omniture

Huion Perkenal Kamvas 22 & Kamvas 22 Plus Terkininya untuk Perkasa Artis Di Seluruh Dunia

Shenzhen Huion Animation Technology
2020-07-10 15:00 860

SHENZHEN, China, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Huion, salah satu pengeluar yang terkemuka bagi peranti input grafik, melancarkan dua paparan pen 21.5 inci hari ini, iaitu Kamvas 22 dan versi konfigurasi lebih tingginya Kamvas 22 Plus. Kedua-dua paparan pen ini sekali lagi menunjukkan kepelbagaian produk Huion, yang membolehkan pengguna untuk memilih peranti lebih sesuai mengikut belanjawan dan keperluan mereka.

Kamvas 22 & 22 Plus
Kamvas 22 & 22 Plus

Aspek paling mengujakan mengenai kedua-dua produk ini ialah skrin. Kamvas 22 Plus menampilkan QD LCD yang bukan sahaja menghalang cahaya biru tetapi juga membawakan gamut warna 140% sRGB yang lebih luas dan nisbah kontras teroptima 1200:1. Berserta kaca bergores antisilau berlamina penuh yang mengurangkan bezalihat dan silau,paparan pen ini menghasilkan peranti hebat untuk pekerja kreatif profesional yang mempunyai tuntutan yang lebih tinggi ke atas paparan. Sementara itu Kamvas 22 yang dilengkapi dengan filem matt antisilau yang berupaya untuk mengurangkan pantulan silau dan membawakan pengguna dengan pengalaman melukis pen-atas-kertas.

Reka bentuk luar Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus ringkas dan rapi. Tidak seperti pendahulunya, tiada kekunci tekan dan bar sentuh yang boleh diprogramkan pada kedua-dua produk ini. Sebaliknya, port USB-A tersembunyi tersedia untuk sambungan ke peranti persisian luar, seraya membolehkan pengguna untuk menggunakan alat mereka yang paling biasa digunakan seperti papan kekunci pereka. Di samping itu, Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus turut menyokong sambungan ke komputer, tablet dan juga telefon, yang dapat meningkatkan keserbabolehan kedua-dua produk ini.

Kamvas 22 & 22 Plus
Kamvas 22 & 22 Plus

Dilengkap dengan pen digital terkini PW517 yang dibangunkan berasaskan Huion PenTech 3.0, baik Kamvas 22 mahupun Kamvas 22 Plus dapat membawakan pengguna dengan pengalaman melukis yang lebih tampak hidup dengan ketepatan lukisan yang lebih baik. Kedua-dua produk ini turut mempunyai 8192 tahap kepekaan tekanan, yang membolehkan garisan diberikan kelebaran dan ketepuan berbeza apabila tekanan yang dikenakan berubah. Dengan sokongan condong ±60°, Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus juga membolehkan pengguna untuk menambah lorekan dengan cara yang lebih bertenaga dan membantu pengguna untuk menyerlahkan teknik-teknik melukis mereka seperti menggunakan pensel sebenar.

Sebagai pembekal antarabangsa bagi peranti input grafik, Huion sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk yang inovatif dan mesra pengguna yang dapat memperkasa para artis di seluruh dunia untuk mencapai impian mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Huion, sila kunjungi www.huion.com.

Hubungi: Sophia Duan, +86-755-32998540-8018

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200617/2833644-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200617/2833644-1-b?lang=0

 

Source: Shenzhen Huion Animation Technology
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services