomputeran awan untuk membina pusat data tenaga baharu yang dikuasakan oleh keupayaan AI dan data raya. Kini, syarikat kuasa elektrik wilayah ini boleh meramalkan hasil tenaga boleh diperbaharui hanya berdasarkan ramalan cuaca. Dengan penggunaan berbilang tenaga, jumlah output kuasa untuk mengakses grid akan mejadi lebih stabil. Dengan melaksanakan strategi teknologi tinggi ini, pada tahun 2019, Qinghai mengekalkan penjanaan tenaga mesra alam 100% selama 15 hari berturut-turut. Dalam hal ini, penggunaan tenaga bersih telah disokong melalui kaedah digital dan pintar.

ICT baharu juga boleh meningkatkan keupayaan O&M daripada syarikat-syarikat kuasa elektrik. State Grid Corporation of China (SGCC) bekerjasama dengan Huawei untuk membina platform digital, platform IoT dan awan yang mengurangkan masa yang diambil untuk mengumpul dan menyimpan data daripada empat jam hingga 30 minit untuk cawangan Henan.

Huawei membenamkan modul AI pada kamera dan dron, bagi membolehkan pasukan O&M untuk memantau talian penghantaran kuasa dan mengesan kesilapan secara jarak jauh. Hasil daripada usaha ini, Biro Bekalan Kuasa Shenzhen dapat mengurangkan masa pemeriksaan gridnya daripada 20 hari hingga 2 jam serta masa untuk mengambil imej daripada beberapa jam ke beberapa minit. Ia turut mencapai lebih 90% ketepatan analisis imej.

Huawei akan menggunakan secara berpusat dan mengurus secara jarak jauh berjuta-juta EV dan stesen pengecasan melalui awan, meningkatkan kecekapan pengecasan dan pengurusan hayat bateri melalui analisis data berkuasa AI dan meningkatkan kecekapan pengurusan menggunakan rangkaian 5G berkelajuan tinggi.

Menyediakan perkhidmatan digital dengan memanfaatkan sumber gentian dan tapak yang banyak serta penyelesaian ICT yang inovatif menjadi salah satu trend transformasi digital yang utama untuk syarikat-syarikat kuasa elektrik global.

Huawei pernah bekerjasama dengan lebih 190 syarikat kuasa elektrik di seluruh dunia, termasuk 10 daripada 20 yang teratas dalam industri, bagi melaksanakan transformasi digital. Penyelesaian daripada Huawei digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat kuasa elektrik seperti Saudi Electricity Company, Turkish Electricity Transmission Corporation, Provincial Electricity Authority of Thailand, SGCC dan CSG. Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak Kuasa Global Huawei, sila kunjungi https://e.huawei.com/topic/global-power-summit-2020/en

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities